Kenal aku dari aku bukan mulut orang..
________________________________________Suzuki Swift dipandu mengikut had. Radio yang memainkan lagu hip-hop dan ballad. Hentakkan kecil dipedal minyak. Jari jari mengetuk stereng. Gadis ini watak cerita ini. Ini Ceritera Aku.
Raina Kalisha. Itu nama aku. Tinggi 164, berat 50kg. Berkaca mata bingkai hitam. Keluarga boleh dikatakan mewah. Tak sangat. Universiti Kebangsaan Malaysia ialah 'sekolah' baru aku.
Tempat letak kereta disediakan khas tuk kami yang menuntut disini. Luas dan terhad. Hanya untuk pelajar. Yang melawat dekat belakang. Beg aku sadang dibahu dan buku buku tebal dipeluk erat. Butang kunci ditekan dan kereta aku selamat.
Converse High hitam aku bergesek dilantai sebab kering. Dewan kuliah aku berada di tingkat 3. Aku mengerling jam di tangan kiriku. 8:00 pagi. Aku sudah lambat. Kene cepat.
Pintu aku tolak. Semua yang didalam masih berborak. Nampaknya Prof. Suzana belum masuk. Aku mengambil tempat di sebelah Fei.
"Eh, lambat datang?" Tanye Fei. Aku tersengih menahan malu.
"Nasib saja Prof. Suzana belum masuk" ujar Diana. Aku lega. Buku nota dikeluarkan. Alahai! Macam budak sekolah lagi.
"Kau tahu ada junior ni tunjuk lagak dekat kitorang tadi" kata Diana.
Aku berminat nak dengar. "Wae?" Tanya aku.
"Tak sengaja langgar dia tertiba kene herdik" jelas Fei. Aku hanya 'oooo'. "Cam muka ak? Tunjuk dekat aku nanti" pinta aku.
Fei memandang Diana. "Serious kau nak tahu?" Tanya Fei.
Aku menangguk. "Nanti aku tunjukkan" balas Diana.
Prof. Suzana menerangkan dengan jelas dan padat. Kelas dia memang aku suka datang. Cara dia mengajar sekelip mata boleh faham. Ringkas tapi padat.
"Baik. Perbentangan seterusnya akan dibentangkan di kelas akan datang. Nota yang saya beri sila baca dan exams mid akan tiba tidak lama lagi. Bersurai" kata Prof. Suzana sebelum keluar dari dewan kuliah.
"Mengantuknya Ya Allah" keluh Diana.
Aku ditepi sibuk mengemas buku. "Raina, jom pergi Mid Valley kejap" pinta Fei.
"Buat apa? Nak habiskan duit? Simpan sikit" ujar aku seakan akan dapat meneka niat Fei.
"Makanlah. Lapar" rayu Fei.
Aku menggeleng kepala. "Iyelah. Tapi kejap je" syarat aku terus mereka setuju. Aku keluar dari dewan menuju ke kereta.
....
"Wei, Luqman kau free tak sekarang ni?" Tanya Joey. Luqman melihat jadualnya.
"Free. Awat?" Balas Luqman.
"Cantik! Aku nak ambil barang. Teman aku" ajak Joey.
"Okay je. Fir ikut ak?" Tanya Luqman.
"Mestilah. Budak tu pergi toilet kejap" Luqman dan Joey menunggu Fir. Apa dia buat dalam tu, Allah sahaja yang tahu.
15 minit kemudian..
"Fuh! Lega sia dapat melepaskan hajat" ujar Fir sebaik sahaja dia keluar dari tandas.
"Kau buat apa dekat dalam tu? Buat tandas ape?" Soal Joey. Kepenatan dia menunggu Fir di luar. Berdiri tanpa snek. Fir sengih.
"Maaflah. Sakit perut lah" jelas Fir.
"Sudahlah. Dari kau bertekak dekat sini, kang tak pasal pasal jem lak" kata Luqman. Lalu mereka beredar ke kereta Mitsubishi biru milik Luqman.
...
