"mana diorang?" tanya Hakeem yang mengintai di balik jendela kelas.
"Eh ni kelas berapa?" tanya Kahar.
"Kelas tingkatan 1 A"
Kahar membuka telefonnya lalu mesej tempat keberadaan mereka di dalam grup.
Selepas seminit, mesej dibalas tetapi Zahrin dan Fahmi tidak berada di dalam kelas yang bertentangan mereka.
Mereka berdua berada di kelas terakhir iaitu di hujung koridor yang jauh dari tangga.(Note: kalau konfius dengan structure sekolah diorang dalam ni, jangan risau. Saya pun)
Mereka berjauh dari tingkap kelas tersebut.
"Aduhh... Pastu macam mana ni. Nak diorang datang sini ke nak pergi kat sana?" tanya Hakeem.
"Kau nak ke pergi sana?" Kahar tanya balik.
Cepat cepat Hakeem menggelengkan kepalanya."Tak nak tak nak tak nak. Aku... Aku dah serik" balas Hakeem sambil menahan diri daripada terasa loya.
"Kau gila ke nak pergi kat diorang? Pandai pandai la kita jaga diri kita sendiri. Nak lari dari seekor zombi tadi pun kita hampir mampus. Ni nak lari daripada diorang yang berekor ekor kat luar sana tu" kata Fakhri kepada Kahar.
"Eh masalahnya. Kalau makin ramai orang makin banyak kerjasama kita dan makin tebal peluang kita nak survive dari zombi zombi ni" balas Kahar.
Fakhri mendengus kerana apa yang dikatakan oleh Kahar adalah betul dan dia benci apabila Kahar betul.
"Betul juga apa dia cakap" kata Azam.
"Tapi boleh ke kita pergi dengan mudah?" tanya Azam sambil menunjukkan kakinya yang dibalut.
"Kalau kau nak diorang bersatu dengan kita. Diorang yang perlu datang kat sini... Aku tak nak korban kan nyawa aku lagi dekat luar sana kalau apa apa terjadi dekat korang" kata Fakhri.
Kahar menatap Fakhri dengan penuh emosi lalu bergerak ke tempat yang diduduknya tadi, penjuru kelas. Hakeem mengikutinya.
Kahar membuka telefonnya dan meminta maaf kepada Fahmi dan Zahrin kerana tidak boleh berbuat apa apa untuk mereka.
Dan Kahar memberitahu mereka untuk datang ke kelas 1 A jika mereka mahu berjumpa."Weh. Makin bengkak la" kata Azam.
Kahar mengalih pandangannya dari telefon kepada pergelangan tangan Fakhri yang semakin bengkak.
"Macam mana ni. Tangan budak tu makin bengkak. Takkan nak biarkan je. Kalau terjadi apa apa kat dia, takut kita yang kena bertanggungjawab nanti" kata Hakeem.
"Bagi aku masa untuk fikir jap" balas Kahar.
Objektif mereka adalah untuk keluar dari sekolah mereka. Tetapi dengan kawannya yang terperangkap dalam kelas. Tangan juniornya semakin teruk. Mereka yang sudah jauh dari pintu pagar sekolah. Oleh itu, mereka perlu menukar rancangan mereka.
"Kita kena pergi dorm" kata Kahar.
"Kau gila ke? Dorm kita tu jauh tau tak? Dah la kita dekat tingkat dua. Dan yang paling penting. Pagar tangga dorm tu kunci!" balas Hakeem.
"Siapa yang kunci pagar tu?"
"Kau tanya aku? Mana la aku tahu. Mungkin budak budak yang dalam dorm tu. Mana tahu diorang dengar juga pasal berita zombi. Terus diorang kunci pagar untuk selamatkan diri diorang. Eee geram pulak aku walaupun ni andaian aku"
"Kau ada nombor budak budak kan? Tanya diorang siapa yang kunci dan suruh diorang buka" arah Kahar.
Hakeem membalas dengan anggukan.Hakeem membuka telefonnya dan mesej kepada junior junior yang dia kenal.
Tetapi sesetengah junior yang dia mesej tidak membalas mesejnya dan ada juga yang balik ke rumah masing masing kerana cuti sekolah.

ANDA SEDANG MEMBACA
ZOMBIE APOCALYPSE |•PHC
Mystery / Thriller•Dah boleh tahu cerita tentang apa kan? Baca jelah. Tak pandai buat description •fan phc ke bukan fan phc ke, boleh baca. Semua boleh baca. Tak kira umur, jantina, kulit, negara, negeri, tempat tinggal, tarikh lahir, kaya or miskin, pendek or tingg...