Bab 1

13.3K 597 58
                                    

"Kahwin dengan Suho?!" Mama mengangguk. "No!" Aku menggeleng. Mama mengangguk. Ahhh, main angguk-angguk geleng-geleng pulak dia. Ok lah. "May I know why I must marry him?" Aku mengalah.

Mama memandang papa lalu tersenyum kemenangan. Eh, sorry sikit. Tak cakap pun nak kahwin dengan dia. "Supaya masa depan Hye Jin terjamin" aku tersedak. "What?!" Papa pulak mengangguk sambil tersenyum. Ape kena mama dengan papa ni. Angguk, geleng, senyum. Dari tadi itu je.

"Selama ni masa depan Hye Jin tak terjamin ke? Hye Jin kan pengurus syarikat Paradigma" (sorry guna paradigma-hati perempuan tu). Papa menggeleng. "Sebab tulah papa suruh kanu kahwin. Kamu sibuk sangat dengan Paradigma sampai tak ingat nak kahwin"

"Papa, Hye Jin muda lagi. Sebab tu Hye Jin tak fikir pasal kahwin. Hye jin baru 25" aku mempertahankan diri. "Kahwin!!" Kata papa dan mama sebulat suara.

................................................

Tak pasal-pasal kena kahwin dengan lelaki pembuli tu. Hishhh! Geram pulak aku. Ni mana orangnya? Dah 30 minit aku tunggu tak nampak batang hidung pun.

Han Hye Jin berdiri du hadapan sebuah kedai baju. Matanya meliar mencari bayang suami bukan pilihannya. Tiba-tiba...
"Ummphh!!!!" Mulutnya ditekup dari belakang. Dia diheret ke sebuah bilik persalinan. "Tol..!" Dia cuba menjerit bila mulutnya dilepaskan. Malangnya nulutnya ditutup sekali lagi. Orang serba hitam itu mendekati Hye Jin.

'Tolonglah jangan apa-apa kan aku. Aku memang tak nak kahwin tapi jangan la sampai nak bunuh aku' dia berdoa.

"Ni aku lah" orang itu membuka mask di mukanya. Hye Jin hampir menjerit bila melihat muka orang itu. "Tak guna kau!" Dia menyumpah. Suho membiarkannya.

"Aku ingat siapa yang culik aku tadi" sedikit sebanyak dia menghembus nafas lega bila nyawanya tidak terancam. Tiba-tiba Suho ketawa. "Culik? Siapa nak culik kau? Bukannya lawa pun" tengok tu. Dah mulalah mulut puaka dia tu. Kalah Azwan Ali.

"Dah tu yang kau pakai baju serba hitam ni kenapa? Macam perogol bersiri aku tengok" Hye Jin menukar topik. "Perogol..?" Suho membuat muka pervert. Hye Jin menekup mulutnya. Bongok jugak kan kau ni?

"Aku dress cam ni sebab takut fans kejar. Kalau kejar aku tak pe jugak. Ni dengan kau-kau sekali dia kejar cam ne? Biasalah, nak kahwin dengan artis kena biasakan kejar-mengejar ni. Kau tahu kan aku ni artis?" Berlagak la pulak dia ni.

"Artis? Kau artis?" Hye Jin buat-buat tak percaya. "Kau tak tahu aku artis? Kau baru balik bercuti dari marikh ke apa?" Perlinya. "Ha'ah. Baru balik dari pluto. Orang kaya macam aku ni mana layak nak bercuti dekat hotel-hotel biasa je" Hye Jin membentak. Biar biadap sekarang jangan biadap lepas kahwin. Ceh!!

"By the way aku ni penyanyi" tambah Suho sambil membetulkan suaranya. "Kau jadi penyanyi? Aku ingatkan kau jadi stunt man je" Hye Jin menambah perencah pedas.

"Dah lah, jom cari cincin. Lagi tadi asyik bergaduh aje. Baru jumpa 10 minit dah jadi macam ni. Kalau aku kahwin dengan kau, tak tahulah berapa lama kita bergaduh" Hye Jin membuka mulut sebelum Suho bersuara.

[C] Dia SuamikuWhere stories live. Discover now