"Bye, aku nak siap-siap." Kata Nufa dan tanpa menunggu balasan Nadhif, Nufa terus matikan telefon.

Kaki melangkah menuju ke tandas. Baik dia siap segara. Takut pula kalau driver betul-betul tinggal. Tak mahu dia hadap Nadhif versi boyfriend. Menjengkelkan.

˚₊· ͟͟͞͞➳❥

NAMPAK sahaja kereta Nadhif, Nufa terus ambil langkah panjang menghampiri. Sampai di pintu, belum sempat pemegang ditarik, pintu sudah terbuka terlebih dahulu. Tersentak sekejap Nufa. Mula lah dada berdebar sekejap. Berdeham, Nufa buka luas pintu kereta.

Menunduk sedikit, debaran di dada makin berdebar lihat Nadhif yang dah ikut sama menunuduk kepala sedikit mahu memandangnya. Pandangan bertembung dan Nufa gigit bibir bawah untuk hilangkan rasa debar yang menguasai.

"Apa?" Tanya Nufa pendek saat dia lolos masuk ke dalam kereta.

Nadhif hanya beriak kosong. Ditunggu Nufa memasangkan tali pinggang keledar dan selesakan duduk. Selepas lihat Nufa betul-betul selesa, baru lah hand-break tangan diturunkan dan pedal minyak dipijak perlahan.

Diam antara mereka dan Nufa ambil peluang untuk melirik sekilas kepada Nadhif. Berkerut dahi bila lihat t-shirt hitam Nike yang tersarung di tubuh lelaki itu. Mata terus pandang pakaian yang dipakainya. Dari tudung sampai ke kasut, semua hitam.

'Tu lah. Konon tak nak sama. Sekali, sebiji copy paste outfit dia dengan kau.' Hati mengutuk diri sendiri perlahan.

"Kata pakai putih." Sengaja Nufa menegur. Nadhif dijeling sekilas.

"Tadi lah putih. Keluar rumah, hitam." Tenang sahaja balasan Nadhif.

Nufa hanya mengangguk kecil.

"Halwa mana?"

"Kat rumah."

Dahi Nufa berkerut.

"Tak pergi kedai ke?"

Nadhif hanya mengangguk sebagai balasan. Lebih senang untuk fokus pada pemanduan dahulu. Buat masa sekarang lah.

"Kenapa tak ikut sekali? Kan satu jalan?" Soal Nufa.

Nadhif mengerling Nufa sekilas. Okey, dah boleh beri perhatian sedikit kepada Nufa. Tengok mood elok aje nak ajak bersembang.

"Abang dia tak bagi."

"Hah?" Makin berkerut dahi Nufa. Nadhif dipandang atas bawah. Lelaki ini sihat ke tidak? Bercakap macam si Halwa itu bukan adiknya pula. Dan seperti mereka punya saudara lain. Tidak mungkin. Yang dia tahu, mereka hanya dua beradik sahaja.

Lampu isyarat bertukar merah, buat Nadhif menghentikan pemanduan. Badan dikehadapankan sedikit seraya tangan memeluk longgar stereng kereta. Sesudah mendapat kedudukan santai itu, Nufa yang masih keliru meminta jawapan itu dipandang.

"Abang dia tak bagi."

"Kau?" Jari telunjuk lurus menunjuk kepada Nadhif.

Nadhif mengangguk. Belakang badan disandarkan semula di kerusi dan tangan jatuh memegang longggar stereng. Nufa masih dipandang.

"Kenapa pulak?" Soal Nufa. Lihat gaya balasan Nadhif, Nufa dapat agak yang lelaki itu mula mahu ajak lawan bicara. Awal lagi lah, Nadhif Hamza.

"Abang dia ada girlfriend. Abang dia nak dating."

Jatuh terus tangan Nufa ke riba. Muka pun dah dikalihkan, tidak lagi memandang Nadhif. Dan melihatkan riaksi Nufa begitu, Nadhif terus kemam bibir simpan senyum.

"Malu ke Huwainaa?" Lembut Nadhif bertanya seiring dengan tawa halus yang terlepas.

Tahniah, Nadhif. Soalan itu bersama dengan nada lembut dan tawa halus itu berjaya buat dada seorang Nufa Huwainaa kembali berdebar halus. Bukan itu sahaja, pipi pun dah terasa hangat ini. Simptom-simptom menjengkelkan sudah mari. Dan ia memang bila dengan Nadhif aje.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now