Nufa julingkan mata. Bangga lah tu dengan kiraan matematik tu?

"Alah, biar aje lah adik jalan kaki ke sana. Sambil tu, boleh abah siapkan sikit bekal nak dibawa balik." Haji Noor datang membela Nufa.

Bahu Numair ditepuk perlahan sambil kepala mengangguk sedikit. Mulut pula tak berhenti kata "tak apa."

Numair urut pelipis kepala. Haji Noor yang memujuk dan Nufa yang dah senyum kemenangan itu dipandang silih berganti.

"Abah dan adik berpakat ya?" Soal Numair kurang berpuas hati.

Bergabung tawa Nufa dan Haji Noor.

"Yalah. Pergi lah cepat. Tapi kalau lambat sangat, angah angkut kau ya."

Nufa angguk dan tangan dibawa menabik di dahi

"Aye, aye, tuan!" Kaki dihentak dua kali sebelum laju Nufa beredar dari situ. Tak mahu berlengah lagi. Lambat dia pergi, lambat pula mereka bergerak pulang.

Numair hanya menggeleng sahaja lihat larian kecil Nufa. Haji Noor dipandang kemudiannya.

"Abah nak bekal kan apa?" Menyengih Numair di akhir kata, buat Haji Noor melepaskan desis kecil.

"Tadi macam tak nak. Mari lah bantu abah di dapur." Ajak Haji Noor. Terus dia menuju masuk ke dalam rumah dengan celoteh Numair di sisinya.

DAHI yang sedikit berpeluh dilap dengan hujung lengan baju. Tangan dah naik perlahan mengipas wajahnya. Ingatkan berjalan pagi-pagi begini sejuk. Bahang juga rupanya.

Menoleh ke belakang, Nufa tahu dia sudah berjalan jauh dari rumah. Lihat jam, mungkin tiga minit nanti nampak lah simpang nak masuk rumah Sayf.

Keluarkan telefon, Nufa rakamkan video pendek. Setelah itu dihantarnya kepada Sayf.

Update dalam kurungan cari pasal. Macam biasa.

You
Kau baik-baik eh dengan aku. Aku otw ambil kiriman untuk kau tau!

Send!

Berhenti sekejap, Nufa ambil pula gambar langit yang mulai mencerah. Nak update di WhatsApp status dan IG Story. Bukan selalu dia flex balik kampung.

Ting!

Pesanan Sayf masuk.

Sayf Dude
Baik tuan puteri. Hamba sangat terhutang budi.

Mengekek ketawa Nufa membaca balasan Sayf. Telefon disimpan kembali dalam poket.

Kaki mulai melangkah lagi. Dan langkah kaki jadi makin laju bila mata mula nampak simpang rumah Sayf.

Masuk ke dalam simpang rumah Sayf, Nufa helakan nafas lega. Lega keraba sudah sampai dan lega juga kerana lihat mak Sayf, Mak Hasnah sudah ada di pangkin. Menunggunya mungkin.

"Assalamualaikum, Mak Hasnah!"

˚₊· ͟͟͞͞➳❥

SETELAH hampir lima belas minit bertukar dan bersembang pendek dengan Mak Hasnah, Nufa minta pamit dahulu. Itu pun sebab telefonnya yang dah berdeting beberapa kali. Mak Hasnah perasan agaknya.

"Terima kasih ya, Nufa. Nanti kirim salam sayang Mak Hasnah kepada Sayf."  Ujar Mak Hasnah saat Nufa menyalam tangan tua itu.

Nufa mengangguk.

"Sama-sama. Baik, Mak Hasnah. In shaa Allah Nufa sampaikan. Mak Hasnah pun, terima kasih bagi bekal buat Nufa." Plastik oren yang menjadi miliknya diangkat sedikit.

C | 𝐂𝐔𝐏𝐈𝐃Where stories live. Discover now