𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 9

1.5K 140 14
                                    

Anrique termenung sendirian di tepi kolam rumahnya

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Anrique termenung sendirian di tepi kolam rumahnya. Lama dia merenung air kolam sambil fikirannya menerawang teringatkan kejadian tadi.

Arash berjalan ke hulur ke hilir sambil tangannya laju menekan skrin telefon. Kini dia berdiri di hadapan rumah abangnya, Anrique.

"Kenapa kau datang sini?" Muncul Anrique di muka pintu bersama wajah barai. Baru beberapa jam lalu dia melelapkan mata, kini adik bongsunya itu datang mengganggunya.

"Nurin..."

Sebaris nama itu membuatkan Anrique membisu. Nama yang tidak didengarnya setelah sekian lama.

"Kenapa dengan dia? Apa kena mengena dengan aku?" Anrique memeluk tubuhnya sambil melihat adiknya yang kelihatan serabut itu. Apa masalah budak ni?

"Mak Som, pembantu rumah dia cakap sampai sekarang dia tak balik lagi. Kitorang dah cuba call dia apa semua tapi tak dapat."

"So?"

Arash mendengus geram.

"Mana tahu dia ada call kau atau kau tahu dia ada dekat mana? Kau dulu kan selalu ada bila dia hilang." Sebenarnya dia tidak mahu ke rumah abang sulungnya itu untuk mencari Nurin. Tapi disebabkan dia terlalu risaukan sahabatnya itu, dia sanggup juga datang ke situ.

"Manalah aku tahu. Kalau aku tahu pun, bukan masalah aku. Suka hati dialah nak pergi mana pun." ujar Anrique tanpa rasa bersalah.

Arash mengatur nafasnya semula. Mata dipejamkan seketika.

"Kau tahu kan Nurin tu perempuan? Sekarang dah pukul berapa? Kalau apa-apa jadi dekat dia, kau nak bertanggungjawab? Malas aku cakap dengan kau. Baik aku pergi cari dia." Arash mengangkat kaki pergi meninggalkan Anrique sendirian di hadapan pintu rumahnya itu. Hanya dengan ekoran mata dia menghantar pemergian Arash. Sanggup Arash datang tengah-tengah malam ke rumahnya untuk mencari Nurin.

"You deserve him." Gumamnya perlahan.

Baru sahaja dia mahu melangkah masuk ke dalam rumah, kakinya memberhentikan langkah.

"Macam mana kalau diorang tak jumpa Nurin?" Dia bertanya kepada diri sendiri. Buatnya adiknya tidak dapat menemukan gadis itu, bagaimana dengan nasib gadis itu?

"Argh!!! Budak gigi pagar ni. Kalau tak buat hal tak sah." Laju kakinya menuju ke arah ruang tamu dan mengambil kunci kereta yang elok tergantung di sudut kunci.

Pintu rumah ditutup sebelum dia masuk ke dalam perut kereta. Punyalah kalut, kain pelikat yang dipakainya juga tidak sempat ditukar dengan seluar. Kasi bedal saja dengan kain.

Merata dia mencari Nurin di setiap tempat yang pernah dia jumpa gadis itu. Namun, bayang gadis itu pun tidak dia temui.

"Pantai!"

3.0 | Tuan Anrique Danial [Ebook]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang