Nicholas Theodore X Eleanor Sherafina
From POV to Wattpad. Another blushing story has entered into the airashroses account.❤️
Nicholas Theodore and Eleanor Sherafina. Dua insan yang mempunyai kisah sedih dalam kehidupan mereka dipertemukan sebagai...
Ternganga mulut Angelo tatkala isterinya menyebutkan ayat keramat itu. Dia berdiri dari kerusi di meja makan itu dengan tatapan yang terkejut.
"Che cosa hai appena detto? (What did you just say?)" Angelo bertanya.
"I want to divorce! I want to divorce! You hear me? I'm done sacrifice my life for you. I'm done!" Maria berkata dengan penuh amarah.
"What do you mean? No we.. How could you?" Angelo bersuara dengan berat. Terkejut dengan tindakan isterinya yang tiba-tiba sahaja menyatakan hasrat untuk mereka berpisah itu.
"After what happened in the past few years is enough for me to live with you, Signore Angelo! You even didn't care about me at all!! You just think about your useless group or whatever is it rather than me!"
"Maria, I know! It's my fault. It's all my fault. I have asked you to give me a second chance. I promise, I will change myself for you, Maria!" Angelo merayu.
"Second chance? Are you sure? Kau dengan peluang kau boleh pergi jauh dari hidup aku! Bukan dua kali tapi sudah 3 kali aku beri kau peluang Angelo. Nothing changes! Kau lebih sanggup tengok keluarga kau menderita daripada kumpulan kongsi gelap kau tu! Kau hampir buat Nico tidak bernyawa gara-gara kepentingan kau sendiri! I'm done! Angelo. I'm done!" Maria meluah. Angelo menatap Maria.
"I know. It's my mistake, Maria. But not this way. How about Nico? How about Nicky? How we gonna tell them if we separated?" Tanya Angelo kepada isterinya. Maria menitiskan airmatanya. Dia gelengkan kepalanya.
"We need to separate them too! To be fair, you take one, I take one." Kata Maria. Angelo terkejut.
"No way. Don't you dare, Maria. I wouldn't never ever.. Separating them because of us." Angelo berkata sambil menahan amarahnya.
"I said what I said, Angelo! Aku dah tak tahan hidup dengan lelaki macam kau! Aku benci kau Angelo! Aku benci kau!" Maria berkata.
Memang kali ini dia tekad. Tekad untuk pergi dari perkahwinan yang disangka indah belaka itu. Siapa sangka setelah 3 tahun perkahwinan mereka, barulah Maria tahu siapakah suaminya itu. Seorang lelaki yang menyertai aktiviti kongsi gelap atau ketua kumpulan gangster yang agak berpengaruh di Itali. 5 tahun menyembunyikan identitinya, sungguh luluh hati Maria saat dia tahu dan melihat di depan matanya bagaimana Angelo sangat kejam membunuh dan menyiksa mangsa-mangsanya. Pada ketika itu, anak sulung mereka baru sahaja dilahirkan.
Angelo merayu meminta peluang kedua kepada isterinya. Berjanji akan melindungi keluarga mereka walau apa jua cabaran yang mendatang. Lelaki dan mulut manis mereka, Maria terjatuh dan sanggup memberinya peluang kedua. Mereka kemudiannya berpindah ke Malaysia. Kononnya ingin memulakan kehidupan yang baru di sana.
Maria betul-betul menyangka Angelo benar-benar sudah berubah. Kebahagiaan dalam rumah tangga mereka bertambah apabila mereka dikurniakan seorang lagi zuriat perempuan. Mereka hidup aman dan bahagia bersama dua keturunan mereka. Nicholas Theodore Romano dan Nickiela Angelicia Romano. Itulah gelaran nama yang diberi untuk dua zuriat mereka.
Siapa sangka, kebahagiaan yang disangka indah itu mula goyah apabila mereka ke Turki untuk bercuti. Mereka diserang oleh beberapa musuh yang masih berdendam dengan Angelo. Selama ini, mereka telah diperhatikan oleh musuh Angelo sendiri. Anak lelaki mereka, Nicholas telah diculik dan dikurung selama 3 hari sebelum wang tebusan diberikan kepada si penculik.
Mereka menyembunyikan diri mereka di Malaysia sehinggalah umur Nicholas jejak 14 tahun. Kali ini, Maria nekad untuk hentikan semua kesengsaraanya.
Dan pada hari itu juga, Maria melarikan dirinya bersama anak perempuan mereka. Jatuh terduduk Angelo ketika dia melihat pakaian isteri dan anak perempuannya hilang di dalam almari baju mereka. Hanya meninggalkan kalung rantai beserta cincin pernikahan mereka sebagai tanda isterinya betul-betul nekad untuk berpisah dengannya.
Nicholas. Dia berubah. Berubah dari menjadi seorang lelaki yang lemah lembut dan penyayang kepada seorang lelaki yang sombong dan sifat kasih sayang di dalam dirinya hilang. Berkecil hati dengan ibunya kerana sanggup meninggalkannya dan melarikan diri dari tanggungjawabnya sebagai seorang ibu. Oleh itu, dia nekad. Nekad untuk menyertai bapanya dalam ahli kumpulan yang dinaungi oleh bapanya, Angelo. Sehari selepas ibunya meninggalkan dirinya, Angelo membawa Nicholas pulang ke Itali.
Berginjak umur 32 tahun, dia yang dahulunya diburu kini disanjung tinggi oleh bukan sahaja dalam kalangan ahli kumpulan mereka tetapi juga beberapa kumpulan yang lain. Dia juga dihormati kerana dikenali sebagai pewaris Angelo Romano. Itulah Nicholas Theodore Romano. Bukan itu sahaja, dia juga berjaya membina empayarnya sendiri dengan menggunakan nama keduanya, Theodore sebagai lambang kemegahan dalam bidang perniagaan.
Hampir 18 tahun berlalu, dirinya tidak pernah berhenti untuk mencari keberadaan ibu dan adik perempuannya. Walaupun berkecil hati, namun sudut di dalam hatinya dia rindukan belaian kasih sayang seorang ibu. Namun dia enggan menunjukkan sebarang perasaannya. Cukup hanya dengan menggenggam cincin yang kemas tergantung di rantai lehernya sebagai tempat untuk melepaskan kerinduannya.
~Nicholas Theodore Romano
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.