𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 1

2.4K 158 13
                                    

Bermanik-manik peluh di dahinya

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Bermanik-manik peluh di dahinya. Nafasnya tercungap-cungap bagai tidak cukup nafas. Matanya melilau memerhatikan sekeliling.

Jam di tangan dikerling sekilas.

"Kenapalah tua macam ni baru nak main kejar-kejar kau ni, Que?" keluhnya lemah. Badan tegapnya bersandar pada tembok pagar sekolah itu. Niatnya mahu mengambil keputusan peperiksaan adiknya, Arash terbantut seketika.

Dia menjengul kepala memerhatikan keadaan semua dalam keadaan selamat. Selepas dipastikan semuanya selamat, dia keluar dari tempat persembunyiannya.

Dia berdehem kecil sambil membetulkan tali lehernya.

"Hehe, abang nak lari mana hah?"

Suara kecil di belakangnya mematikan niatnya untuk melangkah pergi. Tidak perlu menoleh pun dia sudah tahu itu siapa.

Gadis kecil itu berjalan mendekatinya dan akhirnya berhenti tepat di hadapan Anrique. Wajahnya penuh ceria apabila melihat wajah tampan milik Anrique. Jauh bandingan dengan si Anrique, beberapa kali dia mengeluh lemah. Buat penat aku menyorok aje tadi.

"Kenapa abang lari hah tadi? Penat tau Nurin kejar abang. Sombonglah abang ni. Nak ngorat pun susah." Memuncung panjang gadis bertubuh genit itu. Nurin atau nama sebenarnya Sharifah Nurinalisa. Cuma Anrique belum tahu nama sebenarnya. Yang dia tahu budak banyak mulut itu ialah Nurin.

Anrique mengguling bebola matanya. Malas mahu melayan nenek kebayan di hadapannya itu. Tak boleh langsung bagi Anrique tenang walaupun sehari.

"Kau nak apa ni, Nurin? Aku tak ada masa nak layan budak terencat akal macam kau. Tepilah aku nak jumpa Cikgu Badriah." Serabut kepalanya mencari ulah untuk melarikan diri daripada gangguan syaiton. Eh, gangguan Nurin.

Nurin mencebik, "Kura-kura dalam perahu, buat-buat tak tahu pula dia. Nurin nak ngorat abanglah. Abang kan first crush Nurin dulu, kini dan selamanya." Tersengih gadis itu bersama sebaris gigi beserta pendakap gigi yang tersusun cantik.

Anrique mendengus geram. Budak gigi besi ni sekali aku siku gigi ke mana besi ke mana kang!

"Kau nampak aku macam muda ke? Aku ni bapak orang. Cari jantan lain, aku terlalu tua untuk kau." Berbuih mulut Anrique mengulang ayat yang sama. Entah apa yang dia ada sehingga gadis sebaya adik bongsunya itu tergila-gilakan sangat dengan dia. Tahulah aku hensem. Tapi itulah Daddy tak bagi riak.

Nurin memeluk tubuhnya sambil menghentak kaki.

"Abang ni!!!"

"Kenapalah kau degil sangat, Nurin? Kau dengan aku tak mungkin bersama. Faham bahasa melayu ke tak kau ni?"

Nurin menggeleng. Tak faham. Tak nak faham. Ada faham?

"Nurin, boleh tak jangan kacau aku? Sehari aje tak kacau aku. Tak boleh ke?" Separa rayu Anrique dibuatnya. Dia sudah penat berkejaran dengan gadis itu. Gadis itu bagaikan terlalu obses dengannya. Mahu tidaknya, hari sekolah dia asyik bertembung dengan gadis itu. Hari cuti pula gadis itu selalu datang ke rumah Ayeena atas tujuan ulang kaji bersama Arash. Yang si Arash pula main bedal saja ulang kaji dengan perempuan, katanya Nurin terlalu cantik untuk dikatakan TIDAK.

3.0 | Tuan Anrique Danial [Ebook]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang