“Sooo…? Kelas kita nak buat apa masa hari usahawan nanti?”, tanya Irene kepadaku.
Kami mendapat berita yang kelas kami akan bergabung dan membuat dua benda sekaligus.
“Rasanya diorang plan nak buat rumah hantu. Girls pula nak buat gerai makanan Thai dekat dataran perhimpunan nanti”, terangku kepada Irene yang tidak dapat turut serta dalam perbincangan tempoh hari kerana demam.
“Eh…? Boleh ke rumah hantu? Bukan dah tak bagi ke?”, tanya Irene.
“Ikutkan memang dah tak boleh, tapi budak-budak yang lain mintak aku pujuk Farah guna kabel dia”, jawapku.
“Oh…so dapatlah…?”, Irene cuba mendapatkan kepastianku.
“Dapat tu memanglah dapat…tapi Farah letak syarat kat aku. Kena jadi hantu dan pakai kostum yang dia bagi nanti”, terangku.
“Okla tu maaa. Sikit hal saja. Ini macam pun cantik juga, kita boleh on plan mau revenge dekat itu Falin”, ujar Irene dengan gembira sambil jarinya cepat-cepat menaip sesuatu pada telefon pintarnya.
“Apa plan kau?”, tanyaku ingin tahu.
Irene membisikkan rancangannya dengan panjang lebar itu di telingaku. Lalu dia meminta aku mencari seberapa ramai kawan-kawan lelaki.
Orang pertama yang kucari tentulah Haris, aku mencarinya di padang sekolah pada petang itu.
Dia seperti tidak keruan bila melihatku. Itulah kali pertama kami bertentangan mata sejak dari kejadian di rumah kakakku. Biarpun kami sekelas, tetapi tempat duduk kami agak jauh. Sewaktu pembentangan kerja sekolah pula aku tidak hadir kerana demam.
“Kenapa muka kau macam cuak?”, tanyaku.
“Habislah…Cikgu Zana tau”, jawapnya sambil berjalan mundar-mandir di hadapanku.
“Dia tau pasal yang kita buat hari tu?”, aku bertanya untuk kepastian.
“Dia tak tau aku buat dengan kau, tapi dia tau aku ada buat dengan perempuan sebelum keluar date dengan dia hari tu”, terang Haris.
“Ohhh…kau ni buat cuak je. Macam mana kau boleh kantoi?”, tanyaku ingin tahu.
“Hmmm…sebab aku…eh, tak apalah. Kenapa kau cari aku ni?”, Haris menukar topik.
Aku mula bercerita tentang apa yang telah terjadi kepadaku sewaktu hendak pulang ke asrama. Tanpa kusedari Zubir dan Raykal juga turut pasang telinga di sebalik penjuru blok bangunan yang tidak berapa jauh dari kami berdua.
“Falin dah melampau. Tapi kalau aku dapat Daniel tu memang mati dia aku kerjakan. Pasal dia habis rosak team ragbi tahun lepas”, ujar Haris sambil menumbuk dinding yang disandarkan dengan lengannya.
“So…boleh tak tolong aku?”, tanyaku sekali lagi.
“Boleh je…Falin tu pun ada hutang dengan aku masa aku junior dulu”, jawap Haris.
“Kitorang pun nak join”, Zubir tiba-tiba mencelah.
“Dulu Falin pernah kantoikan ex aku sampai kitorang terpaksa putus. Sampai sekarang aku cari peluang nak balas”, terang Raykal.
Terlalu ramai yang tidak berpuas hati dengan Falin. Sehinggakan jika aku meminta tolong sesiapa sahaja di dalam sekolah itu, mereka akan setuju. Ini termasuklah pakcik tukang kebun sekolah yang pernah dihina Falin dahulu.
Tetapi aku rasa, cukuplah mereka bertiga ini sahaja. Aku yakin mereka boleh menyimpan rahsia.
Aku hanya tersenyum dan menjawap, “okey”.
YOU ARE READING
Violet [Complete]
Short StoryAs in 6 December 2022: 1st place #18sx 1st place #lucah 1st place #malay 1st place #asrama Violet memilih untuk dimasukkan ke sekolah berasrama penuh dan tidak mengikuti keluarganya berpindah ke Sabah. Kejadian pada hari pertama Violet di asrama itu...