Fahmi menggeleng,dia tiada niat untuk buat begini. Namun nyawa Ayna juga penting. Hilang Ayna,hilang juga separuh nyawanya.

Tiada yang lebih penting dari Ayna. Isterinya itu sudah banyak derita.

Perlahan-lahan Fahmi berundur dari situ. Dia mendongak,memandang ke tingkat atas.

Jari kelingkingnya diangkat.

Benar,Ayna penting. Sangat penting pada dirinya. Namun kebahagian Faleeq juga penting baginya. Satu-satunya adik yang dia ada.

Fahmi kesat air mata. Rasa terharu pula dengan diri sendiri.

Tahniah diri sendiri kerana mampu berada sejauh ini.

Balik nak peluk Ayna la. Eii.



















"Kau okay tak?"

Faleeq senyum nipis. Dia tak okay,rasa nak lempar bom je dekat rumah orang tua tu.

"Menipu sangat la kan kalau aku kata aku okay"

Adli tepuk bahu Faleeq,cuba memberi semangat.

"Aku risaukan Izz"luah Faleeq perlahan. Anak lelakinya itu pasti takut.

Adli mengisi peluru ke dalam pistol.

"Kita nak pergi selamatkan dia la ni. Kau jangan lemah macamni Faleeq"

Faleeq senyum hambar. Terbayang-bayang senyuman Ayra yang menjadi semangatnya selama ini.

Dia akan berjuang untuk dapatkan Ayra semula.

"Tuan Qayder,ada orang nak jumpa"suara anak buahnya memecahkan lamunan. Segera dia bangun.

"Siapa?"dia mengikut langkah Apek. Sape suruh muka macam cina,dah dapat nama apek.

Langkah Faleeq terhenti. Walaupun dari belakang,dia kenal siapa gerangan orang tersebut.

"Along.."matanya berair.

Air mata Fahmi tumpah. Dia rindu sangat akan adiknya. Rindu yang teramat.

Faleeq mendakap Fahmi erat. Ya Allah!

Dia tak mahu tanya macamana dan kenapa. Dia hanya mahu Fahmi semula.

Basah baju Fahmi akibat air mata Faleeq. Cengeng la adik dia tu. Tengok dia,nangis sikit je.

Makin tersedu-sedu Faleeq menangis. Alongnya datang di saat dia amat memerlukan sokongan seseorang. Kehilangan Ayra menyebabkan dia hampir hilang arah.

"Along,Ayra hilang.."rengek Faleeq lagi. Dia tak kesah dah anak-anak buahnya memandang pelik ke arahnya.

Tuan Qayder menangis? Salah satu keajaiban dunia.

"Adik along kuat. Along tahu tu"Fahmi menepuk bahu Faleeq berulang kali.

"Along ada benda nak cerita dekat kau"ujar Fahmi bila Faleeq merungkaikan pelukan. Mukanya memerah,banyak sangat nangis agaknya.

"Along jumpa Ayra tadi"

Mata Faleeq membulat.

Fahmi diam sejenak.

"But not good. Orang tua tu ada dekat situ. Dan along ada plan sendiri"

Hati Faleeq terusik. Namun dia percaya dengan Fahmi.

"Along pergi mana selama ni?"

Fahmi senyum nipis.

"Aku kena jaga satu nyawa"

Faleeq memandang pelik.

"Apa? Ingat kau sorang je boleh kahwin?"

FALEEQ QAYDERWhere stories live. Discover now