BAB 1

6 2 0
                                    

They told me to keep going because life doesn't end here

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

They told me to keep going because life doesn't end here.
But what if I actually never have one?

But what if I actually never have one?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

     B.O.S.A.N

Bosan dan membosankan. Vibes yang sama dengan sekolah-sekolah aku yang lalu. Tak ada apa-apa yang menarik pun di sini sebenarnya. Alasan aku dipindahkan ke sekolah ini pun kerana terletak berdekatan rumah aku, jalan kaki pun boleh sampai.

Aku meliarkan pandangan ke sekeliling, mengamati dan menyelami setiap ragam dan tingkah manusia yang ada di sini sebelum keluhan berat aku lepaskan. Dalam lamunan tiba-tiba mulutku mengaduh kecil.

Mak oi!

Kawasan yang berasa perit itu aku usap lembut. Mak yang sedang berurusan dengan guru penyelia pelajar tingkatan empat sempat mencubit kecil sisi pinggangku. Aku lihat mak menjeling sedikit diriku melalui ekor matanya, memberi amaran kepadaku untuk mengawal tingkah laku.

"Kamu betul-betul pasti nak ambil aliran biasa? Tak nak ambil aliran yang lebih sesuai ke? Kalau diikutkan keputusan peperiksaan lepas di sekolah lama kamu, kamu ini dah lebih daripada layak untuk belajar di kelas pertama aliran Sains Tulen," guru penyelia itu atau patut aku gelar sebagai Cikgu Fazlina bertanyakan sebagai kepastian terakhir. Ini dah lebih lima kali dia ajukan soalan itu dekat aku. Apa muka aku ini nampak macam orang yang tengah khayal gam Dunlop ke sampai dia tak yakin dengan jawapan aku?

Seperti yang sebelumnya, aku anggukkan kepala dan tersenyum nipis. Guru itu merenungku lama, membuatkan pipi aku berasa kebas dan suasana terasa canggung. Bagi menutup rasa gugup, aku mengambil keputusan untuk tertawa kekok sambil membetulkan tudung dan mask hitam yang menutupi wajah.

Ini bukan kali pertama aku menghadap situasi sebegini, dalam lima buah sekolah menengah yang pernah aku menuntut ilmu, hampir tiga buah sekolah mak dan ayah harus berurusan secara lanjut dengan pihak pengurusan. Maklumlah, budak bermasalah.

"Hmmm, kalau macam itu awak boleh ikut saya ke kelas awak. Puan, puan boleh pulang dan biarkan saya uruskan anak puan."

"Kalau cikgu dah cakap macam itu, saya minta diri dulu. Tolong tengok-tengokkan anak saya, cikgu."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 28, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

𝐀𝐍𝐔𝐌 𝐈𝐁𝐓𝐈𝐇𝐀𝐉 (SU)Where stories live. Discover now