Tidak lama kemudian,Tengku Rayden sampai di syarikat AR's Holding.
Tengku Rayden memarkir keretanya di tempat parking.Setelah itu,dia keluar dari keretanya lalu melangkah menuju ke arah pintu masuk utama di syarikat AR's Holding itu.
Tengku Rayden memutar-mutarkan anak kunci keretanya di tangan kekarnya lalu memasuki pintu masuk syarikat AR's.
Para pekerja di situ menundukkan kepala mereka sebagai tanda hormat kepada majikan mereka.Tengku Rayden hanya menganggukkan sedikit kepalanya.
Setelah itu,Tengku Rayden memulas tombol pintu bilik pejabatnya itu lalu melabuhkan punggungnya di atas kerusi empuk miliknya itu.Dia bersandar pada kerusi empuknya sambil memejamkan matanya sejenak.
Baby!
Terdengar suara yang nyaring memasuki gegendang telinga Tengku Rayden.Tengku Rayden terus mencelikkan matanya ke arah suara nyaring tadi.Dia terus menarik senyuman manis ke arah suara itu.
"Lamanya you tinggalkan I baby!"kata perempuan itu sambil merengek manja terhadap Tengku Rayden.
"Sekejap je I tinggalkan you,love"kata Tengku Rayden sambil menarik lembut pinggang ramping milik Theresa untuk duduk di atas pehanya.
"Eee,you jangan macam-macam eh?you tu I punya,walaupun you dah ada isteri tapi you kena ingat yang I ni girlfriend you tau!"kata perempuan itu sambil menjeling sekilas ke arah Tengku Rayden.
"Okay I tahu yang I milik you,love.You permaisuri dekat hati I.Takde siapa pun yang boleh gantikan tempat you walaupun perempuan tu"kata Tengku Rayden sambil mengusap lembut wajah Theresa.
Theresa Qayra.
Perempuan simpanan Tengku Rayden yang bekerja sebagai seorang model ataupun boleh dikenali sebagai teman wanita Tengku Rayden yang sudah lama mengikat hubungan dengan lelaki itu sebelum Tengku Rayden berjumpa dengan Hannah lagi.
Tiada siapa yang tahu bahawa Tengku Rayden mempunyai teman wanita mahupun kawan-kawannya atau ahli keluarganya.
"Okay janji eh dengan I yang you takkan sesekali jatuh cinta dengan perempuan miskin tu!"kata Theresa sambil mengangkat sebelah jari manis runcing miliknya ke arah Tengku Rayden.
"I janji,love"jawab Tengku Rayden sambil mendekatkan jarinya juga ke arah jari manis runcing milik perempuan itu.
Tengku Rayden mendekatkan wajahnya dengan wajah Theresa sehingga hidung mereka bertemu.Kemudian,Tengku Rayden menggeselkan hidung ke arah Theresa.
Theresa tergelak kecil.
Tengku Rayden berkahwin dengan Hannah hanya kerana gadis itu pilihan dari kedua orang tuanya sahaja bahkan dia tidak ada sedikit pun rasa cinta kepada gadis lembut itu,tetapi baginya Theresa Qayra ialah segala-galanya kerana perempuan itu dahulu yang bertakhta di hatinya.
Namun pada hakikatnya,Tengku Rayden salah memilih.Di depan matanya sudah terhidang permata,masih lagi memilih yang kaca.
"Baby!I lapar la!jom kita pergi makan nak?"kata Theresa merengek manja sambil melingkarkan tangannya ke leher Tengku Rayden.
"Hm?love lapar?jom kita pergi makan"kata Tengku Rayden sambil melingkarkan pula tangan kekarnya ke pinggang ramping milik Theresa lalu mencium sekilas bibir Theresa.
"Yeay!jom baby!"kata Theresa dengan keriangan.
Perangai tak ubah macam budak kecik!
Tidak lama kemudian,mereka berdua keluar dari bilik pejabat milik Tengku Rayden.
YOU ARE READING
MR. RAYDEN ALBERT'S WIFE (OG)
General Fiction🥀Tengku Rayden Albert Nama seorang jejaka yang tampan,berdarah dingin dan disegani oleh orang ramai kerana dia adalah anak kepada Tengku Albert Reandra iaitu seorang yang berpengaruh dan jutawan di dalam bidang perniagaan.Jejaka ini juga CEO di seb...