"HUI, Haura. Tengok apa? Puas Cik Za panggil. Cik Za ingat Haura ke manalah tadi. Cik Za seorang saja yang pergi ke depan butik tu."
"Eh, sorry Cik Za. Haura tak perasan. Tadi Haura nampak macam seseorang. Tapi salah orang."
Cik Za menggelengkan kepalanya. Dia kembali memaut lenganku. Langkah disusun bersama menuju ke restoran yang diberi nama Dapur Penyet.
Ayam penyet adalah hidangan . Khususnya Jawa, yang terdiri daripada ayam goreng yang digiling memakai penggiling untuk melembutkannya, disajikan dengan , potongan , goreng dan . Ayam penyet terkenal dengan sambal pedasnya, yang dibuat dengan campuran , , , , , , asam jawa dan jus kapur. Seperti namanya, campuran itu kemudian dihancurkan menjadi pes untuk dimakan bersama hidangan.
Hidangan itulah yang membuatkan selera aku semakin meningkat. Aku memang hantu pedas. Dalam setiap hidangan makanan aku, pasti akan ada sambal. Tak kesahlah sambal jenis apa. Janji sambal dan rasanya pedas mampu membakar lidah!
Tak sampai dua jam, tamatlah filem Ejen Ali The Movie. Aku speechless sepanjang menonton kisah Ejen Ali bersama dengan ejen-ejen lain. Dan pastinya, aku menangis tatkala Ejen Ali sedih kerana merindui ibunya. Babak itu membuatkan aku berasa rindu pada ibu secara tiba-tiba. Lagi-lagi lagu yang dimainkan sangat sesuai dengan babak tersebut. Mampu menyentuh hati setiap penonton yang berada di dalam panggung wayang.
"Haura nak pergi mana-mana lagi?" soal Cik Za sebaik saja kami melangkah keluar dari panggung wayang bersama dengan penonton-penonton yang lain. Mujur tak ramai yang menonton cerita Ejen Ali The Movie pada hari ini.
"Haura ikut Cik Za aje. Sekarang dah pukul 3:00 petang. Kita nak balik pukul berapa?"
Kami berhenti di tepi penghadang kaca. Aku mengerling ke arah tingkat bawah. Boleh tahan tinggi kerana sekarang ini kami berada di tingkat lima. Mahu gayat bila aku menjengahkan kepala ke bawah.
"Pukul 5:00 petang, kita baliklah. Esok Cik Za nak kerja. Kena masuk pagi sebab nak kena audit."
Aku sekadar menganggukkan kepala. Sebenarnya penglihatan aku tertarik pada susuk tubuh seseorang. Sekali lagi, orang yang sama. Ya Allah, kenapa hati aku kuat mengatakan yang itu memang Fakhri? Tapi, apa dia buat dekat sini? Seorang sajakah dia ke sini? Kenapa dia tak beritahu aku pun yang dia dah balik dari Sabah?
Haish... banyak sungguh persoalan bermain dalam kepala otak aku sampai sakit kepala aku memikirkannya.
"Haura tengok apa? Dari tadi Cik Za nampak Haura macam tercari-cari seseorang."
Aku melepaskan keluhan panjang. "Haura bukan cari orang. Tapi Haura macam nampak Abang Fakhri dekat sini. Haura pelik. Dia kata dia dekat Sabah selama tiga hari. Ini baru dua hari."
Cik Za turut mengalihkan pandangannya ke arah seseorang yang sedang duduk di bangku seorang diri tak jauh dari tempat kami berdiri. Dahinya juga berkerut-kerut. Mungkin sedang mengecam wajah lelaki itu.
"Itu memang Fakhri, kan? Tengok dari bentuk badan macam dia. Bukan main segak penampilan dia. Dia tipu Haura ke?"
Aku mengangkat kedua-dua belah bahuku. Diri sendiri pun bingung. Tak ada pula dia beritahu aku apa-apa. Cumanya pagi tadi saja dia bertanya khabar tentang aku. Kemudian, dia sendiri cakap yang dia ada hal nak diuruskan.
"Cik Za nak ajak Haura buat kerja gila sikit."
Dahiku berkerut seribu. Lain macam mak cik aku ni. Kerja gila apalah yang dia nak buat tu? Buat aku seriau saja. Tak semena-mena, jantung aku sudah berubah rentak. Daripada normal bertukar kepada laju degupannya.
"Huh? Kerja gila apa?"
"Kita ekori dia. Kita make sure kan yang dia memang Fakhri. Kalau orang lain, kita sambung jalan-jalan." Cik Za tersengih, menayangkan dua baris gigi putihnya itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
Kuntuman Mawar Milikku (TERBITAN FAJAR PAKEER 2023)
Romance✿ KUNTUMAN MAWAR MILIKKU ✿ Dia percaya kesetiaan membawa maksud ketulusan untuk menyimpan satu hati dan berjanji untuk tidak mengkhianati. "Abang sayangkan Haura. Abang tak tipu...." - ZAWWAR FAKHRI Ternyata kesetiaannya bagaikan bertepuk sebelah ta...