Hannah hanya memandang sahaja akan tingkah laku Puan Liana yang sibuk bergelak ketawa yang tak habis-habis dari tadi lagi sambil menonton televisyen.
Beberapa minit berlalu,akhirnya Puan Liana meletakkan panggilannya yang dari tadi lagi tidak berhenti itu.
Hannah mulai bersuara.
"Syoknyaa berbual,berbual dengan boyfriend keee?"perli Hannah sambil melihat sekilas ke arah Puan Liana,Puan Liana menjeling ke arah anak bongsunya itu,tak habis-habis nak perli dia.
"Ishh kamu ni,tadi ibu tengah cakap dengan kawan ibu,biasa laa mak-mak bercakap pasal anak-anak haa,kamu apa tahu"bidas Puan Liana kepada anak bongsunya pula sambil meletakkan telefonnya di atas meja yang berada di hadapannya itu.
"Ooo tengah bercakap pasal anak-anak rupanya,ingatkan mengumpat apa laa tadi,gelak bukan main besar ye"usik Hannah sambil matanya mengerling sekilas ke arah ibunya lalu tersenyum kecil.
"Kamu budak-budak,tak payah nak masuk campur hal-hal orang tua"bidas Puan Liana.
"Hmm yelaa Puan Liana"balas Hannah dengan nada malasnya.
Kalau bergaduh pun diorang dua beranak ni jelaa sebab kakak Hannah kan duduk dekat rumah lain,masa ni je la dia boleh bergurau senda dengan Puan Liana,nanti kalau dia dah kahwin hmm takde sape lagi la nanti nak gaduh dengan dia kan,maybe?
"Nanti esok kamu free tak?"tanya Puan Liana.
"Ermmm free kot,waktu lunch je la free kalau lepastu adik masuk kerja balik"jawab Hannah sambil matanya masih lagi menatap ke arah televisyen.
Puan Liana tersenyum penuh makna.
"Haa baguslah kalau macam tu,nanti kamu ikut ibu pergi lunch sekali ye?"tutur Puan Liana yang kedengaran gembira itu.
"Ikut ibu?pergi mana pulak ni?"tanya Hannah dengan nada yang kedengaran malas itu,ni mesti nak ajak dia pergi keluar ni haa dia dahlah malas nak keluar hujung-hujung minggu ni,time cuti hujung minggu jelah dia boleh rest dekat rumah.
"Pergi keluar makan dengan kawan ibu masa lunch esok,kamu ikut sekali tau"pujuk Puan Liana sambil mengusap perlahan kepala Hannah,haihh dia dah agak dah ni mesti ibu dia nak ajak dia keluar ni kalau macam ni cara dia.
Puan Liana memang pandai dalam bab pujuk-memujuk anak-anak dia ni kalau dia nak apa-apa dari kedua-dua anak perempuannya itu,mak-mak kann biasa laa.
"Ermmm yelaa adik ikut sekali esok"jawab Hannah sambil memejamkan matanya sejenak.
Dia memang tahu sangat perangai ibu dia ni macam mana,kalau dia tolak memang kena dia dengan Puan Liana harini bukan takut cuma tak nak jadi anak derhaka haa gitcheww.
"Haa macam ni laa anak bongsu ibuu"puji Puan Liana keriangan sambil mencium kedua-dua belah pipi anak bongsunya itu
Hannah hanya menganggukkan kepalanya sahaja sambil memejamkan matanya,entah kenapa dia tiba-tiba sahaja rasa mengantuk mungkin sebab effect dia senggugut dua hari lepas lalu dia terlelap di atas sofa empuk itu.Puan Liana hanya memandang sahaja wajah anak bongsunya itu.
Wajah Hannah memang tidak dinafikan sangatlah cantik,tambahan pula wajah mulusnya itu yang mempunyai darah kacukan Arab dan Melayu membuatkan wajahnya lebih lagi berseri dan menawan serta rambutnya yang berwarna keperangan serta curly itu juga lebih membuatkan dia semakin cantik.
Ya,Hannah mempunyai darah kacukan Arab dengan Melayu kerana arwah ayahnya juga mempunyai darah kacukan Arab dengan Melayu,sama juga dengan kakaknya,Adren juga mempunyai darah kacukan Arab dengan Melayu cuma rupa paras Adren lebih kepada menyerupai Puan Liana manakala Hannah pula rupa parasnya lebih menyerupai kepada arwah ayahnya iaitu Encik Muhammad Ariaz Yusuf.
Disebabkan Hannah mempunyai rupa paras yang merupai ayahnya,jika Puan Liana rindu akan arwah suaminya dia akan menatap wajah anak bongsunya iaitu Hannah Audia untuk mengubat rindu di hatinya.
Keesokan harinya,matahari sudah mulai naik menandakan hari mulai menjelang pagi.
Seperti biasa,Hannah akan bangun dari tempat tidurnya lalu mengambil tuala kepunyaannya sambil bergegas masuk ke tandas yang berada di dalam biliknya itu.
Tidak lama kemudian Hannah keluar dari tandas,Hannah menuju ke arah almari pakaian miliknya sambil mengelap rambut keperangan miliknya itu.
Hannah membelek -belek baju yang berada di dalam almarinya itu dan memilih untuk memakai baju kemeja yang berwarna blueblack serta memakai seluar slack yang agak longgar,selalunya memang dia pakai begini semasa dia mahu pergi ke tempat kerjanya.Dia tidak suka memakai pakaian yang terlalu ketat.
Selepas sahaja selesai bersiap,Hannah menuju ke arah pintu biliknya lalu memegang tombol pintu bilik tidurnya,setelah itu dia berlalu pergi turun ke bawah.
Hannah turun ke bawah sambil mencari-cari di mana keberadaan ibunya itu.Hannah melihat kelibat ibunya itu yang berada di dapur lalu dia menuju ke arah dapur.
Tidak beberapa lama kemudian,Puan Liana menyedari yang anaknya sudah turun.
"Haa dah siap dah anak ibu?"tanya Puan Liana kepada anak bongsunya yang sudah bertudung itu menandakan anak bongsunya itu sudah bersiap untuk pergi ke kerja.
"Dah,ibu"jawab Hannah kepada Puan Liana.
Sebenarnya hari ini dia tak masuk lagi kerja,tetapi disebabkan ada hal penting yang patut dia selesaikan di tempat kerjanya jadi dia terpaksalah masuk sekejap dekat tempat kerja dia.
"Haa makan ni"ujar Puan Liana sambil meletakkan roti goreng bersalut telur ke dalam pinggan milik Hannah.
Hannah pun mulai menyuakan roti goreng yang bersalut telur itu ke arah mulutnya yang diletakkan oleh ibunya tadi.
Puan Liana memandang wajah anak bongsunya itu sekilas dan mulai menyuakan juga roti goreng yang bersalut telur tadi ke dalam mulutnya.
"Ingat ye harini kamu kena ikut ibu pergi jumpa dengan kawan ibu nanti waktu lunch"kata Puan Liana dengan nada agak tegas kepada anak bongsunya itu.
Bukan apa,selalunya anak bongsunya ini susah betul nak ikut dia pergi mana-mana tempat lagi-lagi nak pergi jumpa kawan Puan Liana dengan majlis kenduri,boleh dikatakan dia memang anti lah kalau bab-bab macam ni.
Sebenarnya Hannah bukan tak nak pergi cuma kadang-kadang tu dia penat harap maklum lah pergi kerja pagi,petang baru balik itupun kalau kerja tu selesai semua, kalau tak lepas maghrib laa jawapannya baru dia pulang ke rumah.
Cak!Haaa mesti korang nak tahu kan apa pekerjaan heroin kita ni HSHSHSH.😆✨
Hannah ni kerja dekat pejabat bapa saudara dia sebab bapa saudara dia tu memang nak sangat Hannah ni kerja tempat dia kalau bukan sebab bapa saudara dia,memang dia tak nak kerja dalam bidang perniagaan ni sebab kalau boleh dia nak kerja jadi cef,tapi takdir berkata lain jadi dia kerja jelah dengan bapa saudara dia tu haa dan dia jadikan memasak tu sebagai hobi dia jerrr kesian kan?HAHAHAH tapi takpe asalkan gaji mahal confirm dia terima punya!hehe😁 Bolehlah lepas makan minum dia dengan Puan Liana tu pun dah kira okay dah.Bye-bye!😚💅✨
Jangan lupa komen,vote & follow!❤️
YOU ARE READING
MR. RAYDEN ALBERT'S WIFE (OG)
General Fiction🥀Tengku Rayden Albert Nama seorang jejaka yang tampan,berdarah dingin dan disegani oleh orang ramai kerana dia adalah anak kepada Tengku Albert Reandra iaitu seorang yang berpengaruh dan jutawan di dalam bidang perniagaan.Jejaka ini juga CEO di seb...