𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 4

1.6K 157 25
                                    

Anrique menggaru kepala

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Anrique menggaru kepala. Apa lagi minah ni nak? Macam mana dia bawa telefon ke sekolah?

Mesej Nurin dipandang sekilas. Sebelum kembali memandang gadis di hadapannya itu.

"Awak kenapa, Que?"

Anrique menggeleng, "Aku okay. Nurul, kau kerja apa ya? Selalu nampak kau dekat area sekolah ni."

Nurul Widya. Itu nama gadis di hadapan Anrique itu. Gadis yang sama yang menegur Anrique kerana duitnya jatuh di atas jalan.

"Saya tinggal area sini. Kerja pun belum ada. Saya tengah cari kerja."

Anrique mengangguk faham.

Ting!

Ting!

Ting!

Dia mengetap bibirnya. Tak habis lagi budak kenit ni. Aku jual juga karang.

Dia membuka mesej Nurin. Budak ni tak datang sekolah ke? Penat aku pakai hesmes harini tak ada orang kejar plak.

Membuntang matanya membaca bait-bait mesej yang dihantar oleh Nurin.

Membuntang matanya membaca bait-bait mesej yang dihantar oleh Nurin

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"Aku pergi dulu. Ada hal." Anrique bingkas berdiri. Tidak sempat Nurul bercakap apa laju kakinya melangkah pergi. Kepala otaknya asyik memikirkan soal Nurin.

Tangannya sama laju dengan kakinya mendail nombor telefon sepupunya, Mikael Darren. Moga sepupunya itu dapat membantunya.

"Ren, buka whatsapp. Aku send location. Emergency." Dia tiba di hadapan keretanya yang terparkir elok di hadapan pagar sekolah itu. Dia teringatkan adik bongsunya yang lagi berapa minit akan tamat waktu kelas tambahannya.

Dia mengeluh kasar.

Dia menghidupkan enjin sambil menelefon Aryan Darmish. Kalau telefon Adyan takut sibuk pula pak doktor tu. Aryan tak apa, dia mana pernah sibuk.

"Ar, tolong ambil Rash. Aku ada hal."

"Eh, bayar aa. Aku- "

Kata-kata Aryan tergantung sepi. Talian sudahpun dimatikan. Anrique tiada masa nak dengar bebelan tak bermanfaat daripada seketul Aryan Darmish.

3.0 | Tuan Anrique Danial [Ebook]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang