1- DIA ( PART 2 )

47 2 0
                                    

KARYA-MISSMUFFIN ( Q.L )

..........

FLASHBACK

5 BULAN LEPAS

Kelas aku menuju ke bilik perpustakaan sambil membawa buku mata pelajaran Bahasa Malaysia yang cikgu suruh bawa.

Tibanya di bilik perpustakaan. Aku terlihat kelas rakan aku juga berada disitu. Cikgu menyuruh kami sekelas mengambil buku untuk dibaca lalu mengisi rekod nilam. Apa gunanya buku Bahasa Malaysia tadi? Kalau cikgu suruh kita baca buku yang disediakan di tempat tersebut.

Setelah aku mengambil satu buku novel berjudulkan 'The Cruel Prince', aku terus duduk di kerusi aku semula. Aku terpegun melihat Hani sedang membaca buku novel berjudulkan 'The Hazelwood' dengan tekunnya. Aku sungguh kagum terhadapnya. Selepas beberapa minit aku membaca buku tersebut dan merekodnya di dalam buku nilam. Sedang mata aku melilau di seluruh ruang perpustakaan yang agak luas itu, mata aku terhenti pada rakan ku, Mel yang tetiba sahaja mengeluarkan mata airnya yang berharga itu dan Dhiya yang cuba memujuk Mel. Dengan cepat aku bangun dari duduk aku lalu gerak ke arah mereka berdua.

"Mel, kau kenapa menangis tetiba ni? Cuba cakap dengan aku. Siapa buat kau? Kau okay tak? Asal kau menangis ni? Dhiya apa jadi ni?" bertubi-tubi soalan keluar daripada mulut ku.

"Aku okay je" itu sahaja yang dikeluarkan daripada mulut gadis itu. Dia sedaya upaya cuba untuk menenangkan dirinya. Aku tahu dia tipu, dia sebenarnya tidak okay lalu aku memeluk dia dengan erat.

"Cuba cakap dengan aku apa jadi?" kata aku dengan lembutnya. Hanya tangisannya sahaja yang didengari. Aku tahu dia perlukan masa.

"Dhiya, asal dengan Mel? Apa jadi? Cer cite sikit" soal aku risau dengan keadaan Mel sekarang ni.

"Hmm.. Kau macamlah tak kenal Mel, dia kan jenis softhearted. Si mamat belakang kau tu lah yang tak habis-habis mengusik Mel. Mengusik pun satu hal bukan tu je, mamat tu pun nganjing Mel" jawab Dhiya panjang lebar.

Aku memandang mamat di belakang aku itu. Sosok tubuh yang aku tidak berapa kenali, namun aku tahu nama lelaki tersebut, Aryan Adief, aku kenal dia disebabkan dia salah satu pelajar yang nakal dan rempit di sekolah ku. Ini pertemuan pertama antara kami berdua. Nak sahaja aku korbankan dia sekarang ni. Berani dia usik dan nganjing kawan aku.

"Woi! Kau apasal doh. Cari gaduh dengan Mel?!" aku jerit dengan perlahannya. Maklumlah, kita sekarang ni kat perpustakaan ye anak-anak bukan dekat tempat disco ye.

"Eh, aku usik dia je kot. Tu je." balas mamat ni. Dengan itu, aku membaling bekas pensel milik Mel ke kepala mamat tu. Ha! Rasakan, padan muka!

"Eh, apa kau ni. Campak-campak benda kat orang" katanya.

"Aku bagi kaki jugak karang!"

"Haih.. Iyela-yela.. Aku minta maaf"

Aku hanya membalas dengan jelingan maut sahaja.

END OF FLASHBACK

..........

BEBERAPA HARI KEMUDIAN

( RUMAH )

Sedang aku merehatkan diriku yang lelah mengemas rumah dari pagi tadi, pukul 7 pagi. Aku teringat akan peristiwa di bulan ramadhan dimananya masa tu aku terserempak dengan Aryan dan rakan-rakannya itu di bazaar ramdhan yang berada berdekatan dengan sekolah menengah aku berjarakkan 560 meter dari sekolah ku ke bazaar tersebut. Untuk pengetahuan semua, aku bersekolah pada sesi petang bagi tingkatan satu dan juga tingkatan dua manakala tingkatan yang lain bersekolah di sesi pagi. Untuk pengetahuan semua juga, selepas tamatnya sesi persekolahan pada pukul 6:30 petang, aku dan dua rakan aku bergegas ke bazaar ramadhan tersebut dan secara tidak sengaja terserempak dengan Aryan dan geng-gengnya tersebut.

FLASHBACK

Waktu ku terserempak dengan mereka, aku dengan tidak sengaja melakukan eye contact dengan Aryan yang berjalan dalam keadaan bertentangan dengan ku.

"Hai" kata Aryan sambil melambaikan tangannya itu.

"Hai and bye" tiga patah perkataan itu sahaja yang dikeluarkan daripada mulutku bagi menyahut panggil dia.

Aku mempercepatkan langkah ku lalu pergi dari situ. Hati aku mula berasa bagai nak gila dan terkeluar dari posisinya yang sekarang, sikit demi sedikit aku mula terjatuh hati dengan dia, cuma aku egoist dan aku pernah cakap dengan diriku yang aku tidak mahu menjalingkan hubungan atau jatuh hati dengan mana-mana lelaki. Aku sedaya upaya untuk menyorokkan perasaan aku ini. Aku memang selalu ada crush dengan seseorang tetapi aku sendiri tidak percaya yang aku sekarang tercrush dengan seseorang yang aku tidak suka.

..........

Beberapa hari ini, Aryan baik semacam dengan aku. Dan ia membuatkan aku berasa tidak selesa, aku lebih suka kalau dia gaduh dan kasar dengan aku. Aku akui yang aku jenis bukan seseorang yang lemah lembut tetapi aku seseorang yang jenis suka ajak bergaduh, kasar dan bergurau. Aku juga seseorang yang cepat tawar hati.

Tingkah laku Aryan membuatkan aku ingin kami di situasi dulu yang kami ni macam anjing dan kucing.

..........

Semenjak dua menjak ni, Aryan dah tidak berlakuan pelik seperti sebelum ini. Aku juga dah mula berasa tawar hati dengan dia. Aku tak suka akan lelaki yang bagi harapan palsu dan meninggalkan aku begitu sahaja. Jadi aku membuat putusan untuk tidak menyukai lelaki tersebut. Dia pun tidak layan aku baik seperti dia lakukan sebelum ini.

Qhaisarah sebenarnya keliru dengan dirinya ini, dia tidak suka kalau lelaki yang disukainya berlakuan baik tetapi at the same time dia mahu lelaki yang dia cinta itu sentiasa membuatkan dirinya rasa berbunga.

Dia tak tahu.

Dia tak tahu.

Dia tidak tahu mahu menjelaskan apa lagi.

Kalau orang yang disukainya itu dah mula tawar hati dan tidak melayan dia seperti sebelum ini. Dia juga akan tawar hati dengan lelaki tersebut.

Inilah salah satu sebab dia tidak mahu jatuh hati dengan seseorang. Bahkan, dia selalu reject semua orang yang pernah confess kepadanya. Tetapi jika anda ingin tahu isi hati Qhai, Aryan orang yang pertama membuatkan Qhai suka kepada lelaki itu balik. Sebelum ini, orang yang suka dengan Qhai, semua Qhai reject tak pernah satu pun dia terima. Tetapi kali ini lain, Aryan orang pertama dapat membuka hati Qhai yang tertutup rapat itu.

'Pandai buat orang suka kat dia, pandai-pandailah buat orang benci dia balik'

END OF FLASHBACK

..........

[ OG |  KHAYALAN ]Where stories live. Discover now