Prolog

35.1K 660 12
                                        

Malam itu langit menangis deras, seakan mengerti apa yang bakal terjadi. Di balik tabir hujan lebat, sebuah kereta mewah membelah jalan raya, dinaiki oleh sebuah keluarga kecil yang tampak sempurna. Tawa mereka menghangatkan suasana dalam kereta, seolah tiada apa yang mampu meragut kebahagiaan itu.

"Mama, kita nak pergi mana ni?" soal seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun, matanya bersinar penuh ingin tahu.

"Oh, mama dan papa nak bawa kamu dan adik makan. Esok kan mama dan papa kena pergi kerja jauh," jawab si ibu dengan senyuman, lembut seperti biasa.

"Makan? Yeay makan!" Sorak si anak riang. Adiknya yang baru berusia 4 tahun ikut bersorak, walaupun tidak mengerti apa-apa. Gelak tawa kecil itu membungkus ruang dengan kasih yang tidak ternilai.

Si ibu dan sang ayah saling berpandangan. Senyuman mereka hambar, ada gelisah yang tersembunyi. Sudah beberapa hari mereka dihantui rasa tidak sedap hati, seakan takdir sedang menunggu saatnya untuk meragut segalanya.

Dan saat itu pun tiba...

Dari kejauhan, samar-samar kelihatan sebuah lori meluncur laju. Pandangan yang kabur dek hujan membuatkan mereka menyangka lori itu berada di laluan bertentangan yang betul. Tapi tidak...

Semakin dekat, wajah cemas mereka semakin jelas. Lori itu tanpa amaran meluru ke arah mereka. Laju. Liar.

"ABANGG!! Lori tu nak langgar kita, bang! Elak!!" jerit si ibu panik. Dua anak kecil mereka menangis kuat, terkejut dengan suara mama yang tidak pernah setinggi itu.

Sang ayah cuba membelok namun segalanya terlalu pantas.

DUUMMMM!!

Dunia bergoncang. Kereta mereka dirempuh kuat. Bahagian hadapan remuk teruk. Suara tangisan bertukar nyaring. Si ibu dan sang ayah tersepit di tempat duduk. Si abang meraung kesakitan. Si adik masih di baby chair pengsan, mukanya calar terkena serpihan kaca.

Dalam payah, si ibu membuka mata. Nafasnya bersisa. Dengan suara lemah, dia menggenggam tangan anak sulungnya...

"Mama nak kamu jaga adik... dari jauh dulu. Bila dia besar, bila dia dah faham... barulah kamu munculkan diri..."

Tangisan si abang tidak dapat dibendung. Si ibu tersenyum buat kali terakhir, mengucap dua kalimah syahadah... lalu pergi menyusul cinta hatinya yang sudah tidak bernyawa ditikam besi tajam dari lori yang melanggar.

Sepi.

Bunyi siren mula kedengaran dari jauh yang datang dari ambulans, bomba, polis.

Namun, si abang telah berjanji dalam hati kecilnya,
"Abang janji akan jaga adik… macam nyawa abang sendiri."

Sebelum sesiapa tiba, dia sempat mencium pipi arwah mama, papa dan adik lalu pergi… diam-diam. Meninggalkan kereta yang kini hanyalah besi remuk yang menyimpan kisah luka.

Kanak-kanak 10 tahun itu hilang tanpa jejak.

Pihak polis mencari di sekitar lokasi, menyangka dia mungkin tercampak keluar semasa hentaman. Tapi setelah usaha gagal, mereka mengisytiharkan dia mungkin sudah tiada.

Namun hakikatnya... dia diselamatkan oleh sepasang suami isteri yang tinggal jauh di hutan, pasangan sunyi tanpa anak yang menjaganya hingga pulih.

Dan di situlah takdirnya bermula semula.






Dan di situlah takdirnya bermula semula

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Tbc

𝐇𝐂│Brother Or Husband? ©️Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang