Selepas mengubati luka masing masing, mereka kembali berkumpul di bilik Naim dan Amir termasuk Kahar dan kawannya.
"Korang buat apa kat sini? Kau bukan gang kitorang" kata Fakhri kepada Kahar dan kawan Kahar.
"Kalau aku takde, mati korang semua nanti. Tak pasal pasal kawan kau ikut plan kau yang tak fikir sebelum buat sesuatu" kata Kahar.
"Kau ni memang cari nahas la" balas Fakhri sambil berdiri dari tempat duduknya untuk ajak bergaduh.
Tetapi Kahar tetap duduk di tempatnya kerana dia tahu dia betul."Eeeee dah lah! Ni benda serius tau tak! Kita takde masa la nak bergaduh ni. Kau duduk Fakhri" kata Azam tetapi Fakhri tidak menghiraukannya.
"Kita pun akan mati la kalau ikut arahan kau. Dah la suka mengarah orang, taknak buat sendiri. Dasar pengecut" kata Fakhri.
"Siapa pengecut!" balas Kahar sambil berdiri dan berhadapan dengan Fakhri.
"Kalau aku takde, korang dah tak boleh keluar dari kelas tadi" kata Kahar.
"Kalau aku takde, kau dah mati dekat kaki lima tadi" Fakhri membalas.
Mereka saling bertatapan mata dengan penuh intense.
Amir menepuk tangan untuk membuat kesimpulan.
"Kesimpulannya, kita saling memerlukan antara satu sama lain. Jadi, kita kena bergabung dan kena saling membantu lah nampaknya"
"Jadi, kau nak Kahar dengan kita?" tanya Fakhri dengan geram.
"Yup, makin ramai, makin tebal peluang untuk hidup" balas Amir.
Fakhri menjeling apabila mendengar ayat tersebut. Ayat yang Kahar gunakan.
Fakhri kembali ke tempat duduknya dengan rasa tidak puas hati tetapi dia tidak membantah kerana apa yang mereka katakan adalah betul.Kahar tersenyum sinis dan kembali ke tempat duduknya juga.
"Jadi apa yang kita patut lakukan?" tanya Zahrin.
"Apa kata kita stay je kat sini. Pagar tangga dah kunci, zombie takkan dapat naik. Lagipun, kat sini ada keperluan yang secukupnya dan selesa" kata Fahmi.
"Betul juga apa yang dia cakap. Tak payah laa kita gadaikan nyawa kita untuk keluar dari sekolah ni" kata Azam.
"Korang taknak tengok mak ayah korang hidup ke tak ke?" tanya Hakeem.
Persoalan itu membuat semua terdiam."Aku tahu semua kat sini masih ada mak dan ayah. Korang taknak tahu ke diorang still hidup atau tak?" tanya Hakeem.
Mereka semua menunduk dan berasa sedih. Keadaan di dalam bilik menjadi sendu.
"Tapi kita ada telefon. Kita mesej je la" balas Azam.
"Eh ha'ah laaa" semua membalas.
Dengan itu, mereka semua keluarkan telefon mereka dan mesej kepada ibu bapa mereka. Ada juga yang telefon ibu bapa.
Fakhri menelefon ayahnya manakala Naim menelefon ibunya."Naim?! Syukurlah Naim selamat!"
Naim tersenyum lebar apabila mendengar ibunya mengambil berat tentangnya.
"Ya ma, Naim oka-"
"Adik macam mana? Adik ada dengan Naim tak?! Adik ada tercedera ke?!"
Naim terdiam.
"Hello?! Naim! Adik okay ke tak ni?!"
Naim memberi telefonnya kepada Fakhri yang selesai bercakap dengan ayahnya.
Fakhri memandangnya pelik tetapi dia mengambil telefon tu dan bercakap dengan ibunya.

ANDA SEDANG MEMBACA
ZOMBIE APOCALYPSE |•PHC
Mystery / Thriller•Dah boleh tahu cerita tentang apa kan? Baca jelah. Tak pandai buat description •fan phc ke bukan fan phc ke, boleh baca. Semua boleh baca. Tak kira umur, jantina, kulit, negara, negeri, tempat tinggal, tarikh lahir, kaya or miskin, pendek or tingg...