𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 6

1.3K 140 5
                                    

Sejak kejadian tempoh hari di mana pergaduhan antara Anrique dan Arash, Anrique benar-benar mengotakan kata-katanya untuk berpindah keluar daripada rumah Aayyan

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Sejak kejadian tempoh hari di mana pergaduhan antara Anrique dan Arash, Anrique benar-benar mengotakan kata-katanya untuk berpindah keluar daripada rumah Aayyan. Dia kembali ke rumah lamanya bersama arwah Nurliya.

Biarpun rumah itu banyak menggamit kenangan bersama arwah isterinya itu dia sanggup. Demi menjaga hubungan adik beradik bersama Arash. Abang mana yang tak sayangkan adiknya kan?

Arash pula mendiamkan diri sejak hari itu. Dia banyak luangkan masa sendirian di dalam bilik. Keluar hanya ketika lapar. Sebenarnya dia rasa bersalah kerana menengking abangnya tempoh hari. Dia bukan apa, dia cuma risaukan Nurin. Biasalah dalam dunia ini, mana ada satu pun sahabat baik mahu melihat sahabatnya disakiti.

Arash melepaskan keluhan berat. Mata cuba dipejamkan. Dia mendecit sebelum membuka semula kelopak mata.

"Patut ke aku minta maaf dengan Along?" Gumamnya sendirian. Rindu tu rindulah juga.

Bunyi deringan telefon mematikan lamunannya. Dia mencapai telefonnya. Dilihat nama yang tertera di skrin.

Incoming call from Nurin Gigi Dawai..

Dahinya berkerut sebelum menggesek skrin untuk menjawab panggilan itu.

"Rash!"

Hampir pekak telinga Arash dibuatnya. Arash menjauhkan telinganya daripada telefon. Dia membuka loud speaker.

"Kau dah kenapa syaitan? Jangan jeritlah, gila. Aku belum pekak lagi. Ni nak tanya Salam mana Salam? Aku tumbuk gigi kau tu baru tahu." Bebel Arash. Hanya suara tawa kecil kedengaran di hujung corong telefon. Sudah menjadi kebiasaan Arash mendengar Nurin terjerit sana sini.

"Kau call aku ni ada apa?" Soalnya malas. Sudah dia duga kenapa sahabatnya menelefonnya lewat malam begini. Tambah-tambah esok cuti. Selalunya malam minggu Nurin dan Anrique akan menonton filem bersama melalui discord. Nampak tak si duda tu? Bukan main cakap tak sukalah, tak berminatlah, end up dia ikut juga kemahuan gadis itu.

Tawa Nurin langsung mati.

"Rash, mana abang duda kau? Aku call dia tak dapat. Mesej pun tak reply. Kau tahu tak dia tengah buat apa?"

Seperti yang diduga oleh Arash. Arash mengeluh besar.

"Nurin, kan aku dah cakap..."

"Tapi aku nak dia teman aku. Dia dah janji setiap malam minggu nak teman aku. Mama Papa aku asyik salahkan aku kes pecah rumah hari tu. Aku nak keluar bilik pun malas. Kalau aku keluar je mesti aku kena. Aku nak abang kau. Mana dia? Dia janji dia nak ada bila aku perlukan dia." Suara Nurin mengendur. Sungguh dia rindu dengan Anrique. Si duda kerek jual mahal. Mulut kata tak mahu, tapi tetap turutkan juga.

Arash meraup rambutnya kasar. Apa kau buat ni, Long? Kenapa berjanji dengan orang macam ni? Ya Allah.

"Nurin, dengar apa aku nak cakap ni. Tolong dengar baik-baik. Ini semua untuk kebaikan kau."

3.0 | Tuan Anrique Danial [Ebook]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang