Selepas sahaja selesai makan,Hannah meminta diri terlebih dahulu untuk pergi ke kerja.Hannah bersalaman dengan ibunya dahulu dan Puan Liana juga turut mencium lembut dahi anak bongsunya itu.
Setelah itu Hannah berjalan keluar menuju ke tempat duduk di luar halaman rumahnya sambil menyarungkan kasut ke kakinya lalu menuju ke arah kereta Honda CR-V miliknya.
Hannah memasuki keretanya itu lalu mulai memandu untuk menuju ke arah tempat dia bekerja.
Tidak lama kemudian,akhirnya dia sampai juga di tempat di mana dia bekerja,Hannah memarkir keretanya di tempat parking kereta dan selepas itu dia mengunci pintu kereta miliknya lalu masuk ke pejabat milik bapa saudaranya.
Nama syarikat itu adalah The Tropika's Holding.Dia mulai masuk ke dalam pejabat itu dengan disapa oleh beberapa pekerja di situ sebagai tanda penghormatan untuknya sebagai anak saudara kepada pemilik syarikat tempat mereka bekerja.
Hannah hanya tersenyum manis dan menundukkan sedikit kepalanya jika ada pekerja yang menyapanya di pagi hari,kadang-kadang dia berasa agak segan kerana syarikat itu milik bapa saudaranya bukan miliknya pun!tak payah lah sampai nak hormat bagaikan?
Hannah mengambil tempat di mana memang di situ adalah tempat miliknya dan dapat dilihat di depan meja itu mempunyai satu papan nama iaitu tertulis di situ HANNAH AUDIA (Setiausaha syarikat The Tropika's Holding).
Baru sahaja beberapa minit Hannah melabuhkan punggungnya dan mulai membuka komputer yang berada di hadapannya,tiba-tiba seseorang mengetuk pintu pejabatnya lalu dia mengarahkan orang tersebut agar masuk ke dalam bilik pejabatnya.
Orang itu adalah kawan baik Hannah,iaitu Nayla Dean yang bekerja sama pejabat dengannya.Hannah mendongakkan sedikit kepalanya selepas melihat kawan baiknya itu masuk ke dalam bilik pejabatnya.
"Assalamualaikum!"sapa Nayla sambil tersenyum manis ke arah Hannah.
"Waalaikumussalam"jawab Hannah sambil tersenyum kembali ke arah kawan baiknya itu.
"Okay dah ke senggugut perut kau tu?"tanya Nayla sambil mengambil tempat duduk di hadapan Hannah.
"Dah okay sikit,tapi tu lah cramp tu still ada lagi sikit"balas Hannah sambil membetulkan kedudukannya.
"Ooo mujurlah dah okay,kalau tak okay lagi kau minta je lah cuti lebih lagi haa biar betul-betul dah tak cramp perut kau tu"kata Nayla sambil memandang Hannah di hadapannya.
Hannah hanya tergelak kecil melihat gelagat kawan baiknya itu tak habis-habis minta suruh dia cuti,dia tahu kawan baiknya itu risau akan kesihatannya maklum lah tidur pun kadang-kadang tak lena sangat si Hannah ni kalau senggugut tu datang.
"Eh btw,bukan ke harini kau still lagi ambil cuti?ni dah kenapa datang office pulak?apa?tak penat lagi kee kerja banyak bertimbun-timbun tuu sampai rajin sangat kau ni haa nak buat semua benda"sindir Nayla kepada Hannah,budak ni kan rajin sangat tau tak kadang-kadang geram jee dia nak ikat tangan budak ni biar dia tak buat kerja seharian haa sape suruh rajin sangat hoho.
"Ishh kau ni mana ada lah aku rajin,aku ni just buat kerja apa yang disuruh oleh bos kita tuu ajee bukan pape ponnn"balas Hannah sambil memuncungkan mulutnya sedikit.
"Ha ye lah engko,sebokkk jee eh nak backup diri sendiri"bebel Nayla sambil memincingkan mata dia ke arah Hannah.
"Takpelah,at least aku backup diri sendiri daripada aku backup orang lain kan?"balas Hannah sambil menaikkan sedikit kening sebelah kanannya.
Nampak sangat nak backup diri sendiri si Hannah ni ye.
Nayla hanya menjeling sekilas ke arah kawan baiknya itu kalau diikutkan hati dah lama dah dia campak dekat kolam ikan koi depan office tu haa.
"Aku masuk office kejap je ni sebab nak selesaikan hal penting ni,pastu nanti waktu lunch aku kena keluar makan dengan ibu aku and aku terus balik rumah dah"jelas Hannah sambil memalingkan sedikit kepalanya ke arah komputernya dan selesaikan hal penting sambil menekan-nekan papan kekunci yang berada di hadapannya itu.
Jari-jemarinya menari-nari di atas papan kekunci komputer yang berada di hadapannya itu.
Nayla pula sibuk memuncungkan mulutnya yang berbentuk "o" menandakan dia faham mengapa Hannah datang ke pejabat hari ni sedangkan dia masih lagi dalam tempoh cuti sakit.
"Maksudnya lepas je kau habis selesai kerja ni kau terus dah tak masuk office balik la ye?"tanya Nayla lagi kepada kawan baiknya itu.
Hannah mengangguk laju kepalanya menandakan betul.
"Emm okay lah kalau macam tu,kau buatlah kerja kau tu,aku keluar dulu eh bubyee!"pamit Nayla sambil menuju ke arah pintu keluar bilik pejabat Hannah.
"Okay byee!"jawab Hannah sambil melambaikan tangannya ke arah kawan baiknya itu kembali.
Setelah tiga jam dia menghadap komputer di hadapannya itu,akhirnya siap juga kerjanya.
"Alhamdulillah,siap juga kerja aku"monolog Hannah sambil membetulkan kedudukannya dan mengurut sedikit belakang tengkuknya yang dibaluti tudung itu akibat lenguh.
Hannah mengemas dokumen-dokumen penting di atas mejanya lalu dia melihat ke arah jam tangannya,jarum jam sudah menunjukkan pukul 2 petang sekarang ini,maka masa ini bermaksud waktu lunch.
Hannah mengambil begnya lalu mengeluarkan anak kunci keretanya lalu menuju ke arah pintu keluar pejabatnya.Selepas itu,dia beredar keluar dan memberitahu kepada PA bapa saudaranya bahawa kerja yang disuruh oleh Tuan Abbas sudah dia siapkan dan berada di atas meja bilik pejabatnya dan Hannah juga memberitahu bahawa selepas waktu lunch habis dia tak masuk kembali ke pejabat.
PA Tuan Abbas mengangguk tanda faham akan maklumat yang dia perlu sampaikan itu kepada bosnya nanti.Hannah keluar lalu menuju ke arah tempat parking di mana dia parking kereta Honda CR-V miliknya itu lalu menaiki keretanya.
Tadi sebelum keluar ada juga dia mencari-cari kelibat kawan baiknya Nayla tapi rasanya Nayla dah keluar terlebih dahulu kot dengan boyfriendnya.Jadi Hannah terus keluar menuju ke arah pintu keluar utama pejabat The Tropika's Holding.
Kereta milik Hannah terus menuju ke rumahnya untuk mengambil ibunya dahulu.
Setelah dua puluh minit,Hannah telah sampai di depan rumahnya itu kelihatan Puan Liana sedang duduk di hadapan luar rumah.Puan Liana memakai baju blouse labuh dengan seluar palazo serta digayakan tudung shawl di atas kepalanya.
Hannah memarkir keretanya di tepi pagar rumahnya sambil menunggu ibunya masuk ke dalam kereta.Setelah itu,Hannah kembali memandu keretanya untuk pergi ke tempat yang hendak dituju itu.
Hannah memandang sekilas ibunya itu yang berpakaian agak kasual tetapi kelihatan seperti seorang datin atau puan Sri ye.
Memang seperti itulah selalunya Puan Liana berpakaian jikalau mahu keluar pergi mana-mana.Simple but elegant.
YOU ARE READING
MR. RAYDEN ALBERT'S WIFE (OG)
General Fiction🥀Tengku Rayden Albert Nama seorang jejaka yang tampan,berdarah dingin dan disegani oleh orang ramai kerana dia adalah anak kepada Tengku Albert Reandra iaitu seorang yang berpengaruh dan jutawan di dalam bidang perniagaan.Jejaka ini juga CEO di seb...