𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 7

1.7K 172 13
                                    

Nurin menilik dirinya dalam pantulan cermin

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Nurin menilik dirinya dalam pantulan cermin. Hm cantiknya aku. Sejuk perut Mama mengandungkan aku.

Bibirnya mengukir senyuman kecil. Usai bersiap, dia keluar daripada bilik. Sedang dia berjalan turun daripada tangga, dia mencuri dengar perbualan Papa dan Mamanya.

"Kawan abang tu betul ke nak kahwinkan anak dia dengan Nurin?"

"Betul. Bolehlah si Nurin tu belajar berdikari. Biar dia belajar jadi seorang isteri. Ini asyik terperuk dalam rumah. Memang duit jatuh daripada langit pun."

Nurin menggigit bibir bawahnya. Dengan siapakah Papanya mahu mengahwinkannya?

"Budak Zaydan tu baik. Kaya. Duit tujuh keturunan pun tak habis. Untunglah Nurin nanti. Goyang kaki pun suami kaya."

"Bolehlah kita tunjuk dekat keluarga abang yang kita pun mampu kaya tanpa diorang. Sekali dapat bukan Syed. Ha Tengku terus. Tengku Ziyad Zaydan."

Tawa suami isteri itu memecahkan suasana.

Nurin mengemam bibirnya menahan diri daripada menjatuhkan air matanya. Hanya kerana duit, Mama dan Papanya sanggup mengatur perkahwinannya dengan Zaydan.

Sejujurnya Zaydan memang baik. Tapi Nurin tak pernah ada perasaan lebih daripada seorang abang terhadap Tengku Ziyad Zaydan. Hati dan perasaannya hanyalah kepada si Duda kerek.

Perlahan-lahan dia melangkah turun. Kakinya diatur ke meja makan di mana Papa dan Mamanya berada.

"Pa, Ma, Nurin nak keluar sekejap. Ada study group." Kepalanya menunduk menekur lantai.

"Pergilah. Jangan nak merayau pula." Balas Mamanya senada. Nurin mengangguk laju. Sempat dia bersalaman dengan kedua ibu bapanya itu sebelum melangkah pergi.

Sejujurnya dia tidak tahu kenapa Papa dan Mamanya tidak menyukainya. Yang dia tahu, sejak dia lahir memang dia tidak pernah merasai kasih sayang seorang ibu dan seorang ayah.

Cemburu? Ya, dia cemburu melihat keluarga bahagia yang lain. Terutama keluarga besar Tuan Aayyan Danish. Sentiasa bahagia. Gaduh pun semua gaduh manja. Tiadalah sampai dipukul sepertinya. Kadang-kadang dia fikir dia cuma hanya angkat.

Yang pasti, Mama dan Papanya selalu membandingkannya dengan sepupu-sepupunya. Papa Nurin, Syed Al-Hamza telah dibuang keluarga akan satu kejadian yang berlaku beberapa tahun lalu. Sharifah Nafisah, Mama kepada Nurin juga ikut terbuang daripada keluarga mertuanya itu. Keluarga kandungnya saja yang menerima mereka seadanya.

Sejak daripada kecil, Nurin langsung tidak pernah merasai suasana keluarga bahagia. Sedangkan Mama dan Papanya sendiri selalu memarahinya. Di samping dua suami isteri itu sering bertengkar antara satu sama lain. Tambah-tambah apabila Syed Al-Hamza mempunyai perempuan simpanan.

Semua masalah yang menimpa Nurin bagaikan beban yang tak mampu ditanggung sendirian. Dia perlukan tempat bergantung.

"Mana abang ni? Dah setengah jam aku tunggu ni." Nurin mengerling jam tangannya. Kelibat Anrique masih belum kelihatan. Manalah abang duda kerek ni?

3.0 | Tuan Anrique Danial [Ebook]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang