CARA NAK TERBIT NOVEL

5.8K 349 67
                                    

Disebabkan terkenangkan zaman dulu, dimana aku tertanya-tanya macam manalah buku-buku dekat popular tu boleh wujud😌 betapa ketinggalan zamannya aku waktu tu, sampai tak tahu bagaimana kewujudan mereka semua🗿

Aku ingatkan diaorang cetak sendiri dekat rumah guna printer🙂. Rupanya tidak😌🤚

Jadi supaya anda tidak jadi seperti saya 🥲, biarlah saya beritahu bagaimana nak cetak novel dibawah Publication atau penerbitan sendiri.

Pertama sekali apa yang korang perlu tahu adalah nama syarikat penerbitan novel. Yang mana satu korang berminat untuk terbit dibawah mereka? Nak cetak bawah publication ni kena satu aje. Jangan pandai-pandai pergi hantar manuskrip korang dekat tiga Publication sekaligus.

Kalau kena reject dengan publication 1, baru boleh cuba yang publication 2 pula.

Nama syarikat penerbitan yang popular setakat ni adalah

-KAKI NOVER
-FAJAR PAKEER
-KARYA SENI

Ketiga-tiga diatas ini adalah novel yang selalu menjadi tumpuan pembaca bila beli. Sebab apa? Sebab pertama cover cantik, sebab kedua adalah mereka telah banyak menghasilkan cerita-cerita yang best jadi pembaca meletakkan harapan bahawa karya pada publication tersebut masih lagi menarik.

Tapi bila nak hantar dekat publication diatas, bersiap sedialah dengan mental dan fizikal.

Kenapa?

Sebab macam yang saya cakap tadi, hasil karya dari syarikat mereka yang sebelum ini kebanyakkannya mendapat sambutan hangat. Jadi ramai pembaca meletakkan harapan tinggi bahawa karya-karya yang dihasilkan oleh mereka adalah BEST. jadi, bila Kayra kita kurang seperti apa yang mereka harapkan atau melebihi 18+, jalan cerita yang melampaui batas, merepek dan sebagainya.

Ada peluang untuk anda dikecam, dikritik dan sebagainya 😌

Sebab mereka syarikat yang popular. Bukan tarik minat pembaca muda sahaja, malah orang tua pun ada.

Tahu-tahulah orang dewasa ni strict bila baca novel.













APA ITU MANUSKRIP?

Jangan risau. Aku dulu pun tak tahu apa itu Manuskrip. Jenoh buka google cari maklumat pasal manuskrip, akhirnya dia bagitahu Manuskrip adalah manuskrip🙂.

MASALAHNYA MANUSKRIP TU APA KEBENDANYA?!!

Rupa-rupanya jalan cerita dari A sampai Z yang dibuat dalam bentuk words. Itu dipanggil Manuskrip. Macam korang tulis dekat Wattpad, ha itulah manuskrip korang.

Dah siap ada manuskrip, buat BLURB pula.

BLURB tu yang engkau baca belakang novel sebelum nak beli tu. Cerita ringkas untuk menarik minat pembaca.  Sesetengah publication, blurb diaorang yang akan buat. Ada setengah lagi, kita kena buat sendiri. Jadi sediakan siap-siap.

Tapi kalau karya seni, dia special sikit. Kena sediakan sinopsis. Sinopsis dengan Blurb berbeza ya.

BLURB dia cerita separuh aje. Lepastu dia tinggalkan kita dengan tanda tanya.

Sinopsis adalah keseluruhan cerita yang ditulis secara ringkas.

FILE Pastikan ASING!

DAH SIAP MANUSKRIP DENGAN BLURB LEPASTU?

Cari publication yang korang nak terbit tu, contoh Korang minat KAKI NOVEL. Pergi cari nama Gmail rasmi kaki novel. Hantar manuskrip korang yang dah siap dekat situ. Bagitahulah nama korang siapa, nombor telefon supaya bila mereka berminat dengan cerita korang. Senang mereka nak contact.

TIPS TULIS NOVEL PALING MUDAHWhere stories live. Discover now