5

4 0 0
                                    

Tingtong! Tingtong!

"Waalaikumussalam. Eh, Haera?"

"Makcik, hans mana?"

Puan Zafrah menelitik Adhaera dengan hairan, bingung tatkala anak perempuan itu mempamerkan ekpresi bimbang, bahkan bertanyakan khabar lagi fasal anak lelaki beliau.

"Hans baru je balik tadi. Pelik makcik tengok dia masuk rumah tadi, habis basah lantai sini buatnya. Kenapa kamu tanya?" Ujar beliau seraya memegang sisi pipi.

"Boleh saya tengok dia kejap makcik?" Adhaera bertanya sekaligus meminta izin. Maklumlah, anak teruna. Tak manis pabila anak dara masuk bilik bukan mahram sesuka hati, meskipun di depan mata ahli keluarga.

Bisikan syaitan sentiasa berada di mana-mana.

"Eh, boleh! Tapi make sure pintu buka okey?" Selepas mendengar lampu hijau daripada wanita berusia tersebut, gadis yang hanya mengenakan tudung bawal instant mengorek langkah besar ke tingkat atas rumah banglo ini.

"Aigoo, anak muda sekarang kena merajuk dulu ke baru nak berbunga?" Kedengaran Puan Zafrah berbisik dengan diri sendiri, mengeluh namun nadanya tampil mengusik kedua mempelai belum sah tersebut.

"Aik, awak buat apa berdiri sendiri di depan pintu tu? Siapa datang rumah tadi?" Suara serak basah muncul disebalik dinding yang memisahkan ruang dapur dan ruang tamu. Puan Zafrah melontarkan senyuman sinis pada figura tersebut.

"Si Haera, bang." Beliau berjalan mendekati suaminya yang terkebil-kebil, bingung. "Biasalah tu budak-budak. Nak kena pujuk dulu, baru nak bermanja." Lengan yang kendur kulitnya, dipeluk erat.

"Macam kita dulu. Gaduh manja." Sekali lagi Puan Zafrah menyambung bicaranya. Tak pergi juga kenyitan mata dari tingkah nakalnya mengusik anak lelaki beliau.

"Awak ni, janganlah ungkit cerita lama. Saya dah dapat awak, habis cerita. Siap tiga orang anak lagi."

PAK!

"Amboi Encik Firdaus, nak tambah sorang lagi ke tu?" Sejurus selesai melepaskan tamparan nuklear di bahu belakang suaminya, giliran beliau pula mahu mengusik sang penakluk hatinya itu.

"Eh, awak ni. Makin saya layan, makin jauh fikirannya. Tak sesuai dengan umur." Encik Firdaus mengeleng kepala seraya mulutnya mengeluarkan aduan kesakitan yang halus.

"Lagipun, awak kena jaga kesihatan. Nak dapat zuriat tu rezeki, kesihatan pun rezeki juga. Cukuplah anak kita tiga, Zafrah. Tiga kali awak beranak, tiga kali jugak saya pengsan dalam wad bersalin." Teguran berbaur kutukan pada diri sendiri menyebabkan sang isteri tergelak kecil.

"Firdaus Kamal penakut."

"Zafrah."

"Okey, saya diam."

Encik Firdaus tersenyum simpul melihat karenah ceria isterinya. Bagai langit dan bumi soalnya. Si suami seharusnya memegang karakter seorang yang banyak celoteh dan garang, tetapi sebaliknya. Itulah penyebab mengapa chemistry antara Encik Firdaus dan Puan Zafrah serasi bersama.

Ashlan POV

TOK! TOK!

"Kejap."

Aku berdiri dari baring di katil, berjalan menuju ke pintu lalu perlahan-lahan ku buka daun pintu tersebut. Tak berdaya ku ingin angkat muka melihat figura yang mencela ketenteraman ku ketika ini.

"Ummi nak apa?"

"Ummi?"

Aku kaku.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 12, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Adhaera AshlanWhere stories live. Discover now