Keesokan harinya,matahari sudah mulai naik menunjukkan hari mulai menjelang pagi.
Hannah bangun dari tidurnya lalu melihat ke arah jam dinding yang berada di dalam biliknya,jarum jam menunjukkan pukul 6.30 pagi.
Dia menuju ke arah tandas lalu mulai mandi.Selepas sahaja selesai mandi,Hannah bersiap-siap untuk pergi ke kerja.
Kemudian,Hannah turun ke bawah untuk bersarapan pagi bersama Puan Liana.
Puan Liana yang sedang memasak memalingkan wajahnya ke arah Hannah."Dah siap?"tanya Puan Liana ringkas.
"Dah siap ibu,ibu nak adik tolong apa-apa tak?"tanya Hannah kepada Puan Liana.
"Adik tolong letakkan mihun goreng ni dalam pinggan"balas Puan Liana.
"Baik ibu!"kata Hannah ringkas.
Setelah sahaja selesai bersarapan pagi,Hannah menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Puan Liana kemudian dia melangkah menuju keluar ke arah pintu rumahnya.
Setelah itu,dia menaiki kereta Honda CR-V miliknya.Hannah menekan pedal minyak keretanya untuk menuju ke pejabat.
Setelah sampai di pejabat,Hannah memarkir keretanya lalu memasuki kawasan pejabat bapa saudaranya.Kemudian,Hannah disapa lembut oleh pekerja-pekerja di situ.
Hannah pun memulas tombol pintu bilik pejabatnya lalu mulai melangkah menuju ke arah kerusinya.Setelah itu,dia mulai mengerjakan kerjanya.
Tidak lama kemudian, seseorang telah mengetuk pintu bilik pejabatnya.
Hannah mengarahkan agar orang itu masuk.Rupa-rupanya PA bapa saudaranya iaitu Tiara yang mengetuk pintu bilik pejabatnya tadi.
Hannah mendongakkan sedikit kepalanya kepada Tiara.
"Ye Tiara?ada apa ye?"tanya lembut Hannah kepada Tiara.
"Ni cik Hannah,saya nak maklumkan kepada cik Hannah yang nanti pukul 3.00 petang,cik Hannah ada meeting bersama dengan client kita"jawab Tiara sambil menekan-nekan tabletnya yang berada di tangannya itu.
"Ooo okay,nanti saya masuk bilik meeting pukul 3.00 petang nanti ye"kata Hannah lembut kepada Tiara.
"Baiklah cik Hannah,maaf ye menganggu cik Hannah buat kerja"kata Tiara sambil menundukkan sedikit kepalanya sebagai tanda minta maaf kepada Hannah.
"Ehh no hal lah"jawab Hannah ringkas.
"Saya keluar dulu ye,cik Hannah"kata Tiara lalu mulai melangkah menuju ke arah pintu keluar bilik pejabat Hannah.
Mata bundar milik Hannah menghantar pemergian Tiara sehinggalah tubuh itu menghilang daripada penglihatannya.
Kemudian,dia menyambung kembali pekerjaannya yang tertunda tadi.
Tidak lama selepas itu,jarum jam sudah menunjukkan pukul 1.45 tengah hari.Selepas ini,akan masuknya waktu lunch.Hannah menyimpan dokumen-dokumen yang berada di atas mejanya lalu menyandarkan kepalanya di kerusi pejabat sekejap sementara menunggu masuk waktu lunch.
Ting!
Selepas sahaja beberapa minit Hannah memejamkan mata, telefon pintarnya berbunyi menandakan ada pesanan masuk.
Hannah perlahan-lahan membuka matanya lalu mengambil telefon pintar miliknya itu.Nayla😚
"Hannah,sorry tau aku tak dapat nak temankan kau lunch harini sebab aku ada hal sikit nak kena diselesaikan.""Takpe,kau pergi lah selesaikan kerja kau tu."
YOU ARE READING
MR. RAYDEN ALBERT'S WIFE (OG)
General Fiction🥀Tengku Rayden Albert Nama seorang jejaka yang tampan,berdarah dingin dan disegani oleh orang ramai kerana dia adalah anak kepada Tengku Albert Reandra iaitu seorang yang berpengaruh dan jutawan di dalam bidang perniagaan.Jejaka ini juga CEO di seb...