Hannah memasuki kawasan tempat makan yang telah diberitahu oleh Puan Liana.
Kelihatan tempat makan di situ agak mewah dan seperti hanya orang yang berpengaruh sahaja yang boleh masuk.
Hannah memarkir keretanya di tempat parking,Hannah berpaling sejenak ke arah ibunya.
"Ibu,ni ke tempat yang ibu nak makan dengan kawan ibu tu?"tanya Hannah dengan perasaan hairan sambil melihat ke arah restoran mewah yang berada tidak jauh dari tempat dia memarkir keretanya.
"Haah ye,dekat sini la tempatnya"jawab Puan Liana penuh yakin.
"Macam pelik je tempat ni,bukan ke tempat ni tempat orang-orang kaya je biasa makan?kita ni bukan kaya sangat ibu,biasa-biasa je"kata Hannah lagi.
"Haihh ibu pun tak tahu la adik,ni pun sebab kawan ibu yang ajak ibu datang ke sini tak tahu pula sampai ke sini dia ajak ibu"jawab Puan Liana.
"Eh dah lah kalau adik duduk termenung tengok restoran ni sampai kesudah ibu tak jumpa dengan kawan ibu tu tau,dah jom keluar"bebel Puan Liana sambil membuka pintu kereta anak bongsunya.
"Ermm yelaa"jawab Hannah ringkas dan acuh tak acuh sebelum dia juga turut sama membuka pintu keretanya dan keluar.
Setelah itu,dia mengunci keretanya lalu memasuki restoran mewah itu bersama dengan Puan Liana untuk masuk ke dalam restoran mewah itu.
Restoran itu dari luarannya sahaja sudah kelihatan mewah apatah lagi keadaan di dalamnya.
Hannah dan ibunya masuk ke dalam restoran mewah itu dan ternyata memang betul sangkaan Hannah yang keadaan di dalam restoran itu memang mewah.
Mata Puan Liana melilau-lilau mencari di mana kawan lamanya itu berada.
Kemudian,kelihatan seorang perempuan bertudung shawl berwarna putih yang berumur sebaya dengan Puan Liana melambaikan tangannya ke arah Puan Liana.
Puan Liana menuju ke arah di mana perempuan itu berada lalu bersalaman dan memeluk perempuan itu.
Hannah yang berada di belakang ibunya hanya melihat tingkahlaku mereka berdua itu.
"Ya Allah!lamanya tak jumpa you Liana!"ujar perempuan itu kepada Puan Liana.
"Yela,sejak you pindah pergi Itali masa habis SPM,kita dah tak berhubung lagi dah"balas Puan Liana sambil tersenyum mesra ke arah perempuan itu.
"Haa adik,ni lah kawan ibu,aunty Farida"ujar Puan Liana sambil memandang ke arah Hannah.
Setelah itu,Puan Sri Farida mengalihkan matanya ke arah gadis yang berada di belakang Puan Liana,siapa lagi kalau bukan Hannah Audia.
"Eh,ni anak you ke?"tanya Puan Sri Farida sambil menuding jarinya ke arah Hannah.
"Haah,ni lah anak bongsu I,adik kepada Adren"jawab Puan Liana sambil menarik Hannah untuk berdiri di sebelahnya.
Hannah menghulurkan tangannya lalu bersalaman dengan Puan Sri Farida.
Puan Sri Farida tersenyum ramah kepada Hannah.
"Ooo anak bongsu you ye,masyallah! cantiknya anak bongsu you ni!"puji Puan Sri Farida sambil meletakkan tangannya ke arah pipi Hannah.
Hannah agak sedikit tersentak dengan kelakuan Puan Sri Farida itu.
Cantik bukan sebarang cantik ni aunty oiii HAHAHAHA
"Nama apa?"tanya Puan Sri Farida ke arah Hannah.
"Nama saya Hannah Audia,aunty"jawab Hannah dengan nada penuh bersopan santun.
YOU ARE READING
MR. RAYDEN ALBERT'S WIFE (OG)
General Fiction🥀Tengku Rayden Albert Nama seorang jejaka yang tampan,berdarah dingin dan disegani oleh orang ramai kerana dia adalah anak kepada Tengku Albert Reandra iaitu seorang yang berpengaruh dan jutawan di dalam bidang perniagaan.Jejaka ini juga CEO di seb...