"Beli je laa kat dalam, aku belanja.. Dah laa cepat masuk."

Qrish dan Arul membeli tiket dan membeli swimming suit.

"Nak ni?" Arul tanya sambil mengangkat pistol air.

"Nak buat apa?" Qrish bertanya.

Arul terus membeli 2 pistol air tanpa menjawab soalan Qrish.

"Beli juga, buat apa tanya, buang masa jer." Qrish berbisik.

"Diam ah.. Nah, gi tukar." Arul menghulurkan baju berenang Qrish.

"Seriously? Asal kau bawak aku datang sini ah?" Qrish bertanya.

"Banyak soal.. Gi laa tukar, ke kau nak aku tukarkan untuk kau?"

Qrish terus ambil beg plastik tu cepat-cepat dan terus pergi ke toilet. "Pervert."

Mereka luangkan masa bersama bermain dengan air di sunway lagoon.

Didalam kolam renang

"Bapak dalam." Qrish memegang pelampung.

"Kau tak boleh berenang eh? Tak macho ahh tak pandai berenang." Qrish sambung.

"Abih tu kau tu? Macam kau pandai sangat." Arul jugak memegang pelampungnya.

"Kau ni kurang ajar jugak ann, dah tahu aku ni anak kepada pemilik sekolah tapi cari pasal dengan aku pastu panggil aku bapak ayam ." Arul sambung.

'Sejak bila pulak aku panggil dia...
*Flashback*
"Dia apa? Ahaa bapak ayam la kan." Ha ah laa' Dalam hati Qrish.

"Suka hati aku laa." Qrish menjeling.

"Hermmm ye laa... Tomboy.. You don't have manners right? Ehh lupa minah ni bukannya faham.. Pelajaran tak setaraf dengan aku pun..hahah." Arul menyindir.

Qrish dengan marah menarik pelampung Arul, Arul terus tenggelam.

"Padan muka kau, pandai berenang kan, hemph." Qrish

Tiba-tiba "Ehh Arul, Arul!"

"Ishh" Qrish terus alih pelampungnya dan berenang kearah Arul. Bila sampai dekat dengan Arul, Qrish cuba gerakkan Arul tapi Arul masih tak sedar selepas itu Qrish terus tarik tangan Arul. Sampai pemukaan air, Qrish terus mengambil pelampung yang ditinggalkan tadi dan menuju ke darat.

Tiba di darat Qrish terus menekan dada Arul. "Satu,dua,tiga. Satu, dua,tiga."

"Nak buat CPR mulut ke tak nak?" Bila Qrish cakap pasal CPR dimulut Arul tersenyum kecil sekejap.

Qrish terus tersengih dengan rasa geram dan sakit hati.

'Ohh.. Kau sengaja je ehh.. CPR? Jangan harap!'

"Arul! Arul!" Qrish gerakkan Arul.

Penjaga kolam berjalan kearah mereka. Tapi Qrish memberi tangan isyarat. "Takpe.. Dia ok.."

Lepas tu penjaga kolam terus patah balik.

Qrish stretch tangannya. "Satu,dua,tiga.CPR!"
*Pangg*

Arul terus bangun. "Woi! Kau takde cara lain ke? Aduhh"

"Cara apa? Ni lah cara aku, mengada, penipu" Qrish terus bangun.

"Kalu yer pun tak payah laa tampar muka orang! Woi!"

Mereka salin baju.

Dalam kereta.

"Lapar tak?" Arul tanya.

"Lapar ahh."

"Pergi taman permainan dekat..." Arul arahkan pemandu kereta.

Sampai di taman permainan.

'Ermm bagus sangat laa tu.. aku tengok kau, kau tengok aku pastu tengok makanan ni.' didalam hati Qrish bercakap.

"Dalam banyak-banyak makan dalam dunia ni kau bagi aku telan maggie kari jer?" Qrish tanya dengan sakit hati.

"Bersyukur lah, kita ni masih ada makanan untuk makan lagi." Arul menghirup kuah maggienya.

"Bila masa kau beli?" Qrish tanya.

"Tadi kat kedai stesen minyak, kau tido jadi aku beli maggie cup ni jap, pastu air panas.. tuu kat situ ada jual" Arul tunjuk kat kedai runcit kecil.

"Baik beli kat situ jer daripada kat sana." Qrish menjawab

"Sama je laa.. Aku mana tahu kat sini ada kedai runcit."

"Apa-apa je lah, anyway thanks sebab bawak aku ke sunway lagoon. Tapi asal ah?" Qrish tanya.

"Hermm.. Aku ada masalah keluarga. Mak aku selalu control aku, suh aku kawin dengan anak datuk tu." Arul jawab.

'Macam aku..' Hati Qrish berkata.

"Anak datuk? Laki ke perempuan?" Qrish bergurau.

"Kau rasa?"

"Aku gurau je laa mestilah perempuan." Qrish tersenyum.

"Hemm.. No no no... pondan, aku baru jer tahu, mak aku tak tahu."

"Huh?!" Tenganga mulut Qrish.

"Pastu bapak aku pulak sikit-sikit kerja kat pejabat, katanya ada projek besar padahal nak menggatal dengan pembantu dia tu." Arul sambung.

'Hurmm macam anak dia jugak.' Didalam hati Qrish.

"Aku nak hidup normal... Merasai kasih sayang ibubapa. Tiap-tiap hari meja makan aku kosong, bukan makanan takde tapi orang takde. Aku sorang-sorang je makan. Mak aku pulak gila harta sangat sampai sanggup jual aku ke anak datuk yang pondan tu.. errghh nanti balik aku cakap kat mak aku pasal pondan tu, kalu dia suh aku kawin juga. Tak tahu nak cakap apa laa." Arul bercerita.

"Hahaha. Abih tu apa kena mengena dengan Sunway Lagoon?" Qrish tanya.

"Dulu aku dijaga oleh pengasuh aku, mak aku selalu sebok. Bila aku cakap kat pengasuh aku yang mak aku tak sayang aku ke pasal keluarga or bila aku stress dia bawak aku gi Sunway lagoon."

"Mana pengasuh kau?"

"Dia dah takde.. meninggal dunia 2 tahun lepas.. Tapi aku baru tahu tahun lepas, mak aku beritahu. Aku tanya mak aku kenapa tak beritahu aku. Mak aku cakap dia sebok dengan sorang datuk ni anak dia hilang jadi mak aku usaha nak cuba jadi business partner dengan dia dari dulu lagi sebab company dia maju. Mak aku ingat masatu laa perluang dia nak pujuk datuk tu since datuk tu nampak down jer.. Tapi tak dapat juga." Arul bercerita panjang lebar.

Bila Qrish mendengar cerita Arul, ada sesuatu yang mencurigakan.

"Apa nama anak datuk tu?" Qrish bertanya sekali lagi.

"Kry- apa ekk.. Hur.. Krystal ke apa entah lantak laa. Sebok tanya. Dah laa.. Dah lewat ni jom balik.. Aku hantar kau."

Terkejut Qrish mendengari nya.

Sampai depan umah Qrish.

"Thanks, dan Goodbye..Bersabar dengan dugaan yang kau lalui." Qrish bercakap kat luar tingkap kereta.

Arul tersenyum dan terus pergi.

"Nana balik ni." Qrish teriak.

(Cardiopulmonary resuscitation)- CPR

Betapa Agungnya Cinta KitaWhere stories live. Discover now