[ yoora's note ] ::
• Sebelum yoora mulakan cerita, yoora ingin mengucapkan ribuan jutaan terima kasih kepada korang yang sudi promote ff taehyun kat mb korang. Dan terima kasih juga sebab add to reading list korang. Diharap dapatlah sambutan yang memeriahkan macam hari raya eh- lain macam je bunyi. Anyway, enjoy your readings.
●○●○●○●○
7 tahun kemudian...Saetbyeol berpindah ke sesuatu kawasan di antara bandar Seoul selepas hampir beberapa tahun duduk di daerah Daegu atas urusan ayahnya. Kini ayahnya dinaikkan pangkat di sebuah hotel yang terkenal di Seoul pada musim panas akan datang. Tuan Shin menghentikan kenderaan mewahnya di hadapan sebuah apartment terkemuka yang terletak di hujung bandar Seoul.
"Yeobo... betul ke rumah yang abang sewa ni nanti kita akan tinggal?" soal Puan Shin kepada suaminya yang melihat rumah agam yang mewah itu dari luar.
"Haah... rumah ni abang beli untuk kita duduk lama dan Saetbyeol akan berpindah ke sekolah baru mulai esok." kata Tuan Shin ceria. Dari raut tua itu, kelihatan lingkaran kedut di pipi tua lelaki itu menunjukkan dia berasa puas dengan hasil titik peluhnya.
Manakala Saetbyeol yang mendengar pernyataan ayahnya itu menggulingkan matanya tanda menyampah. Ayahnya itu suka sahaja buat keputusan tanpa keputusannya. Pada ayahnya, dia hanyalah seorang anak yang tak layak membuatkan keputusan sendiri.
Mereka keluar dari kereta tersebut sebaik sahaja Tuan Shin mematikan enjin lalu tanpa membuang masa mereka terus sahaja naik ke tingkat rumah mereka.
Wajah Seotbyeol jelas tidak suka. Puan Shin yang melihat anaknya dengan wajah cemberut terus sahaja memeluk bahu gadis itu dari tepi. Satu senyuman diberikan kepada anaknya.
"Nanti dah masuk sekolah baru, belajar rajin-rajin ya." pesan Puan Shin. Seotbyeol hanya diam tidak membalas.
Dia juga meneruskan perjalanannya meronda-ronda di rumah agam yang besar itu di dalam dan luar rumah. Sehingga lah dia mendaki beberapa anak tangga, dia turut melihat 3 buah bilik tidur, 1 bilik air dan 1 bilik pejabat untuk ayahnya.
Sedang dia melihat sekeliling bilik dari atas itu, Tuan Shin memanggil Saetbyeol dan isterinya untuk mengangkat barang-barang rumah sehinggalah selesai.
◆◇◆◇◆◇◆◇
Keesokkan harinya, Taehyun datang awal ke sekolah seperti biasa. Perjalanannya dari rumah dan sekolahnya tidaklah jauh mana. Kira-kira 10-15 minit dia sudah pun sampai dia hadapan sekolah.Ketika dia sedang melalui pagar sekolah itu, dia juga turut ditahan oleh seorang ketua pengawas yang bertugas di situ.
"Eh tunggu kejap. Baju asal tak tight in? Memang suka pakai selekeh ke macam mana kau ni" tegur ketua pengawas itu yang bernama Park Jeongwoo.
"Kalaulah gaya pakaian selekeh macam ni, macam mana awak nak jadi pelajar yang berdisiplin? Dah cepat tight in" arah Jeongwoo lagi.
Taehyun tanpa membuang masa, memasukkan baju seragam sekolah yang putih bersih seperti kain kafan jenazah itu juga ke dalam seluar sekolahnya.
Rata-rata pelajar yang datang awal di sana turut berbisik-bisik mengutuknya dalam diam. Ada yang ketawa. Ada yang meneruskan perjalanannya menuju ke kelas dan sebagainya.
YOU ARE READING
[ 𝙎𝙐 ] 𝙀𝙉𝘿𝙇𝙀𝙎𝙎 𝙋𝘼𝙄𝙉 • 𝙆𝘼𝙉𝙂 𝙏𝘼𝙀𝙃𝙔𝙐𝙉
RomanceMengisahkan Kang Taehyun merupakan seorang remaja lelaki yang mempunyai kebahagiaan hidup di sisi gelapnya apabila ibu bapanya bergaduh atas sebab masalah kewangan dan masalah ekonomi hidup. Hidupnya bagaikan penjara apabila orang sekeliling di seko...