Keesokan harinya,matahari mulai terbit menunjukkan hari sudah menjelang siang.
Hannah mulai mencelikkan matanya.
Tengku Rayden masih lagi dibuai mimpi di sisinya.
Hannah mengeluh kecil dan tidak menunggu lama,dia terus bangun.Dia melangkah laju ke arah tandas untuk mandi.
Lima belas minit kemudian,Hannah keluar dari tandas dengan sudah berpakaian harian dahulu.
Hannah meninggalkan Tengku Rayden yang masih lagi sedang lena dibuai mimpi itu dan melangkah keluar ke arah lif.
Setelah sampai di hadapan lif,Hannah menekan butang lif tersebut dan tidak menunggu lama lif itu terbuka.
Hannah masuk ke dalam lif itu dan kemudian,
Ting!
Lif itu terbuka dan sekarang ini Hannah sudah berada di tingkat bawah.
Seperti biasa,Hannah akan berada di dapur untuk memasak untuk Tengku Rayden.
Mak Nah juga sudah berada di dapur itu setelah mengetahui bahawa Hannah selalu akan memasak untuk Tengku Rayden semasa waktu pagi.
Mak Nah menolong Hannah yang sedang sibuk memasak itu.
Di tingkat atas pula,
Tengku Rayden menggeliat kecil dan mata helangnya mulai terbuka.
Dia melihat ke arah sisinya,tubuh kecil yang berada di sebelahnya sudah tiada.
Bermaksud,tubuh kecil itu ada di tingkat bawah untuk memasak.
Tengku Rayden bangun dan membetulkan kedudukannya.
Lima minit kemudian,Tengku Rayden pergi ke arah tandas untuk mandi.
Hannah yang berada di bawah sedang memasak untuk Tengku Rayden sambil ditemani oleh Mak Nah.
Beberapa minit kemudian,Tengku Rayden sudah berpakaian kemas tiba di tingkat bawah untuk bersarapan pagi.
Dia melangkah menuju ke arah ruang makan,apabila tiba di ruang makan kelihatan di atas meja sudah terhidang makanan.
Tengku Rayden mengambil pinggan yang sudah berada di atas meja itu.
Tidak lama kemudian,Hannah kembali sambil membawakan Tengku Rayden minuman.
Hannah meletakkan minuman tersebut di atas meja.
Dia juga mulai melabuhkan punggungnya di kerusi yang sudah berada di ruang makan itu.
Kedua-duanya mulai menikmati makanan mereka.
Dua puluh minit kemudian,Hannah melangkah menuju ke arah Tengku Rayden yang sudah bersiap untuk pergi ke kerja.
Hannah bersalaman dengan Tengku Rayden.
Selepas itu,Tengku Rayden keluar dari mansionnya dan disapa oleh anak-anak buahnya.
Tengku Rayden mengangguk perlahan.
Kelihatan Tengku Rayden sudah menghilang dari penglihatan Hannah dan anak-anak buah Tengku Rayden.
Hannah mengatur kembali langkahnya untuk pergi ke arah lif.
Ting!
Setelah tiba di tingkat atas Hannah menukar pakaiannya untuk pergi ke kerja.
Lima minit kemudian,Hannah menaiki lif semula setelah selesai menukar pakaiannya.
Tiba di tingkat bawah,Hannah bergegas menuju ke arah pintu utama rumah mansion milik Tengku Rayden itu.
YOU ARE READING
MR. RAYDEN ALBERT'S WIFE (OG)
General Fiction🥀Tengku Rayden Albert Nama seorang jejaka yang tampan,berdarah dingin dan disegani oleh orang ramai kerana dia adalah anak kepada Tengku Albert Reandra iaitu seorang yang berpengaruh dan jutawan di dalam bidang perniagaan.Jejaka ini juga CEO di seb...