1- DIA ( PART 3 )

40 2 0
                                    

KARYA-MISSMUFFIN ( Q.L )

..........

TANGGAL 3 HARIBULAN 1 TAHUN 2024,

Aku melangkah masuk pintu gate utama sekolah mu yang sudah lama tidak berpenghuni kerana cuti sekolah. Aku menghirup udara yang nyaman buat seketika. 'Tahun baharu, diri baharu' itu perkataan yang dikeluarkan oleh aku. Kini, umur aku menjejak angka 15 tahun. Dah tua rupanya aku ni, ingatkan baru budak sekolah tadika. Cepat betul masa berlalu, tidak sangka banyak dugaan yang dilalui aku selama aku bernyawa ni.

Kini, aku berumur 15 tahun tetapi sekarang aku tetap kena belajar yang 14 tahun punya. Tanggal 20 Mac baru aku boleh belajar yang 15 tahun punya. Inilah sistem baru sekolah, sejak COVID-19 melanda dunia, pelbagai benda berubah.

Aku melangkah masuk ke dalam kelas ku yang kelihatan agak sedikit berhabuk. Aku menuju ke tempat dudukku lalu duduk di atas kerusi ku dan mengeluarkan bekas pensel ku berwarna hitam legam yang penuh dengan alat tulis ku dari beg galas ku lalu meletakkannya di atas permukaan meja aku.

"Wey, Qhai. Kau nak tahu tak? Ada satu mamat handsome ni tegur aku tadi" ucap Hani gembira.

"Aku taknak tahu dan aku tak kisah." balas Sarah dengan tatapan kosong seperti orang yang tiada perasaan. Sarah memang selalu berkelakuan seperti ini tetapi dia baik orangnya cuma orang sekelilingnya yang mengatakan bahawa dia ialah seorang yang jahat, biadap dan sombong tetapi Hani tidak pernah berasa bahawa Sarah ni seorang yang jahat. Dia berasa Sarah ni sahabat yang paling baik dan memahami, dia pun tidak tahu mengapa orang sekelilingnya berkata begitu, dan Sarah mengatakan bahawa dirinya tidak cantik dan hodoh, sedangkan Sarah ni seperti bidadari jatuh dari langit.

"Hish, kau ni, Sarah. Dahlah, taknak kawan kau lagi" ujar gadis itu sambil memuncungkan mulutnya dan bersilang tangannya.

"Eh, kau ni. Yelahtu taknak kawan, cakap je taknak kawan tapi nanti cari aku jugak karang" balas Sarah dengan tenang.

"HEHE.. Aku nak gurau dengan kau oun tak boleh"

"Hmm.. Apa jelah-jelah Hani oii"

..........

KOPERASI

Hani dan Qhai selalu bertugas di koperasi pada hari Selasa dan Khamis. Mereka memang selalu sibuk dengan berjual niaga tetapi at the same time, mereka pun suka akan kerja yang dilakukan oleh mereka. Seronok katanya.

Waktu rehat hendak tamat. Pelajar-pelajar pun mula naik ke kelas, cuma ada segelintir pelajar je yang masih berasa di kantin dan koperasi termasuklah dengan geng-geng Aryan. Mereka menuju ke koperasi dan membeli makanan yang mereka hendak membeli. Dan di situ, Aryan sedang bertanya khabar dengan ku.

"Hai. Kau sihat? Dah makan?" tanya dia dengan lembut.

"Hai. Sihat. Dah makan, dah." jawab aku pendek.

Dia senyum dengan lebarnya. Rakannya seperti sedang mengusik dia ketika dia bertanya tentang aku lalu mengajak dia beredar dari situ untuk ke kelasnya.

"Bye" itu yang dikatakan oleh dia sebelum aku tidak nampak lagi kelibat dia.

Hati aku tetiba sahaja berdegup dengan laju. Adakah benda yang lama akan berulang lagi? Dimana aku akan mula jatuh hati dengan dia buat kali ketiga? Adakah dia akan bermain dengan hati dan perasaan aku lagi? Adakah dia betul-betul cintakan aku? Banyak soalan yang aku fikirkan. Dia membuat aku kusut kepala untuk berfikir.

Apakah ini?

Mengapa?

Mengapa ia harus berlaku dengan cara yang begini?

[ OG |  KHAYALAN ]Where stories live. Discover now