BAB ENAM TA|TH

57 0 0
                                    

Selesai breakfast

"Pa, hari ni Deela tak tumpang papa sebab nak lepak kejap maybe balik lambat tak tahu. Deela drive sendiri eh." kata Ardeela .

"Baiklah, hati-hati princess!" balas Tuan Badri.

"Bye Ma bye Pa, Asalamualaikum muah." Ardeela mencium tangan kedua orang tanya dengan penuh kasih dan hormat.

"Walaikumussalam hati-hati, nanti call" pesan Puan Suhada.

DI SYARIKAT 'BAD COMPANY'

"Nak chat Along la" kata Ardeela

Me
Abang, Deela nak ajak Farid jumpa dekat Cafe nak dengar cerita dari mulut dia sendiri.

Abang Atif
Cafe mana? Nak abang follow?

Me
Abang tak busy ke?

Abang Atif
Ha kebetulan abang ada meeting dengan Megaemas Holding dan macam biasa abang akan meet dengan Tengku Farid adik. Nanti habis meeting Deel share location Cafe nanti abang follow kereta Farid dari belakang cun??

Me
Okey nanti Deela bagi location Cafe, nanti chat tau kalau dah habis meeting.
Location 📍Cafe Garden Mist ,Jalan Mawar

30 minit kemudian......

"Ehem, I think there's nothing to discuss. That all for today?" soal Tengku Farid selepas berdehem. Tangannya mengetik telefon pintarnya,nampaknya macam tengah balas message seseorang.

Atif is curious.....

"Kau ada nak pergi mana-mana lepas ni?" dengan muka selambanya Atif bertanya walaupun diabsudah tahu bahwa Farid akan berjumpa dengan adiknya.

"Em,ada. Nak jumpa Deela. Kenapa?" balas Farid tanpa melihat wajah abang tunangnya itu.

"Oh,hm. Baru nak ajak ngopi" keluhnya dengan muka sedih dan keluar dari bilik mesyuarat .

Di parking basement office 'Megaemas'

"Haih, mana mamat ni? Ingat tak berkicap ke ketiak aku nak menunggu dia ni?" monolognya sendiri dalam kereta Mercedes miliknya.

Setelah beberapa buah lagu dinyanyikan oleh Atif,maka terjengulah wajah Farid yang baru keluar dari lift sambil memegang telefon .

Dengan pantas Farid berlari anak menuju ke pakir keretanya dan mula menghidupkan enjin keretanya. Seraya itu ,kereta Atif mengekori kereta milik Farid dari belakang secara perlahan-lahan.

Pada awalnya,Farid menuju jalan yang betul setelah melimpasi lampu isyarat Atif tidak berjaya mengekori kereta Farid lagi.

Apabila menuju ke simpang berdekatan cafe yang dinyatakan oleh Ardeela tadi, Atif melihat seorang wanita keluar dengan keadaan yang berselerak rambutnya baru keluar dari kereta milik Farid.

Dengan Kadar segera kereta Farid terus dipakir di hadapan kafe tersebut. Atif juga memakir keretanya jauh sedikit dari kafe itu supaya tidak kantoi.

"Hai sayang, sorry lambat I ada meeting dengan Abang you tadi." sapa Farid dari belakang dan terus meminta maaf.

"Eh,takpalah tak lambat pun" sindir Ardeela.

"You nak makan apa sayang? Biar I belanja you" pelawa Farid

"It's okey. I dah makan. Dah lamakan kita tak date macam ni....
You busy kerja ke? Sampai takda masa untuk I, tak lama lagi nak khawin." Ardeela meluahkan segala yang terbuku dalam hatinya. Sengaja saja dia menanyakan soalan bodoh itu. Bukan apa,sungguh dia rindukan lelaki depan dia sekarang.

Seketika itu,Atif mengeluarkan kaca mata hitamnya. Lalu keluar dari perut kereta dan menuju ke kafe tersebut. Atif tidak jauh dari Ardeela dengan Farid. Meja mereka hanya selang beberapa meja sahaja.

"Eh, you apa cakap macam tu. Tak baiklah. I busy pun untuk you juga. I penat tahu tak Dee? You pernah tak fikir perasaan I? Kenapa you berubah hah? Ke you curang belakang I waktu I outstation?" soal Farid dengan angkuh dan nada suara tinggi.

