Setelah selesai bersiap-siap,Hannah turun ke bawah untuk makan petang.
Selepas sahaja turun ke bawah,kelihatan Puan Liana sedang menghidangkan makanan di atas meja makan.
Hannah mahu pergi ke arah Puan Liana tetapi langkahnya terhenti seketika apabila mendengar seperti suara riuh-rendah di bahagian ruang tamu.Hannah cepat-cepat menuju ke arah ibunya.
"Ibu,ada orang datang ke dekat ruang tamu tu?"tanya Hannah sambil mengangkat sebelah keningnya.
"Iye,kakak kamu dengan abang ipar kamu,Arsya dengan Arsyad pun ada sekali tu"jawab Puan Liana sambil meletakkan pinggan ke atas meja makan.
"Ooo yeke,kalau macam tu adik nak pergi dekat ruang tamu lah kejap,rindu nak main dengan Arsya dan Arsyad sekali!"kata Hannah kepada Puan Liana kemudian dia berjalan melangkah menuju ke arah ruang tamu itu.
"Haa,nanti panggil kakak dengan abang ipar kamu makan ye!"kata Puan Liana kepada Hannah.
"Okay ibu!"jawab Hannah ringkas sambil menuju ke arah ruang tamu,sebelum dia menuju ke ruang tamu dia dah pakai tudung dah jadi don't worry!
Ketika dia sampai di ruang tamu,kelihatan kedua-dua anak buahnya itu sedang bermain mainan di hadapan televisyen.
"Kakak!"kata Hannah sambil menuju ke arah kakaknya lalu memeluknya.
"Lamanya tak jumpa kakak!"kata Hannah lagi sambil tersenyum manis ke arah Adren.
"Haihh,baru je seminggu tak jumpa dah rindu?rindu kakak ke rindu anak-anak buah kamu nii?"perli Adren sambil menaikkan sebelah keningnya.
"Hehe mana ada lah!rindu kakak dengan abang sekali dengan anak-anak buah Maksu ni lah!"kata Hannah sambil menuju pula ke arah kedua-dua anak buahnya itu.
Maksu!!!Maksu!!
Panggil Arysa lalu berlari menuju ke arah Hannah.Hannah yang berjalan melangkah ke arah kedua-dua anak buahnya itu mulai menghulurkan tangannya lalu mendukung anak buahnya iaitu Arysa.Arysa terus memeluk erat leher Hannah.
"Lamanyaa tak jumpa anak-anak buah maksu nii!"kata Hannah sambil mencium lembut pipi anak buahnya itu.Arysa tergelak kecil.
Arsyad yang kelihatan sedang bermain juga mulai merangkak ke arah Hannah lalu memegang kaki Hannah.Hannah yang melihat itu mulai meletakkan Arysa lalu mengambil Arsyad pula.
"Elehh yang ni sorang pun sibuk je ehh nak attention!"kata Hannah sambil mendukung Arsyad lalu mencium lembut pipi Arsyad.Arsyad tersenyum kecil.
"Maksu!!jom laa main sekali dengan Arysa!"kata Arysa sambil menarik-narik tangan Hannah.
Hannah pun menunduk di hadapan Arysa untuk menyamakan kedudukannya dengan anak buahnya itu.
"Boleh!tapiiii Arysa dengan adik kenalah makan dulu,nanti lepas makan kita sambung main balik,ye!"kata Hannah sambil mengelus lembut kepala Arysa.
"Okey Maksu!!"jawab Arysa lalu menarik kembali tangan Hannah untuk melangkah menuju ke arah ruang dapur.
Hannah hanya ikutkan saja pergerakan anak buahnya itu sambil mendukung Arsyad.
Adren yang melihatnya itu hanya tersenyum manis sambil mengikut langkah Hannah di belakang bersama dengan Ardan.
"Tokbu!"panggil Arysa kepada Puan Liana sambil menuju ke arah ruang dapur.
"Iye cucu tokbu"balas Puan Liana sambil memeluk cucunya itu.
"Haa Hannah,Adren,Ardan mari duduk,makan cucur pisang yang ibu buat ni"kata Puan Liana ke arah kedua-dua anaknya dan menantunya itu.
"Baiklah ibu"jawab Adren dan Ardan.
YOU ARE READING
MR. RAYDEN ALBERT'S WIFE (OG)
General Fiction🥀Tengku Rayden Albert Nama seorang jejaka yang tampan,berdarah dingin dan disegani oleh orang ramai kerana dia adalah anak kepada Tengku Albert Reandra iaitu seorang yang berpengaruh dan jutawan di dalam bidang perniagaan.Jejaka ini juga CEO di seb...