Chapter 9✨

358 10 0
                                    

Matahari mulai naik menunjukkan hari mulai menjelang pagi.Hannah mencelikkan matanya sambil menggosok-gosok perlahan mata bundarnya itu.

Beberapa minit kemudian,Hannah bangun dari terus terbaring di atas katil.Matanya memandang jam dinding yang berada di dalam bilik tidurnya itu.Jarum jam sudah menunjukkan pukul 6.00 pagi sekarang ini,Hannah dengan bersusah payahnya bangun dari katilnya lalu mulai mandi.

Selepas sahaja selesai mandi,Hannah keluar dari tandas dan memakai pakaiannya,dia menuju ke arah tepi katilnya lalu mengambil telekung dan sejadahnya untuk memulakan solat subuh.

Selepas sahaja selesai solat subuh dan berdoa kepada Sang Maha Pencipta,Hannah kembali mengemas sejadahnya lalu menanggalkan telekung solatnya.

Kemudian,Hannah mula melangkah keluar menuju ke ruang dapur di bawah.Selepas tiba di bawah,Hannah melihat ibunya sedang berada di ruang makan dan makanan sudah terhidang di atas meja makan.
Hannah mulai melangkah menuju ke arah Puan Liana.

Puan Liana yang menyedari akan kehadiran anaknya itu lalu menyapa lembut anaknya.

"Meh duduk sini"sapa Puan Liana lembut sambil mengajak Hannah duduk di tempat duduk di sebelahnya.

Hannah pun melabuhkan punggungnya di sebelah ibunya itu.Kemudian,Puan Liana mulai meletakkan makanan yang berada di dalam mangkuk makanan ke dalam pinggan Hannah.

Lalu,Hannah mulai menyuakan makanan itu ke dalam mulutnya.Begitu juga dengan Puan Liana yang bersama-sama menikmati makanan itu.

Puan Liana kembali bersuara.

"Kamu balik pukul berapa harini?"tanya Puan Liana memecahkan suasana sunyi antara mereka berdua itu.

"Tak tahulah lagi adik balik pukul berapa harini,kalau banyak kerja yang kena settle,adik balik lambat kalau takde kerja banyak yang kena settle,adik balik awal"jawab Hannah ringkas.

"Ooo macam tu,takpe lah nanti kalau adik nak balik,adik call ibu ye?"kata Puan Liana sambil memandang redup ke arah Hannah.

"Okayy!"jawab Hannah ringkas.

Selepas sahaja selesai makan,Hannah bergegas melangkah menuju ke arah halaman rumahnya selepas dia bersalaman dengan Puan Liana.

Kemudian,Hannah memasuki keretanya itu lalu mulai menekan pedal minyak keretanya kemudian berlalu pergi meninggalkan halaman rumahnya.

Setelah dua puluh lima minit,akhirnya Hannah sampai di tempat kerjanya.Seperti biasa,Hannah memarkir keretanya di tempat parking.Seterusnya,Hannah keluar dari keretanya melangkah menuju masuk ke arah pejabat The Tropika's Holding.

Setelah masuk ke dalam The Tropika's Holding,Hannah disapa lembut oleh para pekerja di situ sebagai tanda hormat dan kemudian dia menundukkan sedikit kepalanya.Hannah pun melangkah masuk ke dalam bilik pejabatnya lalu mulai melabuhkan punggungnya di atas kerusi pejabatnya.

Hannah mulai memulakan kerjanya.
Wajahnya kini terlihat dingin kerana fokus akan pekerjaannya itu tetapi sesiapa saja yang memandangnya ketika ini sangatlah akan terpegun dengan kecantikan yang ada pada gadis ini.

Setelah beberapa jam mengerjakan kerjanya,Hannah memandang jam tangannya dan jarum jam menunjukkan sekarang ini pukul 2.00 petang bermaksud waktu lunch sudah mulai.

Hannah mengemas dokumen-dokumen penting yang berada di atas mejanya lalu melangkah menuju ke arah pintu keluar bilik pejabatnya,ketika dia mahu melangkah menuju ke arah pintu keluar utama The Tropika's Holding,Hannah disapa oleh seseorang.

"Hannah?"panggil suara tersebut.

Hannah yang mendengar namanya disebut itu lalu memalingkan wajahnya ke belakang, rupa-rupanya Nayla yang memanggilnya itu.

MR. RAYDEN ALBERT'S WIFE (OG)Where stories live. Discover now