𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 3

1.4K 144 20
                                    

Dari jauh Nurin memerhatikan dua pasangan sejoli sedang bergurau senda di gerai makan berhadapan sekolahnya

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Dari jauh Nurin memerhatikan dua pasangan sejoli sedang bergurau senda di gerai makan berhadapan sekolahnya.

Rasa cemburu membuak-buak dalam dirinya.

"Kau nak serang ke nak aku serang?"

Dia menoleh ke arah Arash yang sedang memandang ke arah yang sama itu. Sibuk ajelah mamat ni.

Nurin berdehem.

"Kenapa pula aku nak serang? Tak adalah. Aku bukan ada apa-apa dengan abang kau pun." Nurin mengeluarkan novel daripada beg sandangnya. Dia terus membaca novel sementara menunggu kelas tambahan.

Arash yang duduk di sebelahnya itu memandangnya terus menerus.

"Kau suka aku ke, Rash?" Terkekeh Nurin ketawa. Dia mengerling ke arah Arash.

"Tak kuasa aku nak suka orang tua macam kau. Aku cuma kesiankan kau. Mama Papa kau macam mana?/Gaduh lagi?" 

Nurin mengeluh. Bahu diangkat. Entah buat masa sekarang dia sendiri malas mahu bercakap soal kedua orang tuanya itu.

"Macam mana kau tahu pasal Mama Papa aku gaduh lagi?" Setahu Nurin, dia hanya mengadu kepada Anrique. Macam mana Arash boleh tahu?

"Que. Dia suruh aku tanya kau okay ke tak."

Langsung melebar senyuman di bibir Nurin. Duda ni kang aku gigit baru tau. Comel grrr!

"Kau suka dekat abang aku eh?" Arash memancingnya. Selama ini bila ditanya, Nurin hanya menyatakan bahawa dia saja ingin mengusik Anrique. Tapi bila lama-lama macam lebih kepada suka saja.

"M-mana ada!"

Arash ketawa. Orang lain bolehlah kalau nak tipu. Aku Arash Darwin. Jangan pernah bermimpi nak tipu aku.

"Tu perempuan yang dengan Que tu. Kau kenal?" Arash beralih memandang ke arah gerai tadi. Kini dia dan Nurin berada di salah satu pondok bacaan berhampiran pagar sekolah. Jadi, mereka jelas nampak gerai makanan itu.

"Entah. Tapi aku rasa tu 'dia'." Jawabnya perlahan. Matanya juga ijut pandang ke arah itu.

"Semalam aku nampak perempuan tu bagi duit dekat Que. Aku ada tanya Que. Dia cakap duit dia terjatuh dan perempuan tu pulangkan. Tapi kalau tu 'dia', kenapa dia muncul? Apa yang dia nak?"

Nurin hanya diam. Soalan Arash dibiarkan tanpa jawapan. Dia sendiri dibelengu dengan tekaannya. Entah betul atau tidak. Dia juga tidak tahu apa motif, perempuan itu muncul kembali.

Tiba-tiba dia berdiri.

"Kau kenapa?" Arash menyoalnya. Berkerut seribu dahi Arash. Kena rasuk ke apa minah ni?

"Kau back up aku jap. Aku nak panjat pagar sekolah." Memandangkan hari ini mereka memakai seragam sukan. Jadi dia bebas bertindak lasak.

Melopong luas mulut Arash melihat Nurin telahpun berusaha memanjat pagar sekolah.

3.0 | Tuan Anrique Danial [Ebook]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang