Note: Saya/aku/I tak tengok phc (tengok kat tiktok je), tapi still know la sikit sikit pasal diorang. Harap BM tak teruk sangat ☺️. Enjoy! (I hope)
.
.
.3 minggu selepas Ayam jatuh bangunan kerana ditolak oleh Kahar, keadaannya semakin pulih. Tetapi dia perlu gunakan crutches untuk berjalan.
Oleh kerana keadaan dia semakin pulih, dia dapat balik semula ke sekolah.
Bukan sebab tu sahaja dia boleh balik ke sekolah tetapi ibu dan ayahnya perlu ke outstation untuk kerja. Oleh itu, parents dia suruh dia duduk di dorm sekolah dari duduk sendirian di rumah mereka."Kau nak aku tolong tak?" tanya Fakhri apabila melihat Ayam struggle untuk bangun dari katil. Kaki kirinya sudah pulih sepenuhnya tetapi kaki kanannya masih belum sembuh sepenuhnya.
"Ha boleh jugak. Tolong pegangkan kaki sementara aku" balas Ayam.
Fakhri mengambil crutches daripada tangan Ayam dan pegangkan untuknya sementara Ayam bangun dengan perlahan lalu mengambil crutches tersebut.
"Siap? Dah jom turun" kata Fakhri tetapi Ayam masih tidak bergerak.
"Kenapa kau tak balik ah? Cuti sekolah panjang kut" Ayam bertanya dengan tiba tiba.
"Malas la aku nak angkut barang situ sini"
"Tipu. Cakap jelah kau nak jaga aku kan. Eee kau ni tsundere"
"Hah? Apa tisu?"
"Bukan tisu la. Tsundere. Maksudnya, buat macam tak caring tapi sebenarnya caring dalam senyap kat orang yang dia sayang~"
"Eee geli aku. Aku cakap aku malas nak angkut barang. Dah la kau. Aku tinggal kan baru tahu. Biar kau jatuh tergolek terguling kat tangga"
"Elelele. Jangan marah. Abang gurau je" kata Ayam.
"Eeee. Siapa abang kau?!"
"Uish kau. Kau jangan lupa aku lebih tua daripada kau eh"
"Tua setahun je pun" Fakhri menjelingkan matanya.
Mereka terus bertengkar sampai la di kantin.
.
.
."Kau tunggu sini eh. Aku pergi beli makanan kat luar jap" kata Fakhri.
"Kau nak pergi sorang ke? Kan aku dah kata aku boleh je jalan ni. Pergi la sama sama!"
"Kau jalan lambat. Dah bye!" Fakhri berlari meninggalkan Ayam yang bersusah payah untuk bangun dari kerusi.
"Woi Fakhri! Budak ni kan. Aku kan. Eiiii"
Ayam menyerah dan duduk semula di atas kerusi.
Sementara menunggu Fakhri, dia menonton berita terkini di telefonnya.(Note: lupa bagitahu, cerita ni zaman moden)
Sedang dia menonton berita, ada seseorang memanggil namanya dari belakang dengan lembut. Dia memandang ke belakang dan terkejut kerana orang itu ialah Kahar.
Ayam melihat Kahar yang memandang ke bawah sambil menggosok belakang tengkuknya seperti hendak memberitahu sesuatu.
"Kau nak apa?" tanya Ayam dengan nada annoyed.
Dia pun tidak percaya dia berani membuat nada begitu kepada Kahar."Aku... Nak mintak maaf..." kata Kahar lalu memberi seketul lolipop yang disorok di belakangnya.
'Eh dia ni. Nak confess ke nak minta maaf. Kalau orang tengok, tak pasal pasal jatuh fitnah'

ANDA SEDANG MEMBACA
ZOMBIE APOCALYPSE |•PHC
Mystery / Thriller•Dah boleh tahu cerita tentang apa kan? Baca jelah. Tak pandai buat description •fan phc ke bukan fan phc ke, boleh baca. Semua boleh baca. Tak kira umur, jantina, kulit, negara, negeri, tempat tinggal, tarikh lahir, kaya or miskin, pendek or tingg...