Hannah memarkir keretanya di tempat parking di rumahnya.Setelah itu,Hannah memasuki rumahnya.
"Assalamualaikum!"kata Hannah sambil melangkah masuk ke rumahnya.
"Waalaikumussalam!"jawab Puan Liana yang sedang berada di dapur itu.
Hannah melangkah menuju ke arah dapur untuk melihat keadaan Puan Liana.
"Dah balik anak ibu ni"kata Puan Liana sambil memeluk sekilas Hannah.
Hannah mengangguk perlahan.
"Adik naik dulu ye ibu,nak mandi"kata Hannah kepada Puan Liana.
"Ha yelah,nanti lepas siap mandi apa semua,kamu turun eh kita makan sama-sama"kata Puan Liana kepada Hannah.
"Okayy"jawab Hannah ringkas sambil melangkah menuju ke arah tangga rumahnya itu.
Tidak beberapa kemudian,Hannah turun kembali lalu menuju ke arah dapur melihat Puan Liana sedang menunggu Hannah di ruangan dapur itu.
"Haa meh duduk sini makan"kata Puan Liana kepada Hannah.
"Okay ibuu"jawab ringkas Hannah lalu melabuhkan punggung di tepi ibunya.
Setelah sudah selesai makan,Hannah mengambil pinggannya dan milik Puan Liana lalu melangkah menuju ke arah singki untuk membasuh pinggan dan gelas itu.
Setelah selesai membasuh pinggan dan gelas,Hannah melangkah menuju ke arah ruang tamu untuk melihat televisyen.
Ketika Hannah sedang leka menonton televisyen itu, Puan Liana tiba-tiba bertanyakan soalan yang agak cliche bagi Hannah.
"Adik tak ada ke rasa nak kahwin?"tanya lembut Puan Liana kepada Hannah.
Terbuntang mata Hannah seketika mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut ibunya itu.
"Eh?kenapa tiba-tiba ibu tanya soalan macam tu?"tanya Hannah dengan nada hairan.Semacam je ibu dia ni!
"Takde lah,kamu tak jealous ke tengok kak Adren tu bahagia dengan abang Ardan kamu tu?"kata Puan Liana lagi.
"Tak pun,sebab adik takde pulak terfikir nak kahwin"jawab Hannah ringkas.
"Sampai bila kamu nak hidup single ni?"kata Puan Liana lagi.
"Entahlah"jawab Hannah ringkas.
Eii dia ni kalau tanya bab-bab kahwin laju je jawab entahlah apalah itulah inilah!"Ibu tanya betul-betul ni dengan kamu!"kata Puan Liana dengan nada geram kepada Hannah,orang tengah serious boleh pulak dia buat muka camtu!
"Haih,ibu ni macam tak kenal pula anak dia ni macam mana,adik ni busy je memanjang ibu,manalah adik ada masa nak fikir atau nak cari calon suami ni haaaa"panjang lebar Hannah menjawab soalan Puan Liana.
"Kalau ibu carikan untuk adik,adik terima tak?"tanya Puan Liana sambil mengangkat sebelah keningnya.
"Ikut suka hati ibu lah"jawab Hannah ringkas.
"Okaylah kalau adik dah cakap macam tu"jawab Puan Liana dengan wajahnya yang kelihatan sedikit tersenyum.
Setelah beberapa hari berlalu,Hannah berada di rumahnya kerana hari ini adalah hari hujung minggu.
Hannah sedang ralit menghirup udara segar pagi yang berada di luar balkoni berada di tingkat atas itu.
Seketika sedang elok dia healing di situ,Puan Liana memanggil Hannah untuk turun ke bawah.Baru nak healing-healing sikit dah kena panggil.
Kemudian,Hannah pun turun ke bawah setelah mendengar panggilan daripada ibunya.
"Ye ibu!"jawab Hannah.
YOU ARE READING
MR. RAYDEN ALBERT'S WIFE (OG)
General Fiction🥀Tengku Rayden Albert Nama seorang jejaka yang tampan,berdarah dingin dan disegani oleh orang ramai kerana dia adalah anak kepada Tengku Albert Reandra iaitu seorang yang berpengaruh dan jutawan di dalam bidang perniagaan.Jejaka ini juga CEO di seb...