Book 3 : My Signora
Tuan Anrique Danial. Dengar saja nama ini pasti semua kenal budak kecik mulut pedas dulu kala kan? Hm, sampai ke besar mulutnya begitu. Malah, lebih teruk.
Selepas kematian arwah isterinya Nurliya, dia menutup pintu hatinya untu...
Meninggi suara Anrique. Wajahnya bertukar merah. Tegang segala urat di lehernya. Kertas-kertas yang bertebaran terbang jatuh ke lantai. Penuh dengan keratan akhbar dan informasi tentang kejadian dua tahun lalu.
Nurin menunduk menekur lantai. Setitik demi setitik air matanya jatuh ke lantai.
"Aku taksuruhkaunangis. Aku tanya apamaksudni? Apakaitankaudengankeskemalangan aku denganNur?!!!"
Dagu Nurin dipagut kasar memaksa gadis itu mendongak ke arahnya. Puncak hidung Nurin yang jelas kemerahan itu membuatkannya tahu gadis itu sedang menangis. Tapi untuk apa dia menangis?
"Kaujangancakapkau ada kaitandengankemalanganni. Tolongcakapdengan aku yang semuanibukankerjakau. CakapNurin. Aku perlukanpenjelasanbukantangisan!" Anrique melepaskan pegangan pada dagu Nurin. Dia berharap agar Nurin bukan dalang di sebalik kemalangan lalu. Kemalangan di mana dia hilang seorang isteri kesayangannya, Nurliya.
"I'm sorry." Dua patah perkataan itu cukup membuatkan hati Anrique hancur sehancurnya. Kecewa. Ya, dia kecewa.
Kenapalah dia tidak pernah siasat tentang siapa gadis itu sebelum mengahwininya? Kenapa dia mudah diperbodohkan?
Di saat dia mula percaya dan mula jatuh sayang kepada gadis kecil itu, semuanya terbongkar. Kenapa? Mama, Papa, Que memang pembawa sial ke? Que memang tak layak untuk bahagia ke? Apa dosa Que?
Jatuh air mata jantan Anrique. Dia terduduk lemah di lantai.
Nurin cuba mendekati suaminya itu.
"Stop right there, SharifahNurinalisa!! Jangandekatdengan aku. Aku jijikdenganpembunuh macam kau."
Tersentak hebat Nurin dengan kata-kata tajam bak belati yang menghiris daging hatinya. Membelah dadanya.
"Abang, dengar dulu--"
"DENGAR APA LAGI?! Kautahutakdisebabkankau, aku hilang bini kesayangan aku. Disebabkankau, anak aku hilangibudia. Kaupembunuh!!"
Nurin memejamkan matanya menelan segala kepahitan yang diterimanya. Bukan ini yang dia mahukan.
Dia duduk di samping Anrique. Arahan Anrique tadi dibiarkan.
"Abang, Nurinbuatsemuaniuntukabang. Abangkenatahusatubenda. Ada sesuatuabangkenatahutentangKakLiya---"
Pang!
Terteleng ke kiri kepala Nurin. Terbisu seribu bahasa. Pipi yang masih berbekas merah akibat tamparan Anrique itu dipegangnya.
Sungguh dia tak pernah sangka lelaki itu sanggup menaikkan tangan kepadanya. Tanpa diberi masa untuk menjelaskan hal yang sebenar.
"Kautaklayaksebut nama isteri aku. Kaubunuhdia. Pergi, Nurin. Aku taknakkau pula yang aku bunuh. Pergi dari sini. Kemasbarangkau. Pergi!!"
Nurin mengemam bibir menahan rasa. Kenapa dia langsung tak diberikan peluang untuk jelaskan semuanya?
Dia berdiri. Dengan langkah lemah dia keluar daripada bilik itu. Tak kuat dia menghadapi situasi ini.
Ditinggalkan Anrique sugul sambil bersandar di kaki katil.
"Sabar, Nurin. Diacumaperlukan masa untukbertenang." Berkali-kali dia memujuk hatinya sendiri. Namun, semuanya tidak dapat menghilangkan rasa terkilan di hatinya. Dia cuma mahu jelaskan apa yang terjadi dari awalnya.
"Mungkin aku patutpergi."
Dan sekali lagi, dia harus korbankan hati dan perasaannya. Kalau bukan disebabkan pekerjaannya, dia takkan berada di tahap ini. Dia tidak perlu berjumpa dengan Anrique. Lagi.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.