BAB 4

391 52 7
                                    

"Parking sini, aku keluar pergi ambil dia"Kata Mikayla sambil melihat wajah masam Qalish.

"Masamnya muka dia"Kata Ayden yang juga memandang wajah budak itu. Apa dia terlambat ke?

Pak!

pintu kereta ditutup oleh Mikayla sebelum perempuan itu berjalan tenang menuju ke Qalish.

Ayden hanya memerhati.

Kelihatan Qalish sudah memeluk tubuh sambil memalingkan wajahnya ke tempat lain.

Merajuk dah.

Mikayla pula memainkan peranan. dia merendahkan badannya sebelum bercakap sesuatu. Wajah Qalish seperti terkesan dengan percakapan Mikayla.

Apa wanita itu bercakap?

Qalish hanya mengangguk sebelum menggalas kembali beg sekolahnya. Dia memegang tangan Mikayla lalu mereka berdua berjalan mendekati kereta Ayden.

Klak.

"Hello little boy uncle!"Tegur Ayden ceria. Matanya hanya sekilas memandang tubuh Mikayla yang juga masuk ke dalam kereta.

"Hmm"Balas Qalish dingin. Berkerut mat Ayden dibuatnya.

Macam tu je ke dia balas? Perangai dia macam Ashry.
Desis pasrah Ayden.

Ayden tersenyum pahit sambil memandang Mikayla yang sedang menahan tawa.

'Kenapa dia?'Ayden bertanya dalam isyarat mata. Mikayla hanya menjungkit kedua bahunya. Tak tahu.

"Jadi Qalish. Awak nak pergi mana?"Soal Mikayla sambil berpaling memandang ke arah Qalish. Qalish hanya diam memikir sesuatu.

"Qalish nak makan dessert"Kata Qalish perlahan. Ayden mulakan memandu. Dia membelok masuk ke jalan raya.

"Dessert apa Qalish nak makan? jom Uncle nak belanja"

"Qalish tahu, Aunty bagitahu tadi"Balas Qalish tenang. Ayden menjeling sekilas memandang Mikayla. Wajah wanita itu seperti tak bersalah.

"Secret recipe"

Berkerut dahi Ayden dibuatnya.

"Qalish tak nak makan nasi dulu ke?"Soal Ayden berpaling memandang Qalish. Qalish mengeleng laju.

"Tak nak"

Ayden hanya mengangguk sahaja. Ikut sahaja lah.

Kereta milik Ayden laju meluncur keluar dari kawasan sekolah itu.

Kring-kring!

Ringtone milik Mikayla berbunyi. Mikayla mengeluarkan telefonnya dengan wajah berkerut. Nama Rita terpampar di screen telefonnya.

Wajah Mikayla dingin apabila melihat code kecemasan diguna.

"Hello?"

"Mikayla, maaf menganggu waktu cuti kau.."Soal Rita seakan serba salah.

"Teruskan.."Kata Mikayla tenang. Rita mengeluh perlahan sebelum berkata..

"Saya dah emailkan file mission dekat kau.."Mikayla terus buka speaker sebelum masuk membuka email.
Matanya laju membaca laporan misi itu.

"Mission kali ini melibatkan kombinasi team iaitu team 3 dan team 6."Mikayla hanya diam membaca maklumat.

Ayden pula hanya focus memandu kereta itu.

"Jadi, apa perkembangan mission ni? sepatutnya dah selesaikan?"Soal Mikayla tenang. Dia tahu misi ini sebelum dia cuti sakit.

"Itu masalahnya sekarang, team 3 dan team 6 disahkan hilang dari sistem sejak kelmarin."

TUAN AYDENWhere stories live. Discover now