HARI yang paling ditakutinya telahpun tiba. Zehra Mikayla berdebar menantikan keputusan SPM nya. Dia berdoa agar keputusannya dapat membanggakan kedua ibu bapanya.
Akhirnya namanya dipanggil oleh cikgu yang menguruskan pelajar SPM. Zehra pergi ke arah guru tersebut. Hati dia tak payah cakap la berdebar menyalahkan pengantin yang nak menikah.
Cikgu yang bernama Hanani itu menyerahkan kertas keputusan SPM kepada Zehra. Zehra mengambil kertas tersebut.
"Tahniah Zehra. Keputusan SPM awak cemerlang," ujar cikgu Hanani dengan senyuman.
"Ya Allah, terima kasih cikgu," balasnya. Air mata yang ditahan sedari tadi akhirnya tumpah jua. Dia tidak sangka yang dia akan keputusan yang cemerlang.
Selama ini dia pekakkan telinga kerana mereka semua membandingkan kepandaiannya dengan kakak kembar tidak seirasnya, Zahra Aleysha.
Dia sedar dia bukanlah bijak seperti Zahra. Tetapi dia sudah sehabis mampu untuk mendapatkan markah yang cemerlang.
Dia akan memberikan kertas itu kepada mama dan papanya. Biar mama dan papa tahu yang dia jugak boleh jadi bijak seperti Zahra.
Dia melangkah keluar daripada sekolah itu setelah dia mengambil gambar bersama guru-guru serta pelajar cemerlang yang lain.
Itu bermakna Zahra pun ada sekali untuk mengambil gambar tersebut.
Dia langsung tidak dengki dengan kakaknya. Cuma dia cemburu dengan Zahra kerana dia diberi kasih sayang yang cukup oleh mama papa mereka. Sedangkan dia dilayan seperti orang luar.
Sampai sahaja di rumah, dia mencari susuk mama dan papanya. Cari punya cari rupanya mereka ada di belakang rumah sambil menikmati juadah yang ada.
Zehra pergi ke arah mereka. Dia berharap keputusannya itu dapat memuaskan hati mereka berdua.
"Mama, papa," panggil Zehra. Serentak mama dan papa memandang ke arahnya.
"Nak apa?" tanya Puan Adorah acuh tak acuh.
"Zehra dapat cemerlang dalam SPM," ujar Zehra dengan penuh riang. Harapnya hati mereka lembut dengan markah yang dia perolehi.
"Bak sini aku nak tengok," kata Tuan Affan sambil tangannya dihulurkan di hadapan Zehra.
Lantas Zehra menyerahkan kertas keputusan SPM nya kepada Tuan Haziq. Tuan Affan melihat kertas itu macam nak makan orang.
"Boleh la. Tapi pandai lagi kakak kau," Puan Adorah pulak yang berkata. Zehra terkilan. Kenapa mesti nak bandingkan dia dengan kak Zahra.
Daripada dulu memang semua orang akan puji melambung kak Zahra. Kak Zahra tu dah la cantik, pandai, dan pandai menutup aurat pulak tu.
Lain la macam dia ni. Tak pandai, lepastu aurat entah kemana. Sebab tu la kot aku tak berapa cemerlang seperti kak Zahra.
YOU ARE READING
Dhariz Mikayla | EDITING
Romance˖ ࣪ ‹ 𝐒𝐚𝐝 𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐁𝐨𝐨𝐤 𝟏 𖥔 ࣪ ᥫ᭡ [ COMPLETE ] 𝐊𝐧𝐨𝐰𝐧 𝐚𝐬 𝐡𝐢𝐬 𝐫𝐞𝐠𝐫𝐞𝐭 Kerana si kakak melarikan diri dari pernikahannya, si adik pula yang perlu menggantikan si kakak. Zehra menyangka lelaki itu akan layan di...