"Amboi,sedap mulut you cakap I yang curang. Habis tu you yang tak pernah nak menjawab call I tu amende? One more cakap pasal perasaan you,then I? Anak patung? Sibuk kau punya perasaan ,habis aku?" soalan dilontar soalan dan jawapan dengan nada Kadar Ardeela.

Kau ingat dah habis?

"Eh, you tak payah lah nak berdalih takkan weekend pun you takda masa untuk I! I faham sangat you busy. Habis tu, takkan takda masa nak tanya khabar I! Kalau tak text pun you masih boleh call I tau! Apa you nak cakap  kredit  phone you  habis??" marah Ardeela dengan nada menyindir diselitkan dengan lawak bongok dia.

"You tak payah nak kurang ajar dengan I eh. You memang dah berubah Deel ni belum jadi isteri dah keluar perangai buruk. Dah kahwin macam mana pula." herdik Farid dengan pandangan menjengkelkan.

"Sampai hati you eh, peluk perempuan lain. You curang dengan I Farid! Ingat I tak tahu ke?" bidas Ardeela.

"Ala,dah tahu eh? Baguslah tak payah lagi aku nak pening kepala nak cari alasan untuk mengelak dari kau Deel.." sinis Farid.

"Aku. Nak. Putuskan. Pertunangan. Kita. So. Kita. Dah. Takda. Apa-apa. Hubungan. Lagi. Selebihnya Mama jumpa family kau. Bye sweetie." putusnya.

So, benda dah putus. Nak cantumkan? Ada double tape?

Bukkkkk

"Wuhuk, wah hi Abang Ipar tak jadi." sengih Farid sambil mengelap bibirnya yang berdarah.

Atif menuju berhampiran meja Ardeela apabila hatinya panas mendengar pengakuan dari Farid dengan tiada serba salah lalu memberi satu tumbukkan padu di wajah tampan Farid.

"KAU MEMANG KURANG AJAR EH! SAMPAI HATI KAU CURANG DENGAN DIA! TAK GUNA PUNYA JANTAN, BERAMBUS KAU DARI SINI! DAN TAK PAYAH NAK TUNJUK MUKA KAU DEPAN ADIK AKU LAGI FAHAM!!" usir Atif dengan muka bengisnya.

"Dah,adik jom balik." kata Atif segera menarik lengan adiknya.
"Okey" gumamnya perlahan.

Di dalam kereta sunyi sepi hanya kedengaran lagu dari radio. Nyanyian putus atau terus yang dinyanyikan oleh Judika menambahkan suasana hening dan membuatkan air mata Ardeela yang ditahan dari tadi gugur di pipi gebu itu.

Sampainya di teratak Tuan Badri, Ardeela terus masuk ke dalam rumah keluarganya dengan lemah dan perlahan.

Jujur dia penat nak hadap situasi ini. Sebab dia..... Farid. Lelaki pertama yang melukainya saat dia benar-benar mencintainya.

Now! I'm the single lady!

"Kenapa dengan Deela tu? Masam je macam jeruk" soal Puan Suhana.

"Hm, pagi tadi kan Atif ada meeting dengan buah hati dia. Pastu dia text Atif, cakap nak ajak buah hati dia dating tapi nak Atif ikut sekali pastu-" terang Atif tiba-tiba percakapannya dipotong oleh Aqeef.

"Kenapa tak ajak aku sekali?" soalnya.

"Ish, bisinglah kau. Cepat sambung! " bidas Athia kakak mereka.

"Ha, pastu masa diaorang tengah berborak Atif dengar diaorang macam bergaduh sebab tengok muka masing-masing memang muka tak puas hati tu. Bila Atif mendekat dengan diaorang, Atif dengar yang Farid mengaku dia curang dengan Dee." sambung Atif lalu menyisip air dalam cawan milik Aqeef.

Aqeef hanya menjengkelkan matanya.

" Habistu, kau buat apa?" soal Aqeef.

" Aku apa lagi? Bagi sikit la penumbuk sulong aku ni. " jawabnya.

"Macam mana kuat dok?"

"Boleh la, buat rase rase dia tidur malam ni."

~bersambung~

Has llegado al final de las partes publicadas.

⏰ Última actualización: Jan 14, 2023 ⏰

¡Añade esta historia a tu biblioteca para recibir notificaciones sobre nuevas partes!

Ardeela SofiaDonde viven las historias. Descúbrelo ahora