[VERSI BELUM DI EDIT]
"CIK LORA."
Lora yang ralit menatap skrin Macbook mengangkat wajah.
"Ini fail yang Cik Lora minta." Lora hulur tangan mencapai fail dibawa pembantunya.
Helaian demi helaian dibuka sebelum dia terhenti pada satu helaian. Jari telunjuk bergerak-gerak menunjuk perkara tertera di dalam kertas itu dan anak matanya hitamnya turut beralih dari atas ke bawah mencerna isi dibacanya.
Dahi mula mengukir garis kerutan.
"Kenapa banyak sangat angka rugi kat Shecate Restaurant sejak dua tahun ni? Apa yang dah jadi kat sana?" Restoran Shecate, sebuah restoran ditubuhkan dibawah syarikat keluarganya. Kalau diikutkan Shecate sudah 10 tahun bertahan menjadi restoran terpilih, dan sejak dua tahun ini angka ruginya di dalam angka yang membimbangkan.
"Oh pasal tu." Si pembantu menghela nafas panjang. Faham, majikannya baru sahaja mengambil alih urusan syarikat keluarga. Masih banyak yang belum diketahui Lora.
"Ada Restoran baru yang jual menu hampir sama dengan kita. Tepat disebelah restorant Shecate."
"What? Apa nama restoran tu?" Lora tarik Macbook mendekat dan bersiap untuk menaip nama restoran yang ditubuhkan disebelah Shecate.
"The Thistle."
Kuat bunyi papan kekunci berbunyi saat Lora menaip nama restoran itu. Dan tak semena-mena matanya memesar.
"Dato' Rafi?!" Suaranya kuat menyebut nama itu.
Sepatutnya dia tak terkejut. Nama itu tak asing dalam keluarganya. Orang yang tak pernah penat bersaing dengan orang tuanya.
Mata Lora mula bergerak-gerak membaca maklumat terkini tentang The Thistle. Dari berita-berita dan perkembangan restoran itu, sah! Segala keuntungan Shecate dirampas oleh The Thistle.
"Ah! Annoyingnya." Lora tolak Macbook sebelum dia memeluk tubuh berfikir.
"Orang nak buka restoran, dia orang nak buka restoran juga. Keluarga pedengki betul!"
Si pembantu cuma mengangguk dengan senyum tipis. Bebelan tak asing dia dengar. Ke mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi. Anak dan bapa sama sahaja kerenahnya.
"YA MUMMY, Lora on the way nak pergi lunchlah ni, jangan risau." Sambil menolak pintu restoran sambil Lora menjawab panggilan ibu tercintanya.
"Mummy risau kamu sibuk dekat office sampai lupa nak lunch!" Datin Shakira mengomel.
"Hish! Sesibuk mana pun Cik Lora Denara, dia tak akan pernah lupa makan Mummy. Jadi, Datin Shakira boleh tenang dan jangan risau dekat anak perempuan dia yang cantik manis ni."
Terletus tawa halus Datin Shakira di corong telefon sebaik mendengar ayat angkat bakul anak perempuannya.
"Ha ye lah! Mummy nak pergi ambil Arjuna kat sekolah." Arjuna bukan adik kandung Lora. Selepas dia mendapat tawaran menyambung pengajian ke luar negara, tak lama selepas itu dia mendapat khabar Dato' Johan dan Datin Shakira mengambil anak angkat yang masih bayi.
Baguslah, tak adalah orang tuanya sunyi tanpa dia di rumah. Sekurang-kurangnya ada si nakal Arjuna yang boleh jadi peneman dan penghibur mereka.
"Okay. Tolong cubit Arjuna untuk Lora, semalam dia kacau Lora tengok drama Korea."
Sekali lagi Datin Shakira meletuskan tawa.
"Haa iyalah. Kamu tu pergi lunch sana. Apa-apa call mummy ya?"
"Mummy pun hati-hati—"
Buk!
"Aduh!" Jatuh telefon dipegang Lora hingga menyembah lantai. Dia merengus sebelum tunduk mencapai telefon bimbitnya. Entah mamat mana langgar dia, tak pakai mata ke apa jantan ni?