Chapter 5✨

450 15 4
                                    

Hannah mengambil anak kunci keretanya lalu menekan anak kunci kereta tersebut ke arah Honda CR-V miliknya yang berada di depannya itu.

Kemudian,Puan Liana dan Hannah masuk ke dalam kereta tersebut.

Hannah menekan pedal minyak keretanya itu lalu menuju keluar dari kawasan restoran mewah itu.

Semasa dia mahu keluar dari kawasan restoran mewah itu kebetulan sebuah kereta mewah berwarna hitam memasuki kawasan restoran mewah itu.

Hannah hanya memalingkan wajahnya sejenak ke arah kereta mewah itu kemudian berlalu pergi.

Sebuah kereta mewah itu tadi telah memasuki kawasan restoran mewah lalu memarkir keretanya di kawasan parking VVIP.

Setelah itu,pintu kereta mewah tersebut telah dibuka oleh pemandu yang berada di hadapan dan kemudian pemandu tersebut menutup pintu kereta itu lalu berjalan menuju ke arah pintu belakang untuk membuka pintu keretanya itu kepada tuannya.

Tidak lama kemudian,seorang lelaki yang berpakaian kemas,berbadan tegap dan tinggi,dadanya yang bidang,wajahnya yang tampan serta perwatakan dingin itu telah keluar dari kereta mewah itu.

Siapa lagi kalau bukan Tengku Rayden Albert iaitu anak kepada Puan Sri Farida.

Lelaki itu membetulkan sedikit bajunya lalu berjalan menuju ke arah restoran mewah tersebut,pekerja-pekerja yang berada di hadapan itu menundukkan kepalanya sebagai tanda hormat kepada lelaki itu.Tengku Rayden menundukkan kembali sedikit kepalanya.

Tengku Rayden memasuki restoran mewah itu lalu menuju ke arah mamanya iaitu Puan Sri Farida.

"Assalamualaikum mama,sorry lambat sikit tadi ada meeting dengan Uncle Rahim"kata Tengku Rayden sambil mengambil tempat duduk di hadapan mamanya.

"Waalaikumussalam,haa dah sampai pun anak mama ni,Ray lambat sangat tahu tak,kalau tak tadi boleh kamu berjumpa dengan kawan baik mama"kata Puan Sri Farida kepada anak lelakinya itu,tak habis-habis asyik dengan kerja je!

"Sorry la mama,kawan mama dengan anak dia dah balik ke?"tanya Tengku Rayden ringkas sambil memesan makanan yang dia mahu kepada pelayan yang berada di hadapannya itu dan kemudian pelayan itu berlalu pergi.

"Iye lah,mereka berdua dah balik dah,baru je tadi diorang balik"jawab Puan Sri Farida
Kalau anak lelakinya itu datang awal sikit,bolehlah berkenalan dengan anak kawan baiknya.

"Alaa,mama pun tahukan yang Ray ni busy dengan kerja,sejak dari awal Ray mula bekerja sebagai CEO,Ray dah mula busy dengan kerja-kerja dekat pejabat tu"jawab Rayden sambil mengeluh kecil.

Elehhh saja la tu nak tunjuk muka sedih dia dekat mama dia!

"Hmm,takpe lah kalau macam tu,nanti lain kali Ray kena datang awal tau sebab mama nak kenalkan kamu dengan seseorang!"kata Puan Sri Farida sambil tersenyum manis ke arah anak lelakinya itu.

"Mama nak kenalkan Ray dengan siapa pulak ni?"tanya Tengku Rayden sambil mengangkat sebelah keningnya.

"Nanti Ray akan jumpalah dengan seseorang tu!"kata Puan Sri Farida lagi.

"Haihh,ye lah mama, terpulang lah dekat mama lah"kata Tengku Rayden sambil mula mengambil makanan daripada pelayan itu lalu mulai menikmati makanan tersebut.

"Mama dah makan ke?"tanya Tengku Rayden sambil menikmati makanan itu.

"Mama dah makan dengan kawan baik mama tadi dengan anak dia sekali"kata Puan Sri Farida sambil menatap wajah anaknya itu.

"Ray,kamu nak tahu tak,kawan mama tu ada anak perempuan,umur 25 tahun.Cantik orangnya!"kata Puan Sri Farida saja memancing anaknya itu.

Tengku Rayden hanya menikmati makanan yang berada di hadapannya.

"Ray,dengar tak apa mama cakap ni?!"tanya Puan Sri Farida yang kedengaran menahan amarah itu.

"Ray dengar ma,tapi apa boleh Ray cakap dengan mama,mama pun tahu kan yang Ray ni takde masa nak cari sendiri calon isteri"jawab Tengku Rayden kepada Puan Sri Farida dengan nada malasnya.

