JANGAN BACA CERITA NI - 2
This story is extremely cliche for me so if you don't like it, then LEAVE.
Sokay, I don't like this story too :P
Oh and if you find any typos, comment it please. Saya tak sempat nak periksa.
Thankyou eyv's <33
_________________________________________
"Assalamualaikum..ibu?Anak bertuah cantik ibu ni dah balik!"
Adelina menyerbu masuk ke dalam rumah sebelum mencari kelibat ibunya. Dia dan Dina merangkap sepupu rapatnya terjenguk-jenguk leher mencari ibunya. Tapi yang ada cuma Afiq Zarel, abang sulungnya.
"Hish, mana ibu ni pula? Abang, ibu mana?"
Afiq yang leka bermain telefon langsung tak hiraukan pertanyaan adiknya. Tengok apa entah dekat telefon tu. Tersengih-sengih macam ketam busuk.
"Abang! Ibu mana?!"
Namun Afiq masih tidak menghiraukan adiknya. Buka volume ayah pin ka sampai yang pekak sangat orang panggil ni?
Adelina terus melangkah ke abangnya lalu menepuk kuat bahu abangnya. Habis terlucut earphones yang dipakai abangnya. Nasib tak tergolek sekali dengan tuannya tu!
"Aduh! Ish sakitlah Adel! Nak apa tampar- tampar orang ni? Tangan tu dahla macam penyangkut besi."
Bebel Afiq sambil menggosok lembut bahu kanannya. Huh padan muka. Siapa suruh palau adik sendiri?
"Orang tanya kan mana ibu? Abang buat tak tahu ja. Tula lain kali korek telinga tuh. Takkan nak kena panggil pakai mic level A baru nak dengar?"
Habis kena bebel si abang oleh si adik.
Walaupun Adelina dan Afiq suka bergurau kasar, namun mereka tetap mempunyai hubungan adik beradik yang kuat. Afiq sangat menyayangi Adelina memandangkan hanya Adelina satu-satunya adik perempuan yang dia ada selepas kehilangan seorang lagi adik perempuannya. Mereka tinggal bertiga sahaja dengan ibu mereka memandangkan ibu dan ayah mereka sudah lama bercerai."Yela-yela, sorry. Hish kacau daun ja orang nak layan TikTok. Kaki ada kan pergilah cari ibu sendiri. Pancaindera ada taknak guna saja buat hiasan tayangan ka apa?"
Jawab Afiq sebelum sambung menyumbat earphones ke telinga. Adelina yang melihat pula dah memerah muka. Belum sempat dia nak bagi tamparan halilintar kedua di bahu abangnya, terdengar suara ibu menegur mereka.
"Haih, apa gaduh-gaduh ni? Dengar sampai ke belakang tahu tak. Adel, bila sampai? Dah beli barang yang ibu suruh?"
Melibatkan Adelina dan Afiq yang Masih berkilat satu sama lain, Dina terus menjawab soalan ibu saudaranya.
Nak tunggu mereka berdua selesai ribut, memang lambat lagi."Dah makngah. Kami dah beli semua ingredients untuk buat lontong. Tinggal nak masak aje. Nasib baik datang awal tadi kalau tak hmm menjauh lagi lah kami kena berjalan sebab nak cari pes dia ni ha."
Puan Adila membuat spotcheck ke atas barang-barang yang dibeli oleh anaknya. Yela entah betul atau tidak barang yang dibelinya. Adelina ni bukan boleh percaya sangat. Nasib baik ada Dina tolong temankan. At least ada juga yang pantau benda apa si Adelina tu beli.
"Alah ibu ni tak percaya Adel ka? Tengok tuh. Betul kan barang yang Adel beli? Pandai kan anak ibu ni."
"Hmm yela tuh. Untung ada aku tadi kan ikut kau kalau tak entah-entah habis tenaga kau sebab tersalah beli pes tomyam..bukannya pes lontong."

YOU ARE READING
[C] HIS FAVOURITE MELODY
Romance╭☞ cringe babygirl ╭☞ stand alone 𝙮𝙤𝙪'𝙧𝙚 𝙡𝙞𝙠𝙚 𝙖 𝙗𝙚𝙖𝙪𝙩𝙞𝙛𝙪𝙡 𝙢𝙚𝙡𝙤𝙙𝙮 𝙩𝙝𝙖𝙩 𝙠𝙚𝙚𝙥 𝙥𝙡𝙖𝙮𝙞𝙣𝙜 𝙞𝙣 𝙢𝙮 𝙝𝙚𝙖𝙙 ❝Aku tak hamak la nak sorry sorry dengan perempuan.❞ Geram, itu yang dirasakan Adelina tatkala bertemu...