TAD series 3
(Ready File)
Tuan Anrique Danial. Dengar saja nama ini pasti semua kenal budak kecik mulut pedas dulu kala kan? Hm, sampai ke besar mulutnya begitu. Malah, lebih teruk.
Selepas kematian arwah isterinya Nurliya, dia menutup pintu hatiny...
Bukannya penting. Dia tahu itu Nurin. Tak lain tak bukan. Si budak Nurin sahaja yang selalu mengspam Anrique.
Macam mana dia dapat nombor telefon Anrique? Macam biasa Arash adalah manusia yang paling baik di antara yang paling baik itu yang sedekahkan nombor telefon abangnya kepada Nurin.
Kata-kata Shera siang tadi menjengah kembali ke benak fikirannya.
"Ayah, boleh tak Shera nak ibu baru?"
Soalan itu tidak lain tidak bukan, diajar oleh Tuan Aryan Darmish. Siapa lagi badigol yang berani mengajar anak kecil berkata demikian?
Baru sahaja dia mahu melelapkan mata, pintu biliknya diketuk.
"Masuk."
Arash menguak pintu bilik abang sulungnya itu. Dia menapak masuk ke dalam bilik itu bersama sengihan kecil.
Anrique memandangnya kosong. Dia tahu asbab adik bongsunya bertandang ke biliknya malam ini.
"Dia nak apa?"
Arash mengusap pangkal lehernya. Serba salah pula dia mengganggu waktu istirahat abangnya itu.
"Dia nak Along reply chat dia." Balasnya perlahan. Kalau bukan disebabkan Nurin, tak ada maknanya dia nak menempel di bilik abangnya. Nasib baik kawan. Kalau tak, dah lama aku campak kau Nurin!!!
Anrique mengeluh besar.
"Kau tak boleh ke bagitahu dia yang aku takkan terima dia? Aku tak suka diganggu. Bagitahu dia, aku tak berminat nak cari pengganti ibu Shera. Tolonglah suruh dia jauhkan diri daripada aku." Keluhnya. Dia sudah penat dikejar oleh Nurin selama hampir setahun ini. Hari-harinya tak tenteram seperti dulu.
"Along tak nak--"
Ayat Arash tidak sempat dihabiskan, mulutnya terkunci rapat di saat matanya bertentang dengan mata helang milik Anrique. Liur diteguk kasar.
"Dia terlalu muda untuk aku, Rash."
Anrique berpaling ke arah lain. Sebenarnya dia malas bercakap soal Nurin. Adiknya, Arash asyik memintanya membuka hati untuk Nurin. Apa masalah entah budak kecik dua ekor ni?
"Long, kau sebenarnya suka Nurin kan? Tapi kau malu. Kau ego. Sebab dia muda daripada kau. Kau takut orang tak boleh terima kau bersama dia kan?"