"Kalau macam tu,kiranya Ray setuju lah kan kalau mama tolong carikan calon isteri untuk Ray kan?"tanya Puan Sri Farida dengan nada berharap agar anaknya itu terima dengan cadangannya.

"Ikut suka hati mama lah,asalkan mama suka dengan bakal menantu pilihan mama tu"kata Tengku Rayden sambil menyandarkan badannya ke belakang.

"Okay kalau macam tu maksudnya Ray terima je lah apapun pilihan mama kan?"tanya Puan Sri Farida lagi.

"Iye ikut suka hati mama lah"jawab Tengku Rayden sekali lagi dengan nada malasnya itu.

Puan Sri Farida yang mendengar apa yang keluar dari mulut anaknya itu terus berasa gembira.Senanglah kerja dia nanti!

Selepas sahaja Tengku Rayden dan Puan Sri Farida selesai makan,mereka berdua keluar dari restoran mewah itu kemudian pergi ke arah kereta mewah yang telah diparkir itu.

Puan Sri Farida dan Tengku Rayden memasuki kereta mewah itu,sebelum Puan Sri Farida balik ke rumah,Tengku Rayden terlebih dahulu kembali ke pejabatnya.

Selepas itu,pemandu Tengku Rayden akan menghantar Puan Sri Farida pulang ke rumah.

Setelah sampai di rumah,Hannah dan ibunya berehat di dalam bilik masing-masing.

Hannah masih lagi lincah menekan-nekan papan kekunci laptopnya untuk menyiapkan kerjanya kembali,walaupun dia tidak masuk ke pejabat milik bapa saudaranya semula,tetapi dia masih lagi mengerjakan kerjanya itu di rumah.

Manakala ibunya pula sedang berbual-bual dengan kakaknya di dalam biliknya melalui telefon pintar miliknya sambil bertanyakan khabar anak-anak buahnya itu.

Setelah beberapa jam Hannah menghadap
laptopnya itu,matanya terasa berat dan dia mulai menguap.Hannah menutup laptopnya itu dan menuju ke arah katilnya untuk tidur.

Setelah beberapa jam Hannah terlelap,lalu dia tersedar dan melihat ke arah jam dinding di bilik tidurnya,jarum jam menunjukkan baru pukul 5.00 petang.

Hannah bangun lalu meraup mukanya dan mulai menggeliat,dia mengambil telefonnya lalu membuka ia dan melihat kalau-kalau ada masuk pesanan dan ternyata memang betul sangkaannya,pesanan dari kawan baiknya itu Camelia terpapar di skrin telefonnya itu.

CAMELLIA 😍✨
"Assalamualaikum Hannah!!
Kau free tak hujung minggu ni?kalau free jom date dekat cafe nak tak?"

"Waalaikumussalam,aku free je hujung minggu ni tapi aku tak boleh janji dengan kau tau yang aku boleh ke tak keluar date dengan kau,takut-takut kau ada urusan lain time tu,kalau boleh aku roger² kau eh?"

"Oh okay kalau macam tu,takpe nanti kalau kau free,kita berdua date sama² okey?!
Aku dah lama tak jumpa dengan kau tau!!
I miss you sooo much!!

"Okay haha I miss you too!"

"Okay lah kalau macam tu,aku ada kerja sikit yang kena buat,nanti ape² kita chat balik eh?bubyee!! Assalamualaikum!"

"Okay Lia,bye! Waalaikumussalam."

Selepas itu, berakhir lah percakapan mereka berdua melalui chat itu.

Hannah dengan gigihnya bangun lalu menuju ke arah tandas untuk mandi ,Hannah membuka pintu tandasnya lalu mulai mengambil pakaiannya di dalam almari.

Hannah memilih memakai baju T-shirt
lengan pendek baggy dan seluar panjang slack,itu lah pakaian hariannya ketika dia berada di rumah.Simple-simple jekk!

Oh lupa nak beritahu!Camellia ni ialah kawan baik Hannah dan juga Nayla.

Nama sebenarnya ialah Camellia Nadine.Camellia ni bekerja sebagai seorang peguam syari'ah.Dia lah yang akan menjadi orang tengah ketika ada pasangan yang ingin bercerai ataupun hal-hal yang berkaitan dengan rumah tangga.
Camellia ni pun belum berpunya lagi!!Sampai sekarang still lagi single kerana sibuk dengan pekerjaannya itu.Mungkin dia belum berkahwin lagi,tetapi dia sangat mahir dalam menyelesaikan atau menyelamatkan hal rumah tangga orang lain!Dia juga sama seperti Hannah dan juga Nayla yang masing-masing sibuk dengan kerjayanya sendiri.😚

Jangan lupa komen,vote & follow guys!❤️

MR. RAYDEN ALBERT'S WIFE (OG)Where stories live. Discover now