Jalan menuju ke Mid Valley dari UKM mengambil masa lebih kurang 1 jam. Nasib sahaja kereta tak banyak. Jadi, lancar je kereta aku menyusuri jalan raya.
"Diana, dekat U kita ada hotstuff ak?" Tanya Fei. Apahal Fei tertiba tanya pasal hotstuff?
"Ada. Awat? Hang nak usha ka?" Tuduh Diana.
"Excuse me, aku usha? Tak ada makna. Aku just tanya je" jelas Fei.
"Adalah jugak tapi tak sama building dengan kita" sambung Diana.
"Tak berminatlah" ujar aku tertiba. "Alah..nanti ada la tu" sengih Fei.
Haish! Keluh aja yang mampu.
Mid Valley Megamall. Memang jadi mata mata pembeli ah. Bagi orang, orang yang pergi Mid Valley ni orang kayo kayo jo. Tak kusangka rupanya pusat beli belah pun kira darjat.
"Kau nak makan apa dekat sini?" Tanya aku kepada Fei.
"Nak subway ah" aku menempek dahi aku.
Fei, dekat area Bangi pun ada Subway. Kenapalah aku tak tanya dia dulu tadi? Tak ada lah minyak aku habis. Aigo!
Selepas Fei melahap habis Subway seorang diri baru lah aku boleh pergi tempat yang aku nak pergi.
Starbuck or Coffee Bean?
Aku berdiri seperti tiang lampu. Memikirkan mana satu kedai yang aku nak pergi.
"Raina, lama lagi ke otak kau nak tafsir decision?" Tanya Diana.
Aku hiraukan pertanyaan Diana. Come on Raina! It just a drink!
"Okay. I got it. Starbuck" pantas aku menarik tangan Fei dan Diana ke Starbuck. Ice blended cappucino dengan nota Raina Kyeo♡. Mwehe!
...
Barang yang Joey perlukan sudah dapat barang dia. Tapi masih awal lagi, better ajak diorang pergi jejalan.
"Korang, awal lagi ni. Lepak jom" ajak Luqman. "
Lepak? Boleh je. Mid Villey?" Cadang Fir.
"Okay" terus pedal minyak Luqman tekan. Cermat sahaja dia memandu.
"Luq, Starbuck lahai" ajak Joey.
Aku masukkan kunci ke dalam kocek seluar. Starbuck yang bersebelahan Coffee Beans rancak bersaing tuk memaut pelanggan. Saingan kuat disini. Ice blended Coffee dipinta. Meja di bawah chandelier Luqman pilih.
"Ah! Lega aku dapat minum" teruja Luqman.
Tapi Joey dan Fir sibuk memandang tempat lain bukannya dia. Luqman turut memandang siapa yang menarik perhatian mereka. Kelihatan tiga gadis sedang bergelak tawa di hujung meja. Siapa agaknya mereka ya?
"Hui! Korang pandang siapa tu?" Tanya Luqman.
"Diorang tu. Macam pernah nampak lah dekat U" ujar Joey seraya jari telunjuknya ditunjukkan kepada gadis tadi.
Luqman diam.
"Hotgirls seyh" ujar Joey sambil membuat high 5 dengan Fir.
....
"Eh, Fei teman aku pergi toilet jap. Tak tahan laa" ujar Diana. Dia sudah terkinja kinja menahan tempat takungan air kencing dia tu.
"Alahh..spoil lah. Aku nak minum..." belum sempat Fei habiskan ayatnya, Diana dah tarik tangan. Aku menggeleng saja tengok diorang ni. Macam budak budak.
Aku tunggu Diana dan Fei diluar toilet. Botol mineral aku pegang. Tapi seakan ada yang menolak, botol aku jatuh bergolek. Aku berjalan terbongkok bongkok tuk capai botol itu. Botol itu berhenti. Tapi di kasut Nike biru. Orang itu mengambil botol aku. Aku menjadi batu. Tunggul.
"Nah! " dia hulurkan kepada aku.
Tertiba keadaan itu senyap.
Mata bertemu hati.
"Siapa.."