[VERSI BELUM DI EDIT)
9 TAHUN BERLALU
"Yana? Kau kat mana?" Seorang wanita berkaca mata hitam berhenti melangkah. Bagasi dibawa diseret ketepi. Sebelah lagi tangan melekap telefon bimbit ke telinga.
"Kau tak nampak aku?" Ada tawa kecil di hujung bicara Yana.
Lora kerut dahi.
"Mana?"
"Pandang straight ke hadapan wahai Puan Lora. Kau akan nampak seorang gadis comel berbaju kuning bertudung putih tengah lambai."
Angkat sahaja wajah, Lora lorek senyum.
"Damn! Aku benci panggilan tu." Serentak itu Lora melangkah mendekati sahabatnya. Tubuh Yana ditarik lalu dipeluk erat.
"Aku rindu kau gila Yana!"
"Aku ingat kau dah lupa aku lepas dapat ramai kawan dekat UK." Suara Yana sedikit ada nada rajuk buat Lora lepas tawa kecil.
"Gila nak lupa kawan terbaik aku ni? Kau hempuk aku sampai amnesia sekalipun belum tentu aku dapat lupa kau." Yakin Lora berkata-kata, cukup untuk memujuk si sahabat kecilnya itu.
"Mana tahu.."
"Kau datang sorang? Boyfriend mana?" Lora mengusik menjenggul-jenggul kepala mencari seseorang.
"Jangan mengarut! Aku mana ada boyfriend!" Yana menampar lengan sahabatnya. Makin galak Lora ketawa mengusik.
"Jom! Aku banyak benda nak borak dengan kau ni. Perut aku pula dah nak nak meletup sebab lapar. Bawa aku pergi makan kat kedai makan paling sedap kat mulut kau."
"Kau serius?" Yana jungkit kedua belah keningnya. Yelah, sahabatnya itu hampir sedekad duduk di luar negara, mana tahu dah tak biasa dengan makanan Malaysia.
"Apa? Nampak muka aku main-main ke? Aku ni duduk UK pun masak nasi lemak tau!" Riak betul perempuan ni!
"Yelah, yelah. Jom! Boleh bawa tak luggage tu? Nak aku tolong?"
"Sikit aje ni. Luggage banyak-banyak assistant aku dah bawa balik."
"Untunglah ada assistant." Yana juih bibir buat Lora melepas tawa kecil.
"SO APA KAU nak buat lepas ni? Perancangan kau?"
Lora suap Nasi Ayam ke dalam mulut. Wajah cukup menjawab dia tiada perancangan dalam hidupnya. Apa yang terjadi, maka terjadi lah.
"Aku tak sempat nak plan hidup aku. Daddy aku dan rancang semuanya. Siapa lagi anak Daddy aku? Cuma aku, orang yang diharapkan parents aku sekarang." jawab Lora mudah.
Yana termenung merenung muka tenang wanita itu.
"Aku ada soalan."
Lora berhenti menyuap sudu ke mulut. Dia dongak memandang Yana yang kelihatan serba salah ingin meneruskan soalannya.
"Tanyalah."
"Erm.. Ni pasal kau.. dan Zaiden." Dengar nama itu. Lora diam sejenak.
"Apa khabar dia sekarang? Lama gila aku tak dengar khabar dia." Ada tawa hambar dihujung ayat Lora. Entah apa yang ada difikiran wanita itu sekarang.
"Zaiden dah setahun balik dari Australia. Aku rasa sekarang dia ambil alih business family dia." Yana teragak-agak menjawab pertanyaan Lora. Tapi wanita itu kelihatan tenang mengangguk-ngangguk kepalanya. Gelas dicapai lalu disua ke mulut.
"Baguslah." responnya begitu pendek. Seperti tiada minat mahu ambil tahu tentang perkembangan lelaki itu.
"Kau.. kau tak rasa apa-apa?"