Chapter 15✨

866 21 31
                                        

Beberapa jam kemudian,Tengku Rayden telah siap mengerjakan kerjanya.Tengku Rayden memandang ke arah jam yang berada di tangannya,jarum jam sekarang ini menunjukkan jam pukul 6.00 petang.

Tengku Rayden terus melangkah menuju keluar dari bilik pejabatnya untuk pulang ke rumah.Dia memasuki kereta mewahnya lalu menekan pedal minyak keretanya untuk menuju ke mansion miliknya.

Selepas dua puluh minit kemudian,Tengku Rayden telah sampai di hadapan rumahnya.
Tengku Rayden keluar daripada perut keretanya lalu menyerahkan anak kunci keretanya kepada anak buahnya untuk diparkir di dalam garaj mansionnya.

Tengku Rayden berada di hadapan pintu rumahnya,dia mengetuk pintu tersebut.

Tok!tok!

"Sekejap!"kedengaran suara Mak Nah dari dalam lalu membukakan pintu kepada Tengku Rayden.

"Tuan"sapa Mak Nah lalu menundukkan sedikit kepalanya.

Tengku Rayden mengangguk sedikit kepalanya lalu melangkah masuk ke dalam mansion miliknya.

"Hannah mana?"tanya Tengku Rayden sambil matanya melilau-lilau sekeliling ruang rumahnya.

"Tadi puan Hannah dekat dalam bilik,rasanya puan Hannah tengah mandi"jawab Mak Nah sambil tersenyum mesra ke arah Tengku Rayden.

"Ooo,okey terima kasih Mak Nah,saya naik atas dulu ye"kata Tengku Rayden sambil tersenyum mesra ke arah Mak Nah.

Beberapa minit kemudian,Tengku Rayden melangkah menuju ke arah lif.

Dia menekan lif tersebut untuk menuju ke tingkat atas.

Ting!

Tak lama kemudian lif itu sudah tiba di tingkat atas.

Tengku Rayden keluar dari lif tersebut sambil bersiul-siul kemudian memulas tombol pintu biliknya.

Tengku Rayden melangkah masuk perlahan-lahan ke dalam biliknya agar tidak didengari oleh isterinya dan menutup perlahan-lahan pintu tersebut.

Bunyi air yang mengalir deras di dalam tandas menerjah masuk ke dalam gegendang telinga Tengku Rayden bermaksud Hannah sedang mandi.
Tengku Rayden melabuhkan punggungnya di atas sofa yang berada di dalam biliknya itu.

Tengku Rayden mengira sambil menunggu Hannah keluar daripada tandas.

"Satu"

"Dua"

"Tiga"

Klak!

Bunyi pintu tandas dibuka dari dalam,tidak lama kemudian Hannah keluar dari tandas tersebut dalam keadaan dengan hanya memakai tuala yang dililit di tubuhnya.

Tengku Rayden tersenyum puas.

Hannah mengelap rambut panjang keperangan miliknya.

Tengku Rayden menelan air liur kesat.

Tiba-tiba,

Hannah berasa seperti ada seseorang yang sedang memerhatikan gerak-gerinya,dia memalingkan wajahnya ke arah kanan.

Alangkah terkejutnya dia apabila melihat Tengku Rayden berada di situ.

Arghhhhh!!!!!!

Hannah terjerit kecil.

Tengku Rayden tersenyum sinis.

Seronok betul dia,balik dari pejabat terus dapat freeshow dekat rumah.

"Eh bila awak balik?kenapa saya tak ada dengar pun pintu bilik terbuka tadi?"tanya Hannah yang sedaya upaya menutup tubuhnya yang sedikit terdedah itu.

"Abang baru je balik"jawab Tengku Rayden bersahaja sambil memandang tajam ke arah Hannah dari bawah sampailah ke atas.

MR. RAYDEN ALBERT'S WIFE (OG)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang