Tapak kaki tersebut semakin menghampiri mereka dan mereka memejam mata mereka kerana redha apa yang akan terjadi ke atas diri mereka.
"Oi! Korang buat apa kat sini?!" kedengaran suara yang cemas.
Mereka bertiga membuka mata dan memandang ke belakang apabila mendengar suara manusia yang lain. Lalu mereka menghembus nafas yang mereka tidak sedar mereka 'hold'.
Tapak kaki tersebut ialah milik Fakhri."Fakhri!" Azam menjerit. Kahar dengan laju menekup mulut Azam.
"Zombi tu nak datang sini! Kita kena lari Yam!" kata Fakhri sambil membantu Azam untuk berdiri.
"Kau boleh bangun tak Kahar?" tanya Azam.
Kahar cuba untuk bangun tetapi terduduk semula kerana kekejangan di kakinya semakin kuat apabila dia memberi tekanan pada kaki kejangnya untuk berdiri.
"Tak boleh do..."
"Lembik. Kata anak jantan. By the way, Asal kau prihatin sangat kat dia ni?" kata Fakhri dalam bisik.
"Dia yang tolong pikul aku dari kantin sampai atas ni. Kau ingat aku ni takde perasaan kesian ke?"
"Arhh... Rahh..."
Mereka terdengar suara zombi yang bergema di tangga.
"Korang pergi la dulu!" kata Kahar sambil menolak Hakeem untuk selamatkan diri dahulu.
Fakhri menjeling kan mata dan dia memikul Azam lalu berlari dengan cepat ke kelas kosong yang tidak jauh dengan tangga. Hakeem mengikuti Fakhri dari belakang sambil membawa tongkat Azam.
Selepas sampai di pintu belakang kelas tersebut, Fakhri melepaskan Azam dengan cepat dan berlari kembali ke Kahar yang sedang berusaha untuk berdiri.
"Kau nak pergi mana?!" tanya Hakeem.
"Selamatkan kapla kau la!" balas Fakhri sambil berlari.
Hakeem membalas dengan anggukan kerana dia menganggap mereka akan tinggalkan Kahar di sana.Fakhri sampai ke Kahar dan berusaha untuk memapah Kahar dengan perlahan.
Tetapi suara zombi yang berada di tangga semakin dekat bunyinya."Cepatlaa!" bentak Fakhri.
"Aku tengah cuba la ni!"
Kaki Kahar sudah hampir hilang kekejangan dan dia berlari dengan laju, tidak mahu membuang masa menunggu kakinya pulih dengan sepenuhnya.
Zombi sudah hampir sampai di tingkat 2. Lagi 3 anak tangga.
Sebaik sahaja Zombi tersebut sampai di tingkat 2, mereka juga sampai di depan pintu kelas lalu Fakhri menerjah badan mereka masuk ke dalam kelas.
"Aduhh!" Kahar mengeran kerana diterjah Fakhri dan badan Fakhri berada di atasnya.
"Tutup pintu!" kata Fakhri dalam bisik.
Azam yang berada di belakang pintu menunggu masa sesuai untuk menutup pintu, terus menutup pintu tersebut atas arahan Fakhri.
Pintu depan dan tingkap nako pula sudah ditutup oleh Hakeem.
Nasib baik pintu kelas mereka dibuka dan ditutup dari dalam.Fakhri perlahan lahan bangun dari atas Kahar. Manakala Hakeem dengan cepat berlari ke arah Kahar.
"Kahar. Kau okay tak?" tanya Hakeem.
"Okay je. Kaki aku ni cramp lagi sikit" balas Kahar dan Hakeem dengan cepat mengurut kaki Kahar yang kejang.
"Fakhri kau okay tak?" tanya Azam sambil memegang pergelangan tangan kiri Fakhri.
"Owh!" Fakhri menarik tangannya daripada Azam dan menggosok pergelangan tangannya.
"Kenapa dengan tangan kau?" tanya Kahar.

ANDA SEDANG MEMBACA
ZOMBIE APOCALYPSE |•PHC
Mystery / Thriller•Dah boleh tahu cerita tentang apa kan? Baca jelah. Tak pandai buat description •fan phc ke bukan fan phc ke, boleh baca. Semua boleh baca. Tak kira umur, jantina, kulit, negara, negeri, tempat tinggal, tarikh lahir, kaya or miskin, pendek or tingg...