"korang dah ready?" tanya Kahar.
Hakeem mengambil nafas yang panjang. Begitu juga Azam.
"Aku tak rase aku ready" kata Hakeem dan Azam mengangguk tanda setuju.
"Ready atau tak ready, kita kena buat juga. Kita perlu bergantung kepada tongkat Ayam ni. Nah" kata Kahar sambil menyerahkan tongkat tersebut kepada Hakeem untuk dibuang.
"Eh jap. Kalau tak silap aku..."
Azam merangkak ke arah meja guru yang berada di hadapan.
Mereka bertiga memandang Azam dengan pelik."Oh, ada lagi" kata Azam sambil mengeluarkan permainan yang kecil daripada laci meja guru yang dibelinya ketika dia berada di tingkatan 1 A.
Azam kembali kepada mereka."Apa benda tu?" tanya Fakhri.
"Ini, aku beli masa aku tingkatan 1. Lepastu cikgu rampas sebab bila kau tekan butang merah kat tengah ni, dia akan buat bunyi siren yang kuat. Meh aku bagi contoh"
"Eh eh eh!" Mereka bertiga menghalang Azam daripada menekan butang tersebut.
"Aku gurau jela. Sambung cerita tadi, aku selalu main dengan benda ni dalam kelas lepastu cikgu rampas dan letak dalam laci tu"
Yang lain hanya mengangguk mendengar cerita Azam.
"So, korang ada tali tak? Getah ke?" tanya Azam.
"Nak buat ape?"
"Nak ikat benda ni dekat tongkat aku lepastu lempar. Confirm semua zombi dengar bunyi ni"
"Oooo..."
Semua menggelengkan kepala sambil mencari getah atau tali di poket pada pakaian mereka.
"Eh. Buat apa nak ikat dekat situ kalau kita just boleh lempar je benda tu. Selamat la tongkat kau tu" kata Fakhri.
"Ye tak ye jugak kan" balas Azam sambil menggaru kepalanya dan tersengih malu.
Kahar dan Hakeem juga terasa malu kerana mereka tidak terfikir tentang benda tersebut."Kau pun sama je bodoh" kata Fakhri kepada Kahar.
"Eh kurang ajar betul la kau ni" kata Kahar dengan nada seperti mengajak untuk bergaduh.
"Betul la apa yang aku cakap kan"
"Ehhh. Dah dah la tu. Bak sini" kata Hakeem sambil mengambil permainan tersebut daripada tangan Azam.
"Keem, mesej Naim untuk dia buka pagar bila dia dengar siren" kata Kahar.
"Okay" Hakeem memberitahu rancangan mereka kepada Naim dan Naim bersetuju.
"So, aku kena tekan butang merah ni je?" tanya Hakeem dan dibalas dengan anggukan.
Hakeem mengambil nafas yang panjang dan menghembus nafas sebelum keluar dari tingkap kelas tersebut.
"Baling jauh jauh Keem" kata Kahar dan dibalas dengan anggukan.
Hakeem mengeluarkan kaki kanannya manakala kaki kirinya berada di atas dinding tingkap yang tiada nako dan tangan kirinya berpaut ketat pada dinding. Kemudian, dia berdiri perlahan lahan dan memandang ke bawah. Lalu kakinya menggigil.
"Asal kau pandang bawah? Jangan la pandang bawah" kata Kahar.
Kahar bergerak ke arah Hakeem dan memegang kaki kirinya supaya dia tidak jatuh dari tingkat dua."Bukan tinggi sangat pun" kata Fakhri.
"Aku bukan takut tinggi la gila. Ada banyak zombi bawah ni" bisik Hakeem.
Fakhri bergerak ke arah tingkap dan memandang ke bawah dah betul, terdapat banyak zombi dan Hakeem memang harus berhati hati. Tersilap satu langkah akan merosakkan segala rancangan mereka.

ANDA SEDANG MEMBACA
ZOMBIE APOCALYPSE |•PHC
Mystery / Thriller•Dah boleh tahu cerita tentang apa kan? Baca jelah. Tak pandai buat description •fan phc ke bukan fan phc ke, boleh baca. Semua boleh baca. Tak kira umur, jantina, kulit, negara, negeri, tempat tinggal, tarikh lahir, kaya or miskin, pendek or tingg...