𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 10

1.7K 131 5
                                    

Kemenangan perlawanan persahabatan bola sepak itu jatuh kepada team The Bangsawan's

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Kemenangan perlawanan persahabatan bola sepak itu jatuh kepada team The Bangsawan's. Ya, team Anrique. Kalau ada striker lincah seperti Anrique, memang agak susahlah pasukan lawan nak menang. Rata-rata ahli pasukan lawan tidak berjaya merampas bola yang berada di kaki si duda itu.

Zaydan berjalan menuju ke arah Nurin selepas permainan tamat. Bibirnya memuncung. Kecewa barangkali tidak dapat menang di hadapan kekasih hati.

Jauh beza dengan riak wajah Anrique. Kelihatan duda itu bangga dengan prestasi mereka.

Nurin senyum kecil kepada Zaydan.

"Abang, kalah menangkan adat permainan. Abang tak menang harini pun tak apa. Yang penting abang dah memenangi hati Nurin." Nurin mengenyitkan matanya sebelum ketawa terbahak-bahak. Dia mahu lelaki itu kembali ceria. Automatik senyuman lebar merekah di bibir Zaydan. Apa saja yang gadis kecil itu lakukan pasti menarik perhatiannya.

Krak!

Langsung mati tawa Nurin. Semua mata kini beralih ke arah Anrique yang berada di sebelah Nurul itu.

"Along, kau okay ke? Kenapa---" Arash bingkas berdiri mendapatkan abangnya. Kerusi di bahagian hadapan abangnya itu telahpun patah akibat tumbukan kuatnya.

Aryan turut mendekati abang sulungnya itu. Tangan Anrique yang terluka itu dipandang sekilas sebelum mengeluarkan sapu tangan daripada poket seluar. Dibalutnya pada bahagian yang terluka itu.

Semua yang ada di situ hanya diam memerhatikan adik beradik itu.

"Ad? Kau tercangak apa lagi? Ni abang kita, marilah tolong. Kau doktor kan?" Bebel Aryan. Dia menyuruh Anrique untuk duduk terlebih dahulu. Apa kejadah lahai si tua ini pergi menumbuk kerusi itu. Apa salah kerusi tu?

Adryan berjalan mendekati mereka bersama riak selamba. Dan matanya beralih ke arah Nurin dan Zaydan.

"Bawa balik Que. Itu aje ubat dia. Siapa suruh dia yang cari penyakit? Baru dia tahu langit tu tinggi ke rendah. Dunia ni bulat. Kadang dia dekat atas, kadang dia dekat bawah. Anggap kata, ni semua karma untuk Que." Ujar Adryan sebelum meninggalkan mereka semua. Dia beransur pulang. Datang asing, pulang pun asinglah.

Anrique mengetap rahangnya. Kata-kata Adryan sebentar tadi benar-benar mencabar kesabarannya. Panas relung hatinya mengingatkan bait-bait adiknya tadi.

Aryan pula bercekak pinggang memandang abang kembarnya yang selamba itu.

"Siapa kembar dia? Tak dapat pukul dia, dapat pukul kembar dia pun jadilah. Geram pula aku si budak Adryan ni." Seperti biasa Aryan membebel. Kembar Adryan tu..... Kan kau. Hm.

Nurin bingkas berdiri.

"Abang Zaydan, jom kita balik." Semakin lama di situ, semakin dia takut dengan Anrique. Apa salah dia pun dia tidak tahu. Mungkin Anrique terlalu benci untuk melihat wajahnya di situ. Lebih baik dia pulang saja.

3.0 | Tuan Anrique Danial [Ebook]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang