3

4 1 0
                                    

"Hans? Hello?"

"Huh?"

Wajah si dia berkerut hairan, menunggu bicara apa yang mahu ku keluarkan setelah ku panggil nama pendeknya. Kelopak mata berkerdip berkali-kali, cuba menghadam situasi yang harus ku asing dengan imaginasi.

No, there's no way i'll confess my feeling toward her.

"Kau kenapa?"

Aku sengaja menguntumkan senyuman sementara tanganku laju menarik lipstik itu daripada genggaman Adhaera, "My treat." Kaki ku gerak drastik ke kaunter pembayaran tanpa menunggu sebarang balasan daripada si dia apabila mendengar tawaran pendekku.

Sekurang-kurangnya, adalah juga barang hak milik wanita ini daripada wang saku aku juga.

Adhaera POV

Apahal lelaki sorang ni?

Kepala ku geleng sambil menggulingkan bebola mata ke atas, layankan saja kehendak lelaki bujang seorang ini. Bukan selalu juga dia nak manjakan aku dengan duit keluarga dia.

For you information, at first sight aku fikir Hans ni lelaki normal with normal background. Tiada berat sebelah kaya atau sebelah miskin. Tapi aku terkejut bapak gila bila tau keluarga dia usahakan one of the biggest hotel service in Asia.

Sekali lagi, culture shocked.

Start from that day, aku berpada-pada nak guna duit sebab takut Hans ikhlas menghulur wang padaku. Katanya, sedekah kawan. Kepala kaki dia sedekah kawan.

Ni belanja, bukan sedekah.

Suka hati dia nak aku guna duit parents dia. Hello, aku pun ada keluarga oke? The problem is status je.

Baru saja kakiku mengorek langkah maju ke arah lelaki itu, tiba-tiba bunyi geseran menerjah telinga. Hairan, sejak bila ada makhluk yang tercicir cincin ni?

Cincin perak itu ku ambil lalu ku dekatkan pada mataku. Cantik, perincian dia halus dan kelihatan masih baharu dan belum lama dipakai. Tetapi, ada sesuatu firasat yang mengatakan cincin ini pernah ku nampak suatu ketika dahulu.

Tapi...bila?

Eh?

Aku kaku tidak bergerak, malah mataku juga tidak berganjak mahu melihat keadaan sekeliling buat masa sekarang. Aku yakin cincin ini pernah ku lihat, tidak lama kemudian memori silam mengetuk kotak fikiranku.

Khaisar.

Cincin ni khai punya.

Mulut ku tekup kerana tidak percaya dengan kenyataan yang baru saja ku tahu. Ya, jika ku kait semua tali misteri itu dengan kehadiran cincin bermakna ni, aku percaya kemusykilan yang ku tahan sepanjang kenangan pahit itu akhirnya lengkap.

Aku tak nak syak buruk, tetapi aku tahu Khai dan Hans ada rahsia yang cuba disembunyikan daripadaku. Lagi-lagi, cincin ini muncul ketika Hans melarikan diri ke kaunter pembayaran.

Walaupun boleh dikatakan kehadiran cincin ini dan kepergian nakal Hans tidak masuk akal, aku boleh buktikan dengan akal ku sendiri. Mustahil untukku lupakan reka bentuk cincin ini walhal cincin ini datang sekali dengan pasangan.

Adhaera AshlanWhere stories live. Discover now