5

322 22 7
                                    

Selepas Naim selesai mesej dengan Hakeem tentang rancangan Kahar, dia memberitahu Amir yang dia(Naim) harus membuka pagar tangga.

"Kau gila ke?" kata Amir.

"Adik aku ada dengan diorang do. Takkan aku nak biarkan adik aku mati macam tu"

"Kau ingat yang lain setuju ke nak kau buka pagar tu?"

"Sebab tu, aku kena sorok sorok pergi bawah nak buka. Kalau ada orang cari aku, kau kata aku pergi tandas eh" kata Naim.

Amir hanya pasrah dengan rancangan tersebut.

"Hati hati" kata Amir.

Naim mengangguk dan membuka pintu biliknya untuk keluar. Tiba tiba terdapat seseorang berdiri di hadapan biliknya dan dia mendengar semua rancangan Naim.

"Eh... Ash-Ashraf. Kau buat ape kat sini" tanya Naim dengan gugup.

"Kau ingat aku tak dengar?"

"Dengar? Dengar apa?"

"Woi korang. Naim nak bukak pagar tangga sebab nak suruh Kahar dan yang lain dapat naik sini!" jerit Ashraf.

Dengan itu, semua murid yang ada di tingkat 3 keluar dari bilik mereka dan membantah tindakan Naim.

"Apa ni Naim?! Biar lah si Kahar tu mati!"

"Entah la! Kalau dia ada, kita yang mati nanti!"

"Tak payah la Naim!"

"Adik aku ada dengan diorang la!" kata Naim.

Tetapi mereka semua masih membantah.

"Diorang tak setuju. Bak sini kunci" kata Ashraf sambil menghulur tangan untuk mengambil kunci.

Naim melihat ke kiri dan ke kanan.
Dengan perlahan dia menghulurkan kunci pagar tetapi dia menarik balik tangannya dan berlari ke arah tangga dengan laju.

Ashraf dan murid lain terkejut dan mengejar Naim yang hampir sampai ke tangga.
Sebaik sahaja dia menuruni satu anak tangga, bajunya ditarik dengan kuat dan menyebabkan dia tersungkur dari belakang.

"Argh!" Naim mengeran.

Semua murid berhimpun di Naim sambil memaksanya untuk menyerahkan kunci. Tetapi Naim tetap tidak memberi mereka kunci walaupun badannya dipijak dan disepak.

Semasa disepak oleh murid lain, dia ternampak Amir yang sedang berlakon memijaknya. Amir meminta kunci daripada Naim dan dia menyerahkan kunci tersebut kepada Amir secara sembunyi.
Dia percaya bahawa Amir akan menolongnya untuk membuka pagar.

Selepas mendapat kunci, Amir dengan perlahan menuruni tangga sambil memeriksa jikalau ada yang melihat tindakannya.
Apabila tiada siapa yang perasan, dia terus berlari turun ke pagar.

Dia boleh mendengar jeritan Kahar dan yang lain ketika dia turun.

Apabila sampai ke bawah, dia melihat zombi berada di belakang mereka dan membuatnya terketar ketar untuk membuka pagar tangga.
Tetapi, nasib baik dia berjaya membuka tangga tersebut dan mereka semua dapat masuk dengan selamat.

.
.
.

Pada masa yang sama, Naim yang dipijak, menyerah diri.

"Mana kunci tu?! Bak sini!"

"Okay! Okay! Aku bagi kunci!" kata Naim.
Oleh itu, murid lain berhenti memijaknya dan menjauhi nya.

Muka Naim terdapat sedikit lebam berbanding badannya yang pula penuh dengan luka dan lebam kerana dia melindungi mukanya.

ZOMBIE APOCALYPSE |•PHCTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang