𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 8

1.2K 138 7
                                    

Anrique merenung wajah anaknya Shera yang sedang tidur itu

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Anrique merenung wajah anaknya Shera yang sedang tidur itu. Rambut yang menghalang wajah anak kecil itu diselitkan ke belakang telinga kecil itu.

Bibirnya mengukir senyuman kecil.

"Shera cantik macam arwah ibu." gumamnya. Padanya, wajah arwah Nurliya masih segar di ingatannya. Kenangan pahit, manis bersama arwah akan terus kekal di hatinya.

Tanpa semena fikirannya terbang teringatkan seorang gadis.

"Salah ke Nurin mencintai abang?"

Ya, Nurin. Gadis yang tidak kenal erti penat, lelah, jemu dan sewaktu dengannya. Gadis yang sentiasa mengejarnya bagai tiada hari esok.

Keluhan kecil dilepaskan di celahan bibirnya. Sudah dua minggu dia tidak mendengar suara Nurin mahupun nama Nurin. Semenjak dia memutuskan untuk bertemu gadis itu tempoh hari, gadis itu sudah tidak lagi muncul di hadapannya. Apatah lagi mesej dan telefonnya.

"Aku rindu kau."

Anrique memejamkan matanya sebelum turut baringkan tubuhnya di sisi anaknya.

"Aku minta maaf, Nurin. Aku tak boleh..."

Cecair putih menitis di hujung tubir matanya. Bibir bawah dikemam.

"... Aku tak mampu balas cinta kau."

Akhirnya, dia terlelap di samping anaknya itu.

Di celahan pintu, Aryan menjenguk abangnya itu. Atau lebih kurang mengintip. Biasalah Aryan kan kipochi.

Aryan mendecit.

"Tch! Tak suka konon. Tiap-tiap malam sebut nama budak gigi besi tu. Dasar duda bangang!" Dia menutup pintu bilik abangnya itu. Kemudian, dia berjalan menuju ke bilik sebelah.

Aryan sekarang menginap di rumah Anrique buat sementara waktu. Dek kerana isterinya sedang alahan mengandung. Alahannya sampai tak boleh tengok muka suami sendiri. Kalau nampak saja batang hidung abe Ar, langsung dia memuntahkan isi perutnya.

Jadi, Ayeena meminta Aryan untuk menjauhkan diri buat sementara waktu. Sehingga tamat segala alahan ibu mengandung yang dialami Natalya.

Aryan memilih rumah Anrique sebagai rumah inap. Kalau rumah Aayyan nanti berbulu matanya melihat si tua itu bermanja-manja dengan Ayeena.

Lebih baik dia duduk rumah si duda ni. Isteri pun tak ada. Jadi, tak payahlah dia menyaksikan adengan manis potong bulu kaki.

Aryan merebahkan punggungnya ke atas katil. Dia mengeluh berat.

"Kenapalah bosan sangat ni? Nak buat apa ni? Kalau call bini, bini mesti dah tidur. Nak kacau siapa ni?" Wajahnya berubah monyok.

Dia diam lama seperti memikirkan sesuatu.

"Ahaaa!"

Dia laju mendail nombor telefon seseorang. Senyuman senget menghiasi bibirnya.

Sebaik sahaja panggilan disambungkan,

3.0 | Tuan Anrique Danial [Ebook